nuff

Sunday, July 10, 2016

Buah Durian Belanda Masak Di pokok

Saya baru sedar bahawa dua biji buah db sudah terlalu masak, sudah lembek tetapi masih belum jatuh. Saya terus petik. Buah yang terlajak masak tidak boleh dimakan kerana isinya menyek dan berair. Saya belah dan periksa isinya. Didapati masih putih dan tiada buruk sedikit pun.
Saya periksa bininya, hitam dan gebu. Menandakan biji yang cukup matang. Biji beginilah yang elok disemai.

Isinya putih bersih tetapi sangat lekit menandakan sangat masak.




Thursday, July 7, 2016

Kebun Kg Lompat Julai 2016

Syukur alhamdulillah usaha dua tahun setengah sudah mula berhasil. Hari ini 2/7/16. Petik 32kg terus diborong pada hari yang sama.

Hasil kali pertama.

Mengapa buah menjadi ketot?
1. Kurang air
2. Kurang baja yang sesuai.

Mengapa buah menjadi tempat semut berhimpun?
Mengapa buah ada yang buruk?


Hari ini 9/7/16, saya berjaya memetik lagi.
Hasil kali kedua.

Buah yang ketot biasanya kurang mendapat sambutan pembeli. Saya ambil langkah memetiknya sewaktu berusia 10 minggu, tidak perlu tunggu masak. Saya kupas, wah isinya putih mengkal. Bijinya sudah hitam.


Saya hiris isi nipis 2cm. Lepas itu saya celup dalam tepung. Seterusnya goreng. Jadi seperti pisang goreng. Bila masuk dalam mulut terasa sangat enak. Manis ada, lemak ada. Semua ahli keluarga saya kata enak.

Ada potensi untuk memasarkan isi buah durian belanda yang dikupas. Namun begitu saya perlu banyakkan promosi.

Target bulan Julai 2016
1. Siap pasang pagar tanah 4.5 ekar
2. Pasang wayer ke kebun belakang
3. Gali perigi.
4. Pasang pam sedut air.
5. Pelau 4 ekar.
6. Tanam 100 pokok db di kebun depan. Telah tanam 20 pokok.
7. Semai 600 benih betik. Telah beri benih.
8. Beri benih db kira2 100 ulas untuk disemai. Telah semai.
9. Beri baja kepada pokok db yang berbuah. Siap tabur.

Banyak pokok yang begini, semak di pangkal pokok. Banyak memakan baja. Saya beritahu Bakti pada 13/7/16 melalui telefon agar menghapuskan semua semak di pangkal pokok. Kebanyakan semak pangkal pokok telah dibersihkan.

14/7/16, waktu senja sempat menanam 12 pokok Air Mata Pengantin. Kami siapkan dalam masa 10 minit sahaja. Pokok ini perlu disiram kerana masih kecil. Telah hubungi Bakti untuk tugas menyiram. Mahu tanam 20 pokok lagi sabtu ini di tiga kawasan lain.


Pokok IMP ini hidup subur. Satu pemandangan yang cantik di tepi jalan Lepar Utara. Menjadi kesukaan lebah dan kelulut hinggap menyedut madu. Saya mahu pemandangan begini di kebun saya.

16/7/16. Berjaya tanam 21 anak pokok AMP. Mahu tanam 40 pokok AMP di dua kawasan baru.

Buah yang baru dipetik hingga hari ini kira-kira 90kg. Pendapatan dari jualan bulan ini hingga kini rm1080. Syukur alhamdulilah. Pasaran sudah sampai ke Jerantut.
Kerja baru ialah mencari pasaran.

Didapati beberapa batang pokok condong. Telah suruh Bakti pasang penyokong untuk tegakkan semula.



Tengok gambar di bawah. 
Kelihatan tompok hitam dan debu putih.

Buah ini berusia 8 minggu. Lima minggu lagi untuk masak. Adakah dia boleh masak ? Jawabnya amat sukar. Ia diserang oleh serangga. Kini tompok hitam menyerang bahagian kulit. Bintik putih ialah sejenis kulat yg amat cepat membiak. Jika dibiarkan akan menyalut seluruh permukaan. Buah menjadi bantut dan kerang. Bila terjadi begini tiada guna satu senpun. Lebih baik petik awal-awal lagi.

Saya berus kulitnya. Kini tompok putih telah tanggal tetapi tompok hitam tetap ada. Tompok hitam telah sebati dengan kulit. Kalau mahu hapuskan juga kena hiris dengan pisau.

24/716. Berjaya petik 12kg menjadikan 102kg semuanya. Kali ini diborong seluruhnya oleh peminat buah durian belanda dari Pekan. 

27/7/16. 7 pagi. Berjaya semai 19 ulas biji durian belanda untuk tanam di kebun.
Hari tidak sangka dapat panggilan dari pegawai pejabat veterina Maran. Beliau melawat kebun, waktu itu pekerja saya Bakti ada di sana. Beliau tertarik dengan tanaman pokok napier. Beliau beri cadangan untuk pelihara lembu kerana beliau nampak ada pokok rumput napier hidup subur. Memang perancangan saya ke arah itu. 
Hari ini pegawai itu mahu membeli semua rumput itu dan berjanji mahu menguruskan tanam semula. Saya bersetuju dengan cadangan itu.



Wednesday, June 22, 2016

Kebun Kg Lompat bulan Jun 2016

Sudah dua tahun saya mengusahakan tanaman durian belanda dan kelapa. Saya dapati secara keseluruhannya kejayaan 70% bagi kebun hadapan dan 40% bagi kebun belakang.

124 pokok durian belanda telah mula berbuah.

25/6/16
Saya mengambil masa satu jam meneliti setiap pokok kelapa dan durian belanda yang ditanam sebulan yang lalu. Saya memeriksa setiap baris. Didapati dua pokok durian belanda mati dan empat pokok kelapa mati. Telah beritshu Bakti agar buat penyulaman.

Semalam saya petik buah yang matang. Minggu depan boleh petik lagi untik jual.

Sunday, May 15, 2016

Kebun Durian Belanda Kg Lompat

Ada pokok pucat daunnya.
Sudah beri penerangan kepada Bakti langkah-langkah segera pemulihan. Pertama racun anai2 dan berkutnya racun kulat. Kena ambil tindakan segera.



Banyak yang telah mula berputik. Ada buah yang terlalu banyak. Perlu lakukan penjarangan.


11/6/16
Baja untuk pokok yang telah berbuah. Ada 122 pokok yang telah berbuah. Semua telah dapat baja Nova Tec ini.

Sunday, May 1, 2016

Kebun Kampu g Lompat bulan Mei 2016

Saya mulakan dengan petikan dari buku AWAKEN THE GIANT WITHIN.

Kekuatan minda, isikan minda dengan benih yang terbaik, persediaan terbaik dan bergeraklah dengan berani.

Perkara yang hendak dilakukan hendaklah disenaraikan dan sampaikan secara jelas kepada pekerja.
Saya rancang beberapa hari. Hari ini 2/5 selama dua jam setengah jam 3ptg hingga 5.30ptg sempat melaksanakan 8 dari 9 perkara yang dirancang. Saya tidak sempat menjenguk pokok db yang terbiar itu. Saya kira ini adalah pencapaian yang sangat baik. Antara strategi berkesan ialah menghubungi pekerja meminta dia buat kerja awal seperti menabur baja penggalak akar ke dalam lubang. Keduanya meninggalkan handfon di rumah. Saya tidak mahu diganggu dan juga mencelah watsapp. Memang betul, saya menjadi lebih fokus.
Telah tanam dua pokok db hari ini. Bilangan yg belum tanam di kebun hadapan ialah 271 pokok.
Saya menghubungi Bakti tentang pokok db yang terbiar itu. Dia kata telah racun keliling pokok tetapi belum tabur baja. Saya suruh dia tBur baja. Saya mesti pantau pokok ini.

4/5/16
Cuti..pergi kebun.

Friday, April 8, 2016

Buah durian belanda yang saya beli

Semalam 7/4/16 saya beli sebiji db harga rm12. 

Sehari kemudian masak. Saya kupas, inilah rupanya.

Aduh... empulurnya lebam hampir buruk. Saya dapati bijinya banyak warna kemeriahan. Ini menunjukkan buah ini masak secara paksa. Ia dipetik awal dari tempoh matang. Diperam satu tempoh yang lama. Ada kemungkinan dibantu oleh kobaid. Inilah hasilnya. Rasanya kurang enak, ada bahagian yang tercemar.
Hasrat hendak makan buah durian belanda 
terbantut. Saya kerap kali dapat yang buruk dari pemembelian buah durian belanda. Tidak berjumpa buah yang bermutu.


Friday, April 1, 2016

Kebun Kampung Lompat - April 2016

Bulan yang sungguh mencabar. Cuaca yang panas. Saya masuk kebun waktu senja. Sempat siram 70 pokok yang ditanam bulan Januari lalu. Saya ambil masa 40 minit. Kalau tidak disiram rasanya mati kering. Masa menyiram boleh dipendekkan dengan cara memasang paip getah secara kekal. 
Rumput Napier pula telah melempai mo. Boleh diiklankan untuk dijual.

3/4/2016
Hari minggu yang menyeronokkan. Dapat menyiram semua pokok yang baru tanam. Memasang paip untuk menyiram. Sebelum ini saya menyuruh pekerja atau mengupah orang yang mahir. Hari ini saya memberanikan diri lakukan sendiri. Baru tahu, bulan sukar sangat rupanya. 

Kerja menyiram sebenarnya amat senang. Boleh lakukan serentak dengan tugas lain. Saya letakkan hujung paip getah di pangkal pokok. Biarkan air menyiram permukaan keliling pokok sendiri. Saya ambil peluang ini membaca buku.

Musim kemarau menyebabkan ada pokok kelapa yang condong. Perlu siram agar akar cepat bercambah dan pokok perlu kayu penyokog tegak.


Mereka memerlukan air untuk terus hidup.

9/4/16
Kemarau bukan alasan untuk tewas. Air perlu dipunggah.

Kerja mesti disiapkan. Memunggah air untuk menyiram anak pokok kebun belakang.

Ribuan pokok nenas ini telah berjaya dibersihkan. Mereka perlu disembur baja urea.
Kalau dapat hujan rasanya ada peluang subur kembali.


Buah durian belanda yang baru petik dari kebun dari pokok yang berlainan. Yang sebelah kanan petik pada hari jumaat 8/4/16 dan yang sebelah kiri pada hari ahad 10/4/16.

11/4/16. Dapat berita gembira daripada Harun Basir. Dia kata petang ini hujan turun dua kali di Kampung Lompat. Seronoknya nenas, kelapa dan durian belanda bersorak disiram air hujan.
Memberi arahan kerja menanam biji benih rumput penutup bumi kepada Bakti di tempat yang telah diracun.


Buah ini saya petik hari Jumaat (7/4/16), saya biarkan ia berada dalam bakul beberapa hari. Saya mahu membuat pemerhatian berapa hari ia akan masak?
14/4/16
Sempat melawat kebun waktu senja. Nampak pokok kelapa condong.

Condong ditiup angin rupanya. Ada lagi beberapa batang yang condong seperti ini.

Tindakan hari sabtu & ahad 16&17 April.
1. Tegakkan pokok kelapa... suruh Bakti buat
2. Periksa pagar ... telah periksa
3. Pacak kayu utk tanam kelapa .... telah siap satu baris
4. Tanam kacang penutup bumi. Siap
5. Tanam 4 pokok db. Sempat tanam satu pokok sahaja. ... Siap
6. Pasang Pam sedut air. .... Buat separuh.
7. Beli atap zink utk dinding. Belum beli.
8. Beli baja. Siap


Tak perasan, pokok ini telah berbuah. Dah besarpun buahnya.
Sempat tanam sebatang pokok sahaja.

Buah ini mengecil ke hujung kerana pokok kekurangan air.


Permukaan yang tidak sekata seringnya. Ada tempat lekuk dan durinya lebih dekat. Ini tanda pokok kekurangan kalsium. Maksudnya kurang baja. Pokok yang rajin berbuah perlu beri baja lebih.

17/4/16
Arahan kerja utk Bakti.
1. Periksa pagar, Buang kayu yg hempap pagar.
2. Buat tanda utk gali 400 lubang pokok kelapa
3. Siapkan pasang Pam sedut air. Sudah siap.√
4. Pokok kelapa yg condong perlu ditegakkan. Siap.
5. Pokok db kecil perlu beri baja dua minggu sekali. Dua sudu sekali beri.Sial.
6. Pokok yg kurus dan banyak buah perlu baja tambahan. Caranya tebuk empat lubang dan isi baja.
7. Racun satu kawasan dan tanam benih rumput.
8. Bakti mesti pindah ke kebun hujung bulan ini. Dia telah pindah pada 17/4/16.√
9. Pacak kayu untuk tegakkan paip air.

18/4/2016
Renungan untuk diriku.
"Banyak pokok durian belanda telah berputik. Inilah ketika terbaik untuk memberi baja buah secara berjadual kepadanya agar buahnya besar dan elok bentuknya. Rawatan akar sangat perlu agar akar tidak reput. Cegah daripada serangan anai-anai. Semut yang suka bertengek pada buah perlu dihapuskan. Masih banyak ruangan kosong untuk disulam dengan pokok durian belanda. Saya mahu jalankan gerakan menanam 300 pokok lagi. Gerakan itu saya telah mulakan semalam. Saya berjaya tanam empat pokok. Bilangan yang belum tanam 296 pokok."

20/4/2016
Persediaan menternak lembu.
1. Pagar yang kukuh.
2. Rumah pekerja.
3. Bangsal.
4. Mesin pemotong batang Napier.
5. Tinjauan ke ladang menternak yg berjaya.
6. Buat persediaan tapak utk tanam rumput di kebun belakang.

24/4/16
Kaedah membaja yg salah

Pokok ini sudah mula belajar berbuah. Telah terangkan kepada pekerja.

Lebih 30 pokok telah berputik seperti ini. Jika proses pembesarannya tidak terganggu, hujung bulan Jun buah mulai masak. Untuk mempastikan buah yang dihasilkan elok perlu bekalan air dan baja yang berterusan. Perlu pasang paip air saiz 16mm kepada setiap pokok. Kaedah siraman titis.

26/4/16
Sempat jenguk kebun senja ini.

Pokok ini putiknya banyak. Tidak kurang sembilan.

Arahan kerja kepada Bakti.
1. Pasang tiang water elektrik yang menyambung kepada Pam. Masih belum siap satu tiang.
2. Pacak tanda tempat hendak tanam anak pokok durian belanda. Sudah mulai tanam.
3. Suruh gunakan baja yang bertutup dengan plastik.
4. Beri biji benih kacang penutup bumi. Sudah mulai tanam.
5. Sembur baja urea campuran kepada nenas. Sudah

30/4/2016
Telah berjaya tanam 23 pokok. Baki yang belum tanam 273 pokok.
Secara keseluruhannya kebun ini semakin terurus. Namun begitu perlu pantau dan beri arahan untuk diperbetulkan segera.