nuff

Sunday, November 1, 2015

KEBUN KAMPUNG LOMPAT - NOVEMBER 2015

1 November
Merenung pintu masuk.
Ada tiga orang buat kerja mencuci pangkal pokok. Dua orang menanam rumput.

Dua pokok ini telah berputik. Harga setiap pokok rm33. Saya beli minggu lepas di Seremban. Usianya dianggar melepasi 2 tahun setengah.

Rasa tercabar bila lihat pokok kelapa banyak yang ketot. Pokok durian belanda banyak yang mati. Ada yang condong. Banyak juga yang telah belajar berputik. Dianggarkan 30 pokok telah berputik. Pokok kelapa di teres tidak berapa subur. Perlu ambil tindakan mengalihnya dan ganti dengan pokok durian belanda.

Pokok durian belanda yang tinggi lebih 5 kaki perlu beri baja buah. Dapat laporan dari Jama mengatakan baja buah telah ditabor kepada pokok durian belanda yang tinggi lebih lima kaki.

6 November 2015

Hari ini saya berpeluang mengikuti khidmat nasihat daripada encik Kobri, pegawai di Pejabat Pertanian Maran.
Saya belajar mengenali penyakit reput pangkal dan reput akar. Disebabkan serangan kulat. 

Nampak tompok hitam di pangkal pokok.

Pokok ini dalam keadaan bahaya. Perlu segerakan siram racun kulat, tetapi peluangnya 50-50 sahaja.

Saya juga diajar tentang kawalan ketinggian. Pucuk yang melebihi enam kaki boleh dicantas.

Encik Kobri menunjukkan aras yang hendak dipotong.


Beliau mengatakan dahan yang ada cepat rendang dan lebih besar. Buah yang keluar dari dahan mudah diselenggara.

Encik Kobri mengajar kaedah membaja yang betul.

Baja dilonggokkan pangkal pokok. Boleh menyebabkan daun jadi rengkut kepanasan.

Ini yang betul.

8 November 2015
Pokok yang dicantas pucuknya disapu cat untuk mengelakkan buruk atau reput.

Curah racun kulat sebagai usaha untuk pemulihan.

Ada banyak pokok kelapa yang bantut dan tidak subur. Masih banyak pokok durian belanda yang condong dan pucat.

Perlukan penyokong.
Daun kelihatan kuning, perlukan baja. Beri baja NPK . Tanam keliling dan siram. Siram racun kulat.

Masih ketot. Akar tidak dapat menyorong kerana tanah keras berbatu.
Banyak lagi kerja pemulihan dan tanam semula.
Esok Arpian dan isterinya daftar sebagai pekerja tetap kebunku. Harap akan memberi keuntungan bersama.

9 November 2015
Arpian ada datang kerja pagi ini menandakan satu permulaan kehadiran dua orang pekerja yang tetap. Tugas pertama mereka ialah membersihkan pangkal pokok kelapa di dalam nenas. Seterusnya membaja pokok kelapa tersebut. Berikutnya mencuci pokok kelapa satu ekar dari rumput ulan.

10 November 2015
Periksa kerja Arpian.... siap
Tanam rumput.... siap tiga baris.

Hasil kerja Arpian & Effa.

14 November 2015

No comments:

Post a Comment