14 November 2015.
Kebiasaannya saya terasa jemu dan kadang-kadang berasa marah menunggu isteri menyiapkan diri untuk pergi keluar.
Kali ini saya lalui masa menunggu yang membosankan itu dengan satu pengisian yang berfaedah. Saya menatap buku ini dengan penuh minat.
Saya khyusuk membaca di dalam kereta hinggalah isteri saya masuk kereta kira-kira 10 minit kemudian.
Kami keluar mencari tempat untuk minum kopi. Kami pilih KOPI AKAR. Saya terpaksa berbaris panjang. Lagi sekali saya gunakan waktu tercegat ini dengan menatap buku ini. Saya membaca lebih 15 minit untuk sampai giliran saya memesan dua cawan kopi dan roti ban bakar. Sungguh menyeronokkan mentelaah buku CYOF.
Kami keluar makan di restoran EDDE. Selepas memuat pesanan, saya isi masa menunggu lima minit mentelaah buku CYOF.
Walaupun dalam keadaan yang sibuk saya berjaya menghabiskan bab 1.Banyak ilmu yang saya dapat. CYOF memupuk sikap positif dan memberi satu motivasi untuk berjaya.
Saya mahu meneruskan pembacaan.
M/S 79... saya jumpa petikan ini.
Kerap kali saya terjumpa petikan ini sewaktu membaca buku yang lain. Maknanya kita tetap tidak berubah pemikiran, gaya hidup dan tahap pengetahuan selepas satu tempoh yang panjang yang telah dilalui. Maknanya masa yang disia-siakan. Kita boleh elakkan itu jika timba ilmu melalui membaca dan bergaul dengan orang yang berjaya.
22 November 2015
Saya terasa tidak selesa, badan terasa lemah. Terus teringat kepada Bukit Pelindong. Sudah lama saya tidak mendaki... rasanya lebih tiga bulan. Ada juga terlintas tidak yakin untuk sampai ke puncak. Tetapi hati saya kuat sekali untuk sampai. Saya terfikir mahu melakukan aktiviti membaca sepanjang pendakian.
Saya tetapkan cita-cita itu. Saya memulakan langkah pendakian yang mencabar. Peha terasa lenguh sambil itu saya menatap buku CYOF ini dari m/s101. Kini saya melakukan dua aktiviti dalam satu masa. Banyak tajuk yang berjaya kuasai contohnya KUASAI YOUR KEY RESULT AREA. Perbuatan saya ini rupanya diperhati oleh Baharum KIPSAS yang mengekori saya. Saya berjaya sampai di puncak sambil membaca. Saya anggarkan 80% masa pendakian berjaya diisi dengan aktiviti membaca.
Ya... saya telah mendapat satu jawapan yang berguna.
11pagi.... pergi cuci kereta.
Waktu menunggu adalah peluang keemasan membaca buku CYOF ini. Kini saya berada di m/s 117. Sempai habis hingga m/s 121. Bayak pelajaran yang saya perolehi. Antaranya "kita mesti beri khidmat cemerlang dlm bidang CRA kita agar pelanggan kita dapat merasai faedahnya."
23 Nov 2015.
Berjaya membaca sewaktu dalam perjananan dari Kuantan ke Kuala Trengganu dan balik. Perjalanan pergi balik 5 jam. Saya dapat membaca kira2 tiga jam.
Kop Kopmayer membaca lebih 1000 buah buku tentang tokoh yang berjaya yang dia anggap pakar. Akhirnya beliau menjadi seorang yang berjaya dalam perniagaannya. Bila ditanya apakah rahsia kejayaannya? Kopmayer mengatakan "saya belajar dari pakar.".... petikan dari m/s 178.
Rancangan hari khamis 26/11/2015
Membaca bab 10 dan bab 11 sewaktu dalam perjalanan dari Maran ke KL dan pulang.
Bab 10 ... berjaya baca hingga tamat.
Bab 11 .... hanya satu m/s sahaja.
1 Disember 2015
Kini telah sampai m/s 305. Telah habis 89%. Bercadang mahu menamatkan perjuangan sebelum 5/12/15. Jarang berjumpa buku yang menarik seperti CYOF. Buku ini mengajar saya agar fokus kepada perjuangan sekarang. Saya mendapat dorongan daripadanya. Dalam CYOF, satu usaha yang besar 80% perjalanan awal hanya memberi amat sedikit pulangan.
Perjalanan masa 80% itu hampir mencecah 24 bulan.
Di Amerika. 100 orang yang cemerlang dan berjaya dalam perniagaan. 86 orang daripadanya adalah hasil dorongsn dan sokongsn ibu bapa sewaktu kecil. Selebihnya mendapat dorongan daripada pasangan serta anak-anak dan rakan taulan.
Akhirnya.....
1. Potensi diri kita tiada hadnya.
2. Matlamat yang jelas adalah kunci utama.
3. Ilmu adalah kuasa.
4. Kepakaran adalah suatu keajaiban.
5. Adab penentu segalanya.
6. Perhubungan adalah penting.
7. Hal ehwal kewangan.
8. Kita adalah genius.
9. Hasil menentukan ganjaran.
10. Rebutlah peluang.
11. Keperibadian diambil kira.
12. Beruntunglah orang yang berani.
Sebuah buku yang patut dibaca semua orang.
Sebanyak 10% orang yang proaktif. 90% lagi wait and see.
Oleh itu jadilah ahli kelab 10% itu. Kumpulan ini adalah pemimpin.
No comments:
Post a Comment