nuff

Sunday, August 20, 2023

Durian ASN24 dan durian TEA

20 Ogos 2023.
Pada usia menghampiri 69 ini, saya hanya mahu jaga apa yang ada dan capai yang terjangkau di sekeliling yang dekat sahaja. Tidak mampu keluarkan belanja yang besar, kalau boleh dapat yang percuma.
Satu hari saya tidak sangka dapat hadiah istemewa daripa abang Sudin Nus.

Saya dapat sebiji buah durian veriti D24. Anak pokok baka D24 ini memang saya sangat berkehendak. Saya mahu beli di Semaian Low Brother di Kampung Awah. Sayang sekali telah habis dibeli orang. Baka D24 ini sangat laris kerana ada keistemewaannya.
Menurut pakar tanaman durian, kebun durian perlu ada 30% pokok baka D24 dalam kebun di samping klon popular D197 Musang King dan D200 Duri Hitam. Menurut pakar, pokok D24 banyak mengeluarkan bunga. Debunga D24  diterbangkan oleh angin dan serangga akan hinggap pula ke bunga betina D197 dan D200, maka berlakulah pendebungaan kacukan. Proses pendebungaan yang rancak ini akan menghasilkan buah yang lebat. 
Dalam kebun ini baru ada sebatang pokok D24 yang tumbuh hasil semaian biji. Kalau ikut nisbah yang dicadangkan oleh pakar durian, kebun ini perlu ada sekurang-kurangnya 45 pokok klon D24 agar proses pendebungaan semua pokok sebanyak 150 pokok itu menjadi meriah. Namun begitu kawasan yang ada hanya boleh mencelah 20 pokok sahaja. Saya sedang membuat cantungan sanding satu klon D24 terhadap pokok penanti baka kampung. Ada ruang untuk 18 pokok sahaja lagi.
Lagi sekali, sungguh tidak diduga, Che Nun beri saya saya satu karung plastik yang nampak biji durian D24. Pucuk dicita ulam mendatang.  Dapat percuma lagi. Terima kasih banyak Che Nun. Biji yang ini adalah dari pokok sama dengan buah yang saya dapat dari abang Sudin beberapa hari lalu. Saya cuci biji itu, dapat 17 ulas yang baik. Saya terus semai di permukaan pasir. Kambuskan biji itu hingga nampak bahagian atas sahaja. Tutup dengan daun kering untuk melindungi biji dari bahang panas. Selepas itu siram dua kali sehari agar keliling biji sentiasa lembap dan sejuk. 
Kena tunggu 10 hari untuk menentukan samaada cambah atau sebaliknya. Selepas ini saya panggil Durian ASN24, maksudnya Durian Abang Sudin Nus baka D24. Selepas lima hari, didapati beberapa ulas sudah cambah. 

31/8/23, dua belas ulas telah cambah, telah pindah ke polibag, ada yang buruk. Kadar cambah 67%.

Beberapa hari kemudian dapat pula dua biji durian pemberian dari saudara Junet. Kalau tengok dari luar macam biasa je. Junet memanjangkan sedekah hasil tangan arwah eda Awang Shafie dan arwah Mokde Yah. Janet menyewa rumah eda Awang. Di belakang rumahnya ada sebatang pokok durian tinggi. Kali ini berbuah lebat. 

Saya makan bersama kawan sewaktu sarapan di warung Ani. Wah cantiknya warna isinya, kelihatan seperti tembaga. Inilah durian tembaga.  Rasanya memang tersangat lazat dan isinya tebal. Rasanya boleh diletak sebaris dengan MK dan DH. Inilah durian baka kampung yang saya cari. Semua bijinya saya kumpul. Mahu semai dan jika cambah hendak pindah ke dalam polibag. Jika tumbuh subur mahu tanam di kebun.

25/8/23... semai 30 ulas biji durian Tembaga Eda Awang ( TEA ). Selepas ini saya panggil Durian TEA.
22/9/23... 17 ulas yang cambah telah dipindah ke polibag.

Tempat mahu tanam ASN24 dan TEA.
1... bubun tempat pokok mati dilanggar kerbau.
2... bubun hujung teres bawah jalan tengah.
3...hujung teres kelapa depan pondok Lihi.
4...lereng bukit bawah pokok kelapa kuning, telah ada lubang... longgok pelepah kelapa. 
5...lereng bawah jalan tengah.
6.. tanjung ulu.

Cadangan kedua
Buat cantuman sanding kpd pokok durian besar. Cantumkan 4 pokok TEA dan 4 pokok ASN24.
Jika berjaya teruskan buat cantuman di kebun belakang..... 4 TEA dan 4 ASN24..


No comments:

Post a Comment