nuff

Monday, July 3, 2017

Mental Excercise SUDOKU

Otak kita yang melewati 60 tahun perlukan latihan. Orang kata untuk elakkan nyanyok. Otak kita semakin kecut. Neuron banyak yang putus. Ingatan kita menurun, banyak benda yang kita lupa misalnya nama orang. 

3/7/17

Saya cuba jawab SUDOKU. Banyak kena fikir. Tekun. Ini adalah latihan pada 3/7/17. Ambil masa 48 minit menyiapkannya.

Saya akan cuba lagi bila ada masa terluang.

5/7/17
Sewaktu duduk rehat di ruang tamu Toyota Servis menunggu kereta diservis, aku bermain dengan sudoku ini. Kerap juga beberapa kali terhenti kerana aku tertidur. Nasib baik tamat juga dalam masa 72 minit.


20/7/17
Dua minggu saya mencuba, sentiasa gagal. Tetapi petang ini saya tetap mencuba... akhirnya berjaya juga selepas berjuang selama 104 minit.