nuff

Tuesday, September 2, 2014

NASIB SI BULUH TELOR

Aduh sakitnya aku, rasa hendak putus nyawa. Apa tidaknya.... pagi semalam aku bertiga hidup selesa di dalam semak belakang kampung Paya Ladang. Tiba-tiba dua orang datang membawa pengali. Diterjahnya hujung pengali tajam ke tanah betul-betul ke tepi badan aku. "Aduh...", beberapa urat akarku putus. Diterjahnya lagi berkali-kali tetapi hanya beberapa urat sahaja yang terputus. Mereka menggelingkan kepala macam tanda tidak puas hati. Tiba-tiba mereka menghilang. Oh terselamatlah aku.
Setelah sejam berlalu tiba-tiba mereka muncul semula memikul cop kelapa sawit pula. Aku takut melihat cop itu.
Tanpa belas kasihan mereka menerjah kelilingku hingga semua akar aku putus dan akhirnya aku dicungkil. Aduh sakitnya tercabut dari perdu aku. Mengapa aku diperlakukan begitu.
Aku bersama dua puntung lagi dibawa pergi. Tiba-tiba aku diletakkan di belakang kereta proton saga warna biru. Oh lemasnya dulduk dslam tempat gelap ini.

Tiba-tiba aku dipindahkan pula ke kereta proton inspira warna matelik silver pula. Aduh kesalnya aku kerana tidak kenal huruf dan angka. Tidak faham apa ysng ditulis pada plat kereta itu. Aku diletakkan di ruang barang di belakang. Aduh gelapnya. Kadang aku terlambung... tentu kereta ini bergerak laju. Aku terasa perit dan kering. Tiba-tiba aku diangkat keluar diletakkan dibawah pili. Tiba-tiba pili itu dibuka. Oh aku dihujani air sejuk. Oh bahagianya. Terima kasih Tuan aku yang kedua ini.

Oh tiba-tiba aku dipindahkan ke belakang kereta lain pula. Kini aku duduk di bahagian belakang yang terbuka. Lantainya penuh dengan tanah. Tadi lantai karpet yang cantuk tetapi gelap gelita. Kini aku duduk di ruang terbuka. Aku tidak tidak tahu ke mana pula akan dibawa. Kadang-kadang melambung. Macam melalui jalan sempit. Apalah nasib aku?

Aku sampai di satu tempat yang asing. Tiba aku disemai. Kaki aku tenggelam dalam tanah. Tuan tabur baja debu penggalak akar. Lepas itu aku terasa sejuk disiram. Kini aku duduk berdekatan dengan anak pokok kelapa. Di mana aku kini?



Sudah tiga hari aku diletakkan di tepi tiang ini. Tiada siapa yang pperduli. Kebanyakan waktu siang terasa amat panas. Malam rasa nyaman. Aktu tak merasa air siraman walau setitik pun. Oh di mana tuan aku. Mereka yang ada di sini tidak perdulikan aku. Aku mahu berteduh seperti pokok durian belanda dan anak getah di hujung sana. Aku menjerit meminta pertolongan tetapi suaraku perlahan, tidak sampai ke telinga mereka. Inilah nasib aku.
Oh tuan, kalau macam ini lebih baik kembalikan aku ke tempat asal ku. Aku lebih selesa di sana. Teduh dan ramai kawan yang serupa dengan aku.

Tidak disangka kira-kira jam 9.45 malam 5 Sept.14 tuanku datang. Dia menghampiri aku sambil tangannya memegang baldi penyiram warna biru. Badan aku disiramnya. Lepas itu kawanku dua batang itu dijirusnya juga. Oh seronoknya dapat mandi, sejuknya. Barulah terasa nyaman.

6 Sept. 2014.   Seronok betul mandi hujan. Aku sebetulnya mahu hidup. Aku mahu buat jasa kepada tuan aku yang baru ini. 


No comments:

Post a Comment