nuff

Friday, October 16, 2015

BERJINAK DENGAN NENAS MD2

Saya mahu belajar menanam nenas. Saya beli benih MD2 ini sewaktu melawat Karnival Pertanian di KV Pertanian Chenor hujung bulan Septemberlalu.Nama saintifiknya ialah Ananas Cosmosus. Saya belanjakan rm50 untuk mendapatkan 25 anak pokok. Sungguh mahal. Harganya 6X lebih mahal dari benih lain seperti N36 hanya 35sen satu.


Mengapa MD2 begitu mahal?
Benih MD2 ini dubawa masuk ke Malaysia pada tahun 2008 dari Hawaii. 

18 Oktober 2015
Memantau perkembangan dan siram.

27/2/2017
Setahun lebih tidak berbicara fasal MD2 ini. Terbiar dalam semak. Nasib baik tidak mati tetapi tinggal nyawa ikan. Saya bersihkan kelilingnya dari rumput liar yang mengancam. Nasib baik ada yang cambah. Dua tandan saya belah jadi lima dan semai. Tengok apa jadi.

Ini ialah satu eksprimen. Satu anak tunas dibelah dua. Yang satu lagi dibelah tiga. Tengok apa perkembangan? 
Ada orang kata selepas tiga bulan ia akan bertunas. Kita tengok.
2/5/17, didapati tiga pucuk baru telah muncul. Kelihatan subur dan hijau. Dua lagi masih belum tahu keputusannya. 3/5/17, dua lagi ada percambahan.
Memang benar kenyataan itu. BERJAYA!!!
Selepas ini saya mahu buat eksprimen belah empat pula.

11/3/17
Cuba mengawal serangan rumput.

Kini sudah dipulihkan sebanyak 12 pokok. Pindahkan 8 perdu yang uzur dari kebun belakang. Saya mahukan kesinambungan untuk membikkan benih MD2 tanpa membeli benih tambahan.

Sudah ada 32 anak pokok MD2 ditanam di halaman pondok. 14 anak MD2 masih dalam polybag.


4/5/17
Saya buat eksprimen yang kedua. Kini saya belah lapan satu perdu yang subur. Saya semai dalam polybag. Saya sembur racun kulat pada bahagian yang dipotong. Beri serbuk penggalak akar. Siram. Kita tengok apa yang akan kesudahannya. Kita akan dapat tahu selepas 60 hari. Sabar menunggu.

Percubaan keempat. Satu anak pokok MD2 dipecah empat.


Rekod
1. Satu umbi .... dipecah 2 ..... berjaya
2. Satu umbi ....dipecah 3  ..... berjaya
3. Satu umbi ... dipecah 8 ...sudah tumbuh 5
4. Satu umbi ... dipecah 4 ....????
5. Satu umbi .... dipecah 10...????
6. Satj umbi.... dipecah 16 .... ????

Tiga bulan lagi akan diketahui hasilnya.


Yang ini sudah besar.... saya pecahkan kepada 16.

Memeranjatkan.
Dua anak nenas yang hidup hasil semaian pada 27/2/17 telah dipindah dalam polibag didapati bercambah lagi.
Anak yang satu lagi juga nampak ada tunas baru.

Bermula dari 2 umbi kini sudah jadi 8 anak.

24/9/17
Sudah tanam anak benih ke kebun sebanyak 50 pokok.

No comments:

Post a Comment