nuff

Sunday, February 18, 2018

Tindakan upgrade Loving Garden

USelepas lima tahun, LOVING GARDEN kelihatan usang, semak. Pokok durian belanda yang hidup subur dan rajin berbuah sudah pupus. Hanya tinggal pokok kering. Bila ditolak begitu mudah tumbang. Pokok ubikayu sudah tumbunh tidak terkawal. Ada pokok yang meranting dan berlengkar. Ada yang tumbang kelihatan umbinya terjongket keluar dari permukaan bumi. Begitu huduh bentuknya. Lalang pula bukan main subur meliputi kira2 30% kawasan. Sakibaki pisang nangka masih ada yang tumbuh. Pada mulanya mahu dihapuskan semuanya tetapi kini saya ubah fikiran mahu memindahkannya ke kebun. Saya akan ambil 10 anak pokok untuk memanjangkan zuriatnya.
Lima tahun lalu saya tanam 5 pokok durian. Tiga daripadanya musang king, semuanya mati. Hanya tinggal dua pokok baka IOI.

LOVING GURDEN adalah kebun kecil seperti rojak. Nasib baik pagarnya kukuh. Tiang pagar besi L, jaringnya dawai besi bersalut plastik hinjau . Bahagian bawah kira2 setengah kaki dikonkrit. Hujung jaring terbenam dalam simen konkrit. Ini menambahkan kekuatan pagar ini.

Apakah impianku terhadap LOVING GARDEN ini?

1. Sistem menyiram yang lengkap. Ada tangki yg menyimpan air hujan dan tangki menyiram air baja.
2. Memberi hasil jangka pendek, sederhana dan panjang.
3. Tiada pembaziran.

18-23 Feb. 2018

1. Pasang paip air. Penyambung T ✔, stoper✔,  tap dan kiip 2.✔ Batang besi 2( bawa dari rumah Kuantan). Siap
2. Tebas keliling pokok lemon. ✅✔
3. Cucuk keliling pokok untuk putuskan akar lalang dan rumput liar dan untuk gemburkan tanah juga.✅
4. Tebang pokok mengkudu.✅✔
5. Sembur racun untuk halau kerengga.✅
6. Buang pokok ubikayu.✅✔
7. Gali 3 lubang utk tanam buluh. Tanam pokok buluh✔
8. Tungkat dahan pokok lemon yang ada buah.✅✔.... akhirnya mati.
9. Buang pokok pisang.✔
10. Tebas keliling pokok buluh.✅✔
11. Sembur racun kulat pada batang pokok lemon yg baru tanam.✅✔
12. Tabur baja penggalak akar keliling pokok lemon dan jambu pasir yg baru tanam.✅✔

✔..... bermaksud siap dilakukan dalam tempoh.
✅ .... bermaksud dilakukan selepas tarikh akhir.
❌.... bermaksud masih belum disiapkan.
✔.... 2 markah
✅....1 markah

Walaupun terlewat tetapi semua yang dirancang berjaya disiapkan. Markah yang diperolehi ialah 10x2 + 9x1 = 15. Markah penuh ialah 24. Pencapaian ialah (15×100)÷24 = 62.5%

Jika kau tewas dengan rumput, ia akan menewaskan pokok yang kau tanam. Oleh itu sebelum dia menjalar jauh atau membesar cepat-cepat hapuskan.

Jika kau tidak beri baja, ia akan kurus dan pucat.

Jika kau tidak siram, ia akan layu. Jika tiada hujan mungkin akan layu dan kering.

Terdapat sarang anai2 tepi pangkal pokok. Memang elok gemburkan keliling pokok dan kemudian jirus cecair racun anai2.

Kerengga juga banyak bersarang pada daun lemon. Perlu dihapuskan dengan cara menyembur racun serangga. Telah sembur racun serangga. Beberapa hari kemudian sudah tiada lagi tetapi daun terdapat karah hitam. Apa yang menyebabkan karah tersebut?

26 Feb - 2 Mac 2018

1. Cuci tompok semak pokok ubikayu.✔
2. Kumpul pokok ubikayu yang bertabur di permukaan tanah.✅✔
3. Potong rumput guna mesin rumput.✔
4. Gemburkan tanah keliling pokok lemon.
5. Tabur baja 15-15-15✔
6. Pasang polypaip 16mm & sambung saluran kecil kepada setiap pokok lemon.✔
7. Upgrade saluran polipaip bahagian pangkal supaya nampak lebih kemas.✅✔

3 Mac - 9 Mac

1. Tutup pangkal pokok lemon dengan kepingan tikar getah/kepingan keras.✅siap separuh.
2. Pasang saluran paip kecil pangkal pokok.✅✔
3. Buang pokok ubikayu dekat tangga dan septik tank.✔
4. Tanam dua pokok Lemon Australia.✔
5. Semai biji benih lada kecil.✔
6. Tanam anak lada kecil antara pokok lemon.✔
7. Tanam satu perdu buluh lemang.✔
8. Gali 20 lubang  dan tanam lada. Baru siap 9..✅ sudah siap tanam 15 batang.✅siap pindahkan ke polibag 6 pokok lada kampung dan 20 pokok lada Lombok.✔

(14+1)/8 = 15/16 = 93.75%

17/3 - 18/3
1. Tutup pangkal pokok lada & lemon dgn kepingan .✅
2. Gemburkan keliling pangkal pokok. ✅ pokok yang digemburkan kelilingnya kelihatan subur.

Banyak pokok lada mati dan layu. Ada kesan dimakan ulat dan ada yg tewas dengan kepanasan sinaran matahari.

31/3 & 1/4
1. Punggah 40 batang pokok ubikayu. Siap✔
2. Gali 10 pokok anak pokok pisang nangka.
3. Punggah 40 batang pokok ubikayu yg kedua. Siap 16.✅.✔
4. Racun lalang yg masih belum layu.✔
5. Gemburkan tanah keliling 10 pokok lemon.
6. Tutup pangkal 3 pokok lemon.✔
7.  Pasang wayer penyiram kpd dua pokok lemon yg tidak dpt air siraman.

4/7 = 57% kejayaan

7/4/18
1. Gembur 10 pokok lemon.
2. Pasang wayer penyiram kepada 4 pokok lemon.
3. Racun sakibaki rumput yang belum kena racun. Siap 80% ✅
4. Bakar berperingkat pokok ubikayu.✅
5. Punggah sakibaki kayu yang mati.✅
6. Tabur baja 15-15-15./ baja organik ✅ 4 pokok belum beri.✔
7. Tabur baja buah kepada pokok belimbing dan kelapa.✔
8. Bersihkan rumput pangkal pokok buluh lemang.✔

12/6/18
Rumput baru bukan main subur. Perlu hapuskan segera sebelum rumput menewaskan pokok lemon.

Tindakan pada 13/6/18
🌱Tebas rumput keliling pokok lemon, pokok lada dan pokok buluh. Siap 5✅✔
🌱Tanam satu pokok kelapa pandan ratus di sebelah pokok mangga.✔

Tindakan pada 23/6/18
🌿Biakkan satu perdu pokok buluh kepada tiga. Ulangi dua kali lagi hingga jadi sembilan semuanya.

Telah pasang paip getah penyiram 16mm dilengkapi dengan Automatik Timer untuk menyiram dengan sendiri. Timer itu rm73 sahaja, beli melalui Ali Baba.

Hingga 3/9, telah tanam 7 pokok durian Musang King. Pokok MK ini akan dijadikan induk untuk menghasilkan 100 pokok Musang King yang baru. Jika projek ini berjaya, harga sebatang pokok MK menjadi rm2.50 sepokok.
Selepas enam bulan hanya tinggal 5 pokok. Dua telah mati kering akibat kurang perhatian. Cadangan awal sukar untuk dicapai.

Saya tidak konsisten menjaga kebun ini. Kini rumput menguasai setiap ruang. Namun begitu ada beberapa batang pokok mahu berbakti.
Pokok belimbing besi kerap berbuah. Kebanyakannya larah sahaja.
Pokok lemon tepi tangga sentiasa berbuah. Telah banyak jasanya. Kini saya bungkus buahnya agar tidak buruk.
Sebatang pokok kelapa di juru pagar telah keluar dua seludang. Ia mahu berbakti juga rupanya.
Ada enam batang pokok getah sudah boleh ditoreh. Cadangannya saya mahu belajar menoreh getah bila pulang semula ke teratak ini.

Kerja menanam sisa makanan dalam kebun adalah bertujuan membentuk baja yang mengrmbalikan kesuburan tanah. Ini juga sebagai langkah pembersihan alam sekitar. Hingga kini telah lakukan beberapa kali.
2/8/19, adalah hari penting kerana berjaya menanam daging yang lebih setahun teraimpan di dalam peti sejuk.

Perdu buluh yang tanam dua tahun lalu sudah hidup subur. Membiak dan monjak. Perlu dipindzhkan ke tapak kekal.


1 comment:

Normala Saad said...

Mmm...banyak kerja kena buat nampaknya. Happy gardening WP.

Post a Comment