nuff

Thursday, March 25, 2021

DURIAN DURI HITAM

D200 inilah kod khas untuk produk durian Duri Hitam. Buah gred super. 
Sudah banyak pokok D200 saya tanam di kawasan atas bukit tetapi kurang berjaya. Ada yang mati, ada yang kurus dan kurang bercabang. Ada yang ketot. Belum nampak kejayaan.

Pokok DH ini saya tanam hujung tahun 2019 yang lalu. Akhirnya mati kering. Ada lagi beberapa batang menerima nasib yang sama. Tetapi ada yang dalam keadaan nyawa ikan. Ada beberapa batang yang masih segar tetapi lambat membesar.
Yang ini sedah mati. Mahu ganti dengan anak pokok  DH yang baru beli dari Lan
 Nursery, rm50 sepokok pada 11/4/21.
Pokok yang mati diganti dengan pokok baru nombor 6. Buat busut kecil tinggi satu kaki. Pokok beli dari Nursery Lan di p
Yang ini mati bahagian hujung. Perlu siasat keadaan pertumbuhan akar.Gali keliling pangkal pokok.❌


Yang ini boleh tahan. Masih menyurung pucuk baru tetapi daunnya pendek Dan daunnya tidak lebat. Perlu gemburkan tanah keliling dan tabur baja akar, baja 15x3 dan siram.❌

Ada juga yang membesar tetapi daunnya tidak lebat.
Ada juga yang membesar tetapi daunnya kurang menyerlah kehijauannya. Perlu gembur keliling, beri baja akar, baha 15x3 Dan siram.❌

Saya tidak putus asa. Kali ini saya menanam pokok D200 yang baru. Perlu tindakan segera untuk menggemburkan keliling pangkal pokok dan tabur serbuk CRP untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Perlu labelkan pokok ini dengan kpd D200.

Bubun pokok yang mati. Tanam pada tarikh 19/3/21. Beli di Kedai Ubat & Baja dekat KUIPSAS..rm43.
Bubun pokok yang mati. Tanam paxa 25/3/21. Beli di Kedai Ubat & Baja dekat KUIPSAS..rm43. Tiada busut.
 saya menanam dua pokok itu untuk menyulam pokok yang mati ketika musim panas yang panjang dua bulan. Kedua-dua pokok itu adalah cantuman tunas, tingginya satu kaki setengah. Tidak nampak akar terkeluar dari lubang polibag. Tanah dalam polibag masih lembut.

Bubun tempat pokok ysng Mari. Tanam pada 8/4/21..beli dari nursery Lan di pekan sehari Cenor...rm50.

Mahu tanam tiga pokok lagi ganti pokok yang mati.
🌿tingkat paling atas.✔ 9/4/21
🌿baris kelapa sawit.✔ 11/4/21
🌿teres bawah jalan tengah..✔11/4/21

9/4/21...tanam tempat pokok yang mati kerana panas kemarau. Beli di nursery Low kg Awah, rm45. Kali ini tanam guna konsep busut tetapi tingginya dari paras tanah hanya satu kaki. Tanah digaul dengan baja akar CRIP.
11/4/21

14/4.... buat tinjauan. Semua dapat air.

Mahu tanam tiga pokok lagi.


No comments:

Post a Comment