nuff

Monday, August 18, 2014

Paya terbiar di Tanjung Pauh

Paya terbiar

Sewaktu kecil dahulu datam tahun 60an di dinilah tempat saya meranduk... menahan jaring di alur dan menyerkap bersama sepupu saya. Pernah lintah menggigit saya... puas Jantan, adik sepupu saya menarik lintah itu. Sengguh mendalam kenangan di sini.

Berpuluh tahun ia ditinggal sepi.

Awal tahun 2014 baru saya tahu... paya seluas 4 ekar ini ada 12 orang pemiliknya. Antaranya ialah bapa saudara saya arwah Engah Deris (1/18 bahagian). Anak2 arwah Engah Deris iaitu sepupu2 saya telah bersetuju menjualnya kepada saya. Nama Elong Soh dan makcu Dayang juga tercatat sebagai pemiliknya iaitu 1/18 bahagian. Yang lain ialah Shikh Ahmad bin Shikh Salim 1/6 bahagian. Juga telah meninggal dunia. Anaknya ialah Ani, Shikh Mohd Sood, Lihi dan dua arang lagi.

Tercatat juga nama Husain bin Taib 1/6 bahagian. Kami panggil abang Lib. Nama arwah tokki Omar juga tercatat sebagai pemiliknya iaitu 4/243 bahagian. Anaknya ialah apak Din yang tinggal di Jengka 19, apak Saari dan makteh Selemah. Nama lain ialah Musa bin..... telah meninggal dunia. Anaknya ialah arwah ayah Man tukang. Seorang dari anaknya ialah Zainal yang tinggal di Kampung Sentosa. 

Dulu paya ini tersorok dan tiada potensi. Selepas diterangkan kelilingnya baru nsmpak faedahnya.

Oleh kerana semua tuan dan warisnya tidak ambil tahu maka cukai tanah tertunggak termasuk denda rm3671.00 sehingga keluar surat merah notis tarik balik jika tidak dibayar hingga hujung tahun 2013. Oleh kerana saya berhajat memiliki bahagian bapa saudara .... maka saya ambil tindakan membayar cukai yang tertonggak itu. Pada 30 Januari 2014 saya lunadkan hutang tertunggak itu. Saya diberi diskaun. Saya bayar rm2157.00 sahaja.

Saya nampak tanah paya itu ada potensi untuk dimajukan. 

Saya ingin memiliki sebahagian dan diberi hak untuk memajukannya. 
Langkah pertama.... berbincang dengan kakak sepupu iaitu De Ramah, Nor (anak lelaki arwah Abang Dor) dan Bentih Esah untuk mendapatkan kebenaran mengusahakan bahagian mereka 1/18 itu. Saya telah berbincang dengan De Ramah pada 17 Ogos. Mereka berdua bersetuju. menjual kepada saya bahagian masing2. Ini bermakna saya telah memiliki 2/54 bahagian tanah paya itu. Saya akan berbincang dengan Benteh Esah pula.


Apakah potensi tanah paya ini?

Senarai nama pemilik:
Soh bin Tol .... 1/18✔
Awang Deris bin Tol ... 1/18✔
Dayang binti Tol ... 1/18✔
Hasin bin Taib ... 1/6✅
Shikh Ahmad bin Shikh Salim ... 1/6✔
Musa bin Bakar ... 1/6✅✔
Kelesom binti Bakar ... 1/6
Daerah binti hj Mohamed ... 44/432
Omar bin Mat Hassan ... 14/432✅✔
Yang binti Mat Hassan ... 7/432✔
Gayah binti Mat Hassan ... 7/432✔
Hanya Hasin bin Taib sahaja yang masih hidup.


Inilah senarai nama pemilik yang tercatat dalam geran tanah paya ini.

Pada 29/8/14 saya ada jumpa apak Saari Omar, anak tokki Omar bin Mat Hassan yang memiliki 14/432 bahagian paya itu. Saya beritahu kedudukan paya itu. Beliau bersetuju saya memajukan paya itu. Jika ada untung maklumkan sahaja kepadanya. Apak Saari beritahu, "elok juga beritahu abang Din, Felda Jengka 18." Saya berjumpa dgn makteh Selemah, beliau mencadangkan saya beli bahagian tokki Omar itu. Beliau akan berbincang dengan elong Din tentang perkara ini.

30 ogos 14. Berbual dengan Su anak makandak Liah. Baru saya tahu bahawa nama Yang binti Mat Hassan adalah emak Makndak Liah dan engah Husain. Bahagian tok Yang ialah 7/423 bahagian. Tok Yang dan toki Omar adalah adik beradik. Langkah betikutnya ialah dapatkan persetujuan engah Husain. Pada 11 Oktober 2014 berbincang dengan engah Husain tentang bahagian Tok Yang. Engah setuju bhg tok Yang itu diusahakan. 25 Februari 2017 saya berbincang lagi dengan Engah Husain. Saya cadang mahu beli tanah bahagian 7/432 itu dengan nilai rm1457. Saya cadang buat surat perjanjan dan proses tukar nama. Engah juga setuju.

Saya ada beberapa pilihan untuk memajukan tanah ini. Saya mesti majukan kerana telah keluar banyak modal membayar cukai tanah. Pilihan yang saya pilih mestilah bersifat penjimatan kos, misalnya usaha untuk mengeringkan paya ini. Untuk mengeringkan paya ini, perlu buat longkang di sekeliling paya. Longkang telah korek.

11/3/17
Dapat berjumpa dengan Atan. Atan adalah dua pupu saya. Ayah Atan ialah Othman bin Musa. Musa bin Bakar ada 1/6 bahagian tanah paya ini. Setelah berbincang, Atan bersetuju membenarkan saya mengusahakan paya bahagian toki dia kerana saya telah bayar cukai tanah. Atan setuju saya buat surat kebenaran mengusahakan paya tersebut.

23/5/18
Jumpa Halim sepupu, anak arwah makcu Dayang di Felda Gelanggi 3 sewaktu urusan kebumi arwah abang Tapar. Kami  bincang fasal tanah bahagian emak dia. Bahagian makcu Dayang ialah 1/18 bahagian. Halim setuju saya mengusahakan tanah paya tersebut. Kami akan berbincang lagi untuk proses jual beli.

05/6/18
Berbincang dengan Lihi tentang hakmilik ayah dia Sheikh Ahmad bin Sheikh Salim. Lihi bersetuju sangat jika saya mengusahakan bahagian arwah bapanya.

No comments:

Post a Comment