Gembira tengok sampel produk durian belanda yang diperjuangkan dah siap. Sampel itu akan hantar utk ujian
Puas menunggu lebih setahun (mohon 23.6.2014) akhirnya berjaya juga memperolehi kelulusan dari Biro Pengawalan Famasetikal Kebangsaan pada 16/11/2015. Nombor pendaftaran MAL15120008TC.
Berjaya mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM.
Semua telah lengkap untuk proses pembungkusan.
Nombor daftar halal JAKIM 400150.
Semakin hampir menjadi kenyataan. Tindakan penting:-
1. Buat keputusan harga kotak dgn Wan. Beri maklumat nombor MAL dan logo TPM Biotech.✔
2. Petik dan kumpul daun db untuk dapat 20kg daun kering.✔
3. Bayar utk logo halal JAKIM✔
4. Bayar separuh kos proses teh DB.✔
5. Bayarseparuh kos kotak kpd WAN.✔
13 Disember 2015
Telah berjaya mengumpul 30kg daun durian belanda untuk dihantar ke TPM Raub esok.
sudah semakin hampir ke peringkat hasil akhir.
16 Disember 2015
Telah siap cetak 1000 keping, tetapi belum potong lagi.
Tiga ponjot tambahan untuk hantar ke TPM Raub.
17 Disember 2015
Daun telah dikeringkan oleh pihak TPM. Berat bersih 29kg, lebih dari mencukupi. Kotak juga telah siap.
Proses selanjutnya ialah Heavy Matel test. Jika lulus baru hancurkan, isi dalam uncang dan masuk ke dalam kampit aluminium. Peroses pakej yang seterusnya melibatkan masuk dlm kotak dan cetak
1 februari 2016
Akhirnya menjadi kenyataan.
16/2/2016
Ada order 72 kotak dari Shah Alam. Pembeli telah transfer Wang jam 3 petang. Jam 12.30 pagi saya hantar menggunakan khidmat bas ekspress. Jam 8.30pagi telah sampai ke tangan Muda. Kaedah penghantaran paling pantas Dan murah.
23/8/2016
Produk teh herba ini telah dapat sijil halal JAKIM.
Bagaimana mahu memasarkannya?
Hubungi Koperasi Sihat untuk jual produk ini.
No comments:
Post a Comment