Sudah lama aku menanti. Adakah kali ini kau boleh bertahan? Ini ialah buah ketiga dari pokok DB1 ini.
Gambar putik durian belanda ini saya rakam pada waktu malam 20/2/2015 yang lalu. Pokok durian belanda di belakang rumah. Sebelum ini telah dua kali berbuah. Kali pertama tidak sempat masak kerana buruk di bahagian buntut. Buruknya semakin melarat. Saya ambil keputusan memetiknya sebelum masak. Separuh bahagian tangkai masih elok. Saya hiris dan goreng seperti goreng sukun atau goreng pisang. Rasanya enak. Berbuah kali kedua. Buahnya sederhana dan elok hingga ia masak. Bijinya saya semai. Ia cambah dan telah tanam dalam kebun sebanyak 25 pokok.
27/2/2015
Gambar hari ini. Kelihatan masih segar dan lebih besar.
4 March 2015
Kelihatan makin besar.
5 Mac 2015.
Gambar 5.35 pagi. Masih gelap pekat.
Beberapa ekor semut berkerumun pada buah db ini. Macam habitat dia pula. Tentu ada sebab mengapa semut berkampung di situ.
12 Mac 2015
Semakin besar.
Panjangnya dianggarkan enam inci. Didapati beberapa ekor semut berkerumun pada buah ini. Apakah faedahnya kepada buah ini?
28 April 2015.
Usianya telah melewati sepuluh minggu.
Mingkin tiga minggu lagi boleh petik.
06 Mei 2015
Sudah masuk minggu duabelas. Ikut kebiasaan tigabelas minggu masaklah dia.
8 Mei 2015
Semakin matang. Warna kekuningan makin jelas. Tompok hitam juga namak. Dua hari lagi masuk ke minggu ke13.
10 Mei 2015
11 Mei 2015
Minggu ke 13
Masih bertahan.
12 Mei 2015
Masih bertahan. Gambar kiriman Syafik.
13 Mei 2015
Telah masak dan gugur. Jam 11.45mlm saya lihat buah sudah berada atas para.
Masak.... enak... masam dan manis. Terasa ada gas. Empulurnya putih.
Bijinya diasingkan untuk disemai untuk kesinambungan keturunannya.
17 Mei 2015
Telah siap semai 76 ulas. Satu ulas sepet. Saya ketepikan yang sepet itu.
"Ya Allah yang maha kuasa, berilah rahmatMu atas segala usahaku. Cambahkanlah semua biji yang aku semai."
9 Jun 2015
Kelihatan 12 ulas telah cambah. Masa diambil untuk cambah kali ini ialah dua bulan sahaja.
12 Jun 2015
Sudah cambah 19 ulas.
No comments:
Post a Comment