nuff

Thursday, October 25, 2018

INOVASI BERTANI

1. Gunakan suis automatik untuk menyiram pokok. Sudah pasang satu set di belakang rumah kg Sentosa. Berfungsi dengan baik.✔ Juga telah dalam kawasan KUIPSAS.✔. Mahu pasang di kebun juga.
2. Buat kawin bunga db utk hasilkan buah yg bentuknya seragam. Telah mula pada awal bulan Ogos 18. ✔ Berjaya. Boleh teruskan.
3. Buat cantuman tut pokok lemon. Telah berjaya menghasilkan 140 pokok hasil cantuman tut ini.✔ Telah buat tut kpd generasi kedua.Telah dapat 4 pokok dan telah tanam. Telah buat 19 tut baru pada awal Nov.18.
4. Buat cantuman baji durian. Baru cuba. Cubaan pertama menemui kegagalan. ✖ Mahu  cuba kali kedua.
5. Buat pendebungaan kelapa. Telah cuba kepada 3 pokok.✔
6. Tanam pokok air mata pengantin (AMP) sepanjang teres. Telah mula.✅
7. Penyukuan sulur nanas. Pernah cuba, kejayaan 50% sahaja. Ada yang kering dan buruk. Berani cuba lagi. Perlu rendam beberapa jam dalam cecair racun kulat. ✔... boleh teruskan. Setakat ini pada 9/11 kejayaan 29/36. Memang boleh diteruskan.

10/8/18
1. Berjaya buat tut dua dahan lemon awal pagi hari ini. Ada pengalaman sebelum ini. Oleh itu peratus kejayaan adalah tinggi. ✔

2. Beli sebatang anak pokok durian musang king dari nusery saloma harga rm28. Tingginya 1.5kaki, terdapat 3 cabang. Saya buat cantuman kepada tiga pokok durian yang saya semai biji enam bulan yang lalu. Hasilnya dua bulan dari sekarang. .... gagal. ❌

15/10/18
Mahu laksanakan PROJEK 1000 AMP. Hingga hari ini baru capai 200.

No comments:

Post a Comment