nuff

Friday, July 2, 2010

Rumah yang ditinggalkan

Kita menyusur ke hilir.
Kita mengkaji bukti sejarah hingga kita tahu siapa waris dan apakah ilmu yang kita perolehi dari penerokaan ini.

Kini kita singgah sebentar di hadapan rumah ini.

Rumah 04
Binaannya kemas, masih gagah tetapi tinggal sepi. Di manakah anak cucunya?
Ini ialah rumah arwah Elong hj. Bakar. Abang sulung kepada Etang Mamud, Achu Tar (ayah cikgu Rozi) dan xxx. Isteri beliau yang kedua ialah yyyy. Di sebelah rumah ini ada sebuah surau. Surau ini dibina oleh Elong Hj Bakar. Di sinilah tempat penduduk sekitar sembahyang dan belajar kitab. Saya terpaksa merujuk kepada cikgu Rozi.

Rumah 05
Rumah lama ini masih mampu berdiri walaupun telah diuji air banjir besar beberapa kali. Memang binaannya kukuh. Tuannya ialah arwah Tokki Haji Daud. Anak Tokki Hj Daud ialah Mak Awa, xxx, xxx. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat saya terpaksa merujuk kepada Apak Halim.



Rumah 06

Rumah tinggalan siapa dalam semak ini?
Banyak lagi
Penerokaan baru bermula.
Sila rujuk warisanpesagi.blogspot.com

7 comments:

ishakzanalabidin said...

Usaha murni yang bagus. Teruskan

emi21081 said...

dah macam wartawan lak cikgu kita nih, takpe, nnt berkesempatan kita update lagi.. mungkin masing2 boleh share cerita

Nor Salawati bt Mahmud said...

Sungguh nostalgik rumah2 lama ini. Saya adalah salah seorng anak Ayah Tam Mahmudan rumah kami di belakang rumah Ayah Long Bakar dan bersebelahan rumah Mok De Jah. Saya lahir dan membesar di kawasan di situ. Kawasannya sangat familiar. Saya masih ingat di hadapan rumah Mak We itu ada satu pokok ceri yg menjadi tumpuan kanak2 memetik dan makan ceri. Sekitar tahun 1975, sewaktu saya berusia sekitar 5 tahun, kami berpindah ke Kg Sentosa dan meninggalkan rumah. Atas usaha bapa saya, rumah itu dirobohkan dan kayu2nya yg kukuh digunakan untuk membina rumah baru kami di Kg Sentosa...Tahniah dah terima kasih Cikgu Yahya kerana menyegarkan ingatann itu kembali, teruskan usaha anda..

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih adinda Nor Salawati, kita patut berganding bahu menjayakan projek ini. Kita perlu dapatkan cerita kampung Pesagi & Tanjung Berangan dari orang tua kita, misalnya cerita murid SK Pesagi bersama guru mereka tahun 1935 naik motor air mengambil bahagian dalam sukan gabungan daerah Temerloh. Cerita itu sangat menarik dan boleh dijadikan motivasi kepada kita yang bergelar guru. Semanagat orang tua kita sebenarnya yang memberi kekuatan kepada kita. Sila dapatkan cerita itu dari "Bong" awak. Sejak saya mula menulis ruangan ini, saya berbual dengan ayah saya. Baru saya tahu ayah saya dan "Bong" awak dua pupu. Maknanya kita sangat dekat, tiga pupu. Inilah ruang untuk merapatkan kita semua, TQ.

chik_chenor said...
This comment has been removed by the author.
shaidah bt abu bakar said...

Assalamualaikum.... Saya adalah salah seorang anak arwah Elong Hj Abu Bakar. Hampir menitis air mata saya melihat rumah lama keluarga kami bersama kenangan manis yang tidak pernah luput sampai bila-bila. Saya sungguh terharu kerana ada juga insan prihatin spt cikgu Yahya yang masih mahu Kg Pesagi dikenali di seluruh nusantara dikala ramai warga asal yang melupakan asal-usul mereka.Tahniah saya ucapkan, saya akan terus menyokong usaha murni ini....SHAIDAH BT ABU BAKAR

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih Shaidah. Maklumat yg saya beri itu tak lengkap. Bila saya buat projek ini, saya selalu berbincang dgn ayah. Kita sebanarnya dari satu rumpun, sangat dekat tetapi masing-masing tak kenal. Inilah cara kita rapatkan persaudaraan. Kalau tak silap, emak awak ada buat kenduri baru2 ini kan? Memang nak pergi tapi tak dapat hadir kerana ada tugas di Kuantan.

Post a Comment