nuff

Wednesday, August 13, 2014

KEGEMBIRAAN SAYA

Syukur alhamdullilah... tahun ini telah berjaya terbit tiga buah buku. Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. 

 Buku ini diterbit dalam SIRI TINTA PRESIDEN. Penerbitnya ialah Anjung KIPSAS Sdn Bhd.

Buku WATAK GURU adalah hidangan untuk para guru. Saya olah kembali peristiwa bersama guru di bilik darjah dan juga di luar bilik darjah. Banyak amalan dan watak positif yang boleh ditiru. Guru muda boleh mengelak diri dari melakukan kerja yang tidak berfokus melalui pembacaan buku ini.

Buku RAHSIA CEMERLANG MATEMATIK untuk pelajar. Saya imbau kembali pengalaman berubah .... ikut kaedah belajar yang diamal oleh pelajar cemerlang. Memang berbaloi... saya berjaya dapat prinsupal A dalam peperiksaan STPM walaupun SPM dapat C6 sahaja. Rupanya kita mampu mengubah kecerdikan kita.

Buku BAPA HEBAT untuk santapan kaum bapa. Saya paparkan pengalaman yang saya lalui. Ayah walau sepayah mana tetap menguruskan persekolahan saya.

6 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah..tahniah dato atas oenerbitan buku tersebut..semoga masih ada lg pengalaman berharga dato yg akan dibukukan..sybtlh membaca ketiga-tiga buku tersebut.byk pengetahun yg dpt ditimba..

Yahya Zainal Abidin said...

Saya tengah bersngan-angan nak tulis pengalaman setahun setengah di Jepun..... oktb 1985 hingga 31 mac 1990.

Nor Hanis said...

omedetou otousan!
Yong no hong otanoshimini...

Che Gu Ngah said...

Salam Tahniah pada Dato' atas kejayaan menerbitkan buku-buku tersebut. Semoga ia dapat menjadi khazanah ilmu yang berharga buat generasi akan datang, khususnya buat golongan pendidik di negeri Pahang.

Yahya Zainal Abidin said...

Arigato Anis can.

Yahya Zainal Abidin said...

Saya lakukan ysng termampu.
Terima kasih Che Gu Ngah

Post a Comment