nuff

Sunday, May 10, 2020

MOTIVASI DIRIKU & LONJAKAN HASIL

Hey Yahya..... cuba kau ingati kembali apakah kejayaan yang paling bermakna yang kau usahakan hingga mendapat 
faedah dalam hidup kau?
Ya.... memang ada. Sewaktu aku umur 17+, baru dapat result SPM1971 aku terus belajar sendiri subjek Matematik sebelum melangkah masuk tingkatsn enam rendah. Aku buat pre learning selama dua bulan. Sewaktu mengikuti pengajaran guru  aku boleh faham semuanya. Aku beri tumpuan terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Seterusnya aku buat ulangkaji dan meneroka bab yang di hadapan sendirian tanpa disuruh sesiapa sekurang-kurangnya tiga jam sehari. Pencapaian setiap ujian sangat memberansangkan. Kemuncaknya aku berjaya memperolehi prinsipal A bagi subjek Matematik STP 1973. Aku diterima belajar di universiti dalam fakulti sains.

Daripada imbasan di atas itu  kau tidak harus dibuai cerita indah masa lalu, sebaliknya gunakan pengalaman itu diusia senja ini. Hasilnya bukan untuk kau tetapi anak cucu, saudara mara serta masyarakat.

Tindakan bermotivasi.
1. Tuliskan apa yang dimahukan 5 tahun lagi. Mahu sebuah kebun ada pokok durian yang mula berbuah. Ada pokok kelapa yang mengeluarkan hasil yang stabil. Ada pokok kelapa yang menghasilkan benih kelapa Mataq F1. Ada pokok Master yang mula berbuah. Ada kolam ikan yang mengeluarkan hasil lagi menarik pemandangan. Sebuah kebun yang menarik menjadi tempat Agrotuarisom yang diminati. Ada beberapa buah shale. Jadi pusat motivasi dan kursus keusahawan serta kepimpinan. Tempat kesukaan anak serta cucuku. Sebahagian dari keuntungan akan disumbangkan kepada masyarakat tempatan untuk memajukan pendidikan anak-anak mereka. Ya Allah Tuhanku yang maha berkuasa lagi penyayang, tunjukkanlah jalan kejayan stas usaha hambaMu ini...aminn.
2. Tuliskan secara teperinci apa yang mahu dilakukan hari esok.
3.akukan kerja buat sekurang-kurangnya 4 jam sehari.
4. Buat pemantauan... MBWA.
5. Beri arahan kerja yang jelas kepada pekerja.
6. Tekun, istikomah dan mengulangi jika gagal. Cari sebab kerosakan/kegagalan dengan merujuk kepada buku/pakar.
7. Yakin boleh lakukan. Boleh berjaya.
8. Elakkan risiko... lakukan perkara yakin boleh.

Sempena Aidilfitri 2020, aku ambil ketetapan baik pulih pokok durian yang ditanam. Pokok yang msti mesti ganti.
Beri baja organik sebulan sekali.
Sembur racun kulat 2 minggu sekali.
Bersihkan bawah dan keliling pokok.
Siram tiap2 hari jika tiada hujan.
Pertumbuhan pokok durian adalah melambangkan tahap kejayaan aku. Tanam pokok durian hutan. Sudah tanam 75 pokok. Bila pokok bersaiz lengan baru lakukan cantuman.
Pokok kelapa sudah mula berbuah. Pokok perlu diselenggara dengan baik agar dapat menjual buah kelapa mulai bulan November 2020. 

Jangka pendek
1. Tingkatkan mutu buah pisang dengan memberi baja , benteras rumput dan bekalan air. Boleh dapat hasil dari buah dan juga benih.
2.  Pokok nanas yang telah berbuah menghasilkan sulor yang boleh dijual. Pelepah nanas perlu dicantas dan diberi baja. Setiap tunggul boleh menghasilkan empat sulor. Target 10,000 tunggul yang boleh menghasilkan 40,000 sulor.
3. Terdapat peluang untuk menanam labu sewaktu musim lembab kerap hujan. Akan tanam 200 benih labu. Boleh menjana hasil tambahan rm2000 mulai bulan Ogos.

Didapati pelanggsn suka membeli buah nanas yang lebih dari 2 kg berat. Oleh itu kena sediakan tapak yang sempurna serta baja dan air yang cukup. Bekerja untuk hasil yang berkualiti boleh menambahksn hasil.
Pelanggan juga suka kepsda buah pisang yang besar lagi berat. Mereka suka kepada gred A. Untuk menghasilkan pisang gred A perlu beri baja tambahan 9-18-36 sewaktu pokok mencapai ketknggian 5 kaki. Baja ini untuk menghasilkan buah yang berkualiti. 

Walaupun aku telah baca buku CYOF sampai tamat tetapi kini aku buat ulangkaji untuk menajamkan dan fokus kepada usaha waktu senja ini.
petikan daripada m/s 11.
" Sekiranya kita membaca banyak buku, kemungkinan besar kita akan temui perkara yang dapat..... "

M/S 268
Jika mahu hasil yang cemerlang perlu penuhi 3 perkara berikut;
1. Bergerak pantas
2. Bekerja lebih Lama.
3. Badan yang sihat.

M/S 271
"kita bekerja lebih pantas, lebih rajin Dan memusatkan tumpuan pada tugasan yang bernilai tinggi." 

Orang cemerlang dlm kerjaya di USA secara purata bekerja 59 jam seminggu.

Tulis kerja yg mahu dilalukan esok pada malam ini atau sehari sebelum.
  

No comments:

Post a Comment