nuff

Thursday, May 7, 2020

kolam Ikan

Lebih 5 tahun kolam ini dibiarkan tiada isi. Kini aku memulakan langkah baru. Aku dapatkan ilmu daripada mereka yang berpengalaman iaitu Khirul di Pesagi dan Satar di kg Sanding. Saya juga dapat nasihat dari kawan karib iaitu Che Lah.
✔ Ikan talapia suka juga makan daun kangkung dan daun ubi kayu.
✔Ikan yang dapat makan yang mencukupi akan besar cepat, enam bulan boleh tangkap.
6/5/20... isi 50 ekor anak ikan talapia merah besar ibu jari.✔rm20
7/5/20... isi 6 ekor anak ikan talapia merah besar ibu jari.✔
7/5/20... isi 5 ekor ikan besar melebihi setengah kilo untuk penghasilan benih yang baru melalui penetasan telur.✔rm48.
8/5/20...isi 6 ekor ikan talapia besar melebihi setengah kilo untuk penghasilan benih yang baru melalui penetasan telur. Beli dari sangkar Satar, kg Sanding, ✔ rm60.00

Sewaktu menabur pallete ke permukaan air, kelihatan banyak cakupan. Ada ikan bentuk panjang dan belakangnya kehitaman seperti anak patin. Beberapa ketika kemudian kelihatan anak talapia kemerahan berenang berbimbar berdua atau bertiga. Kelihatan mereka mencakup palete. Menghairankan, tidak kelihatan ikan lain yang berenag hampir dengan permukaan. Takut agaknya atau anak talapia tidak tahu takut.
Sudah ada 11 ekor ikan talapia besar di dalam kolam ini. Kehadirannya diharap segera bertelur sebagai agen pembiakan anak ikan yang baru.
Perlu buat tangga dan pelantar untuk turun ke permukaan air untuk melakukan kerja selenggara.
14/5/20.... masukkan 2000 anak ikan talipia merah, harga rm500. Setakat ini telah belanja rm628 membeli benih ikan tilapia.✔
Terhibur memerhati anak ikan. Kelihatan dua ekor berenang berkawan. Ada juga dalam kumpulan ramai hingga 30 ekor. Elok susunannya.
Kelihatan beberapa puak anak ikan berenang dalam kumpulan yang besar di teluk. Mungkin kawasan itu sejuk sedikit. 

18/5/20.... Aku lempar beberapa cebiran biskut ke permukaan air. Beberapa minit kemudian beberapa anak ikan tilapia mendekati dan ada yang menyentuhnya. Lama kelamaan cebiran itu tengelam kerana direbut ramai anak kecil itu. 

Bahan untuk buat sangkar.
1. Tong drum... 9 biji .................rm360
2. Batang besi L ... 24 batang....rm840
3. Anak ikan 2000 ekor .............rm520
4. Jaring .......................           .rm1200
5. Skrew, tali & lain2...................rm300
Jumlah................. rm3220

Ikan yang ada dalam kolam perlu ditangkap untuk jualan pada bulan November dan Disember. Ini adalah tindakan untuk mengelakkan banjir. Jika ada anak ikan yang baru menetas dalam bulan Ogos hingga Disember, ia perlu disauk dan dimasukkan ke dalam tangki khas untuk dibesarkan.

Ikan asal yang ada dalam kolam ini ada berbahai jenis seperti puyu, keli, potak, kepar, sepat dan haruan. Dikatakan ikan haruan suka membaham anak ikan yang lain. Anak okan tilapia adalah mangsanya.

Jangkaan ikan yang 11 ekor itu akan bertelur ialah pada bulan Jun, Julai, Ogos

Buat sangkar
Masuk 2000

Idea baru...
Buat

No comments:

Post a Comment