nuff
Saturday, May 17, 2014
Friday, May 16, 2014
Khasiat Daun Durian Belanda
Malam ini saya memetik 10 helai daun durian belanda di
belakang rumah. Saya basuh dan rebus. Selepas mendidih biarkan beberapa minit
dan kemudian minum. Wah rasanya enak, ada lemak-lemak sedikit. Warna airnya
jernih kehijauan.
Khasiatnya nak tahu? Melalui maklumat dari internet, katanya
boleh menghindar penyakit kanser dan macam-macam lagi.
Sila rujuk http://panduanpercuma.info/info/tahukah/5299/khasiat-daun-durian-belanda/
dan
http://jomlawankanser.blogspot.com/2012/11/cara-gunakan-daun-durian-belanda.html
dan
http://jomlawankanser.blogspot.com/2012/11/cara-gunakan-daun-durian-belanda.html
Kalau hendak tahu lebih lanjut lagi sila taip sahaja “Khasiat
daun durian belanda” dalam internet, banyak sekali maklumat yang anda boleh
dapat.
Daun durian belanda yang baru dipetik. Saya pilih daun yang muda.
Saya minum air durian belanda yang suam. Huh enaknya. Katanya boleh mengubatkan banyak penyakit dan menambah kesihatan badan.
Saya masih mencuba dan menyelidik.
Satu lagi kegunaan daun db ini ialah buat mandi serum. Celurkan lebih kurang 10 helai daun db dalam air panas. Biakan 30 minit. Gunakan air rebusan sebagai bilasan akhir seluruh badan. Daunnya yang telah lembut itu dilomorkan ke pipi. Saya telah cuba malam tadi. Memang rasa
Labels:
Cara-cara membuat air daun durian belanda,
Khasiat daun durian belanda,
khasiat durian belanda
Thursday, May 15, 2014
Thursday, May 8, 2014
Siri TINTA PRESIDEN
Saya sedang menyiapkan buku terbaru WATAK GURU dalam Siri TINTA PRESIDEN. Kalau tiada aral meluntang.... akan terbit pada 11 Jun 2014. Buku yang telah diterbitkan ialah RAHSIA CEMERLANG MATEMATIK dan BAPA HEBAT.
Saya merakamkan satu memori istemewa, menyemak draf buku Watak GURU sewaktu menghirup kopi di Caffe Concerto, tengah kota London pada 08 Mei 2014.
Labels:
Bapa Hebat,
Rahsia Cemerlang Matematik,
Watak Guru
Sepekan di Eropah
Assalamualaikum.
Hajat saya hendak meninjau negara di Eropah termakbul juga.
Hajat saya hendak meninjau negara di Eropah termakbul juga.
Pada 1 Mei 2014, saya dapat melihat bunga tulip yang kembang berwarna-warni di Amsterdam, Belanda.
Pada 4 Mei 2014, saya berpeluang memijak salji di puncak Titilis.. Swizland.
Saya juga dapat melihat seluruh kota Paris dari puncak Paris Tower pada 6 Mei 2014.
Merasa juga saya memijak salji di puncak gunung Titilis, di Swizland
Saya dapat melihat pemandangan kota Paris dari menara Paris ini.
Bersama WAWA menikmati keindahan bunga Tulip di Amsterdam pada 1 Mei 2014.
Labels:
di puncak Paris Towar.,
di puncak Swizland
Friday, March 21, 2014
Buku Siri TINTA PRESIDEN
Syukur alhamdullilah, saya menjadi lebih focus kepada hobi saya sejak saya menamatkan akaun fb. Bukan fb itu tidak bagus tetapi saya ini jenis orang yang mudah ralit. Banyak masa dihabiskan mengadap fb. Tanggal 9 Disember 2013 yang lalu saya mengambil tindakan yang "menyakitkan". Pada mulanya terasa kekok juga tiada fb tetapi akhirnya saya dapat menyesuaikan diri.
Sejak itu saya memberi tumpuan kepada penerbitan buku. Saya mengedit semula dan buat ubahsuai kepada buku yang telah saya terbitkan. Saya beri nafas baru dan Berjaya diterbitkan oleh Anjung KIPSAS.
Pada bulan Februari saya Berjaya menerbitkan RAHSIA CEMERLANG MATEMATIK. Bulan Mac berjaya menerbitkan BAPA HEBAT.
Sejak itu saya memberi tumpuan kepada penerbitan buku. Saya mengedit semula dan buat ubahsuai kepada buku yang telah saya terbitkan. Saya beri nafas baru dan Berjaya diterbitkan oleh Anjung KIPSAS.
Pada bulan Februari saya Berjaya menerbitkan RAHSIA CEMERLANG MATEMATIK. Bulan Mac berjaya menerbitkan BAPA HEBAT.
Sunday, February 2, 2014
HALIA BARA
Tangga yang sedang dibina ini melalui seperdu halia bara yang saya tanam setahun yang lalu. Saya nampak pertumbuhannya telah tepu, dahannya berasak-asak dek kerana persaingan intraspisis. Saya alihkan sehingga menjadi lapan perdu baru semuanya. Saya namakan Anjung Halia Bara.
Saya tertanya-tanya apakah khasiat halia bara ini?
Antara khasit halia bara adalah seperti berikut:
Melembutkan perut
Membantu penghadaman makanan
Mengeluarkan angin dari dalam tubuh
Merawat kesan gatal gigitan serangga
Melegakan demam
Merawat resdung
Mengurangkan sengal-sengal sendi
Tenaga batin
Rawatan Selepas Bersalin
Sumber: http://violetgloves.blogspot.com/
Kisah Halia Bara boleh rujuk dari
http://animhosnan.blogspot.com/2013/11/halia-bara.html
Subscribe to:
Posts (Atom)





