nuff

Thursday, September 11, 2014

Khasiat Kelopak Putik Durian Belanda

Ada orang kata kelopak putik durian belanda matang bewarna kuning. Akhirnya gugur.

Pagi tadi saya kutip tiga kelopak yang matang. Saya bersihkan, hiris dan rendam dalam air panas. Beberapa minit kemudian saya minum airnya. Terasa lebih enak.

14 September 2014

Saya menunggu kelopak ini matang. Saya agak esok atau lusa ia akan gugur. 

15 September 2014, 5.45pagi

Saya dapati hanya tinggal secebis yang masih lekat. Lima yang lain telah gugur mulai tengah malam hingga 5.45pagi ini. Saya petik yang secebis ini. 
Kini putik durian belanda ini sudah bebas dari dinding yang dua lapis itu.


Inilah rupanya kelopak yang matang. Kelopak luar ada 3 keping kelihatan lebih besar dari kelopak dalam.


Kini semuanya telah berada dalam gelas berisi air panas. 10 minit lagi saya akan hirup air dalam gelas itu.

3 comments:

Iskandar aka DR Bubbles said...

Assalamualaikum Dato',

Apa khabar? Mudah-mudahan Dato' sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin. Baru sahaja mengomen di blog Dr. Faridah Abdul Manaf, orang Raub di UIA. Dia jumpa datuk masa program di UMP tempoh hari.

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih sdr Iskandar. Saya waktu forum tu pakai hentam aja... tak sempat nak mendalami profil ahli panel.. Sewaktu saya sampai terus urusetia panggil utk naik ke pentas.
sdr Iskandar bertugas di mana?

Anonymous said...

assalam dato'. minuman ni sedap ke? hihi. kt rumah ada 1 pokok, sedang berbunga.

Post a Comment