nuff

Thursday, September 25, 2014

SOROTAN DASAR PANDANG KE TIMUR

24 September 2014
Seminar diadakan di KIPSAS.

Orang Korea yang jadi petani masuk kerja awal pagi kerja dulu tiga jam baru boleh makan.... tuan haji Razali Mustafar

Lakukan 30minit setiap hari selama tiga bulan pasti akan nampak perubahan sikap dan kecekapan..... encik A Raman Halib.


Jika mahu maju dan tingkatkan produktiviti mesti guna teknologi baru. Ini yang berlaku di Korea. ..... hj Razali Mustafar.
Buat perancangan untuk jangka panjang.. selitkan rancangan jangka pendek untuk pelengkap.
Biar terus bergerak seperti kura-kura. Ada rakan sepanjang perjalanan. Jangan jadi arnab... laju tetapi tidak konsisten. Perangai arnab yang buruk ialah tidur terlalu lama.

Orang Jepun berjalan pantas, kurang borak kosong, murah dengan ucapan terima kasih dan hobi membaca amat positif.

Banyak yang saya pelajari daripada penerangan Razali. Antaranya beliau mengatakan di Korea kalau pegawai itu obes memang tidak menjamah naik pangkat. Mereka sangat menjaga makan minum dan latihan jasmani. Mereka suka mendaki bukit atau gunung serta berbasikal.

Apa yang saya nampak ada di Jepun serta Korea tetapi tiada di tempat kita? Saya ada pengalaman seminggu di Korea dan lebih setahun di Jepun. Saya nampak ramai orang membaca buku atau majalah di dalam keretapi, lapangan terbang dan stesen bas di dua negara itu tetapi jarang nampak orang membaca di sini. Inilah satu perbezaan yang nyata. Membaca boleh dikaitkan dengan kekayaan ilmu. Secara umum boleh dikatakan mereka lebih berilmu. Maknanya kalau mahu maju kita kena ikut amalan membaca. Kita kena laksanakan mulai dari rumah hingga ke sekolah. Ibu bapa dan guru adalah contoh yang terbaik terhadap kanak-kanak.



No comments:

Post a Comment