nuff

Friday, August 22, 2014

Perjalanan Dato MALEK NOOR

Hari ini 22 Ogos 2014... hari berkabung Malaysia. Selepas bertafakur, saya melangkah masuk ke bilik encik Rosli, KPM Putrajaya untuk menyerahkan dokumen permohonan KIPSAS naiktarf ke Kolej Universiti.

Selepas itu saya ke Midvalley untuk mencari buku bertajuk Cemerlang Di Universiti.

Inilah buku yang saya cari. Selain buku ini banyak pula buku lain yang mencuit hati. Saya terus membelinya. Sebuah darinya ialah buku yang menceritakan perjalanan hidup Dato Malek Noor. Saya ingin mengetahui apakah jalan ceritanya.

Saya tatap buku ini dengan tekun sewaktu menunggu anak saya Nor Hanis pulang dari kerja. Saya berjaya menghabiskan hingga tamat dalam masa tiga jam sahaja. 
Banyak sekali pengajaran yang saya perolehi. Memang bertuah Datok Malek Noor kerana berjaya memilih jalan pulang yang diredai Allah S.W.T. Saya doakan Malek akan terus melangkah jalan yang dipilih ini hingga akhir hayat.
Ada banyak perkara lagi yang hendak dikupas. Mengapa Malek mengingai ibu bapanya? Itulah punca yang menyedarkan dia yang tersesar. Ibu dan bapanya memupuk kasih sayang kepadanya. Itulah yang menambat Malek. 
Walaupun Malek gagal dalam pelajaran tetapi dia pandai bersukan. Ada perasaan mahu berjaya. Suka jika dihargai.
Hijrah membawa perubahan. Malek berani berhijrah jauh keluar negara mencari ilmu dan kesenangan dunia. Dia perolehi semuanya. Malek memilih untuk belajar Bahasa Inggeris. Ini memberi kelebihan kepadanya. 
Jarang orang boleh menjaga diri dari sebarang kepincangan jika hidupnya tiada pengawasan terutama anak muda. Saya tidak menyalahkan Malek 100%. Dia pergi keluar negara atas inisiatif dirinya sendiri. 
Malek hanya mengabaikan perintah Allah berbeza dengan orang yang membahas dan mempunyai pegangan serong. Oleh itu Malek mudah berpaut semula. 

No comments:

Post a Comment