nuff

Friday, June 30, 2017

Ikut yang cemerlanag & produktif

PERISTIWA PERTAMA.

Sewaktu remaja dahulu saya pernah ikut jejak langkah orang cemerlang dalam pelajaran. Saya dengar temuramah radio RTM pada bujung bulan Mac 1972. Hasilnya saya juga memperolehi kecemerlangan tersebut. Satu kejayaan dikongsli melalui media, komunikasi populer ketika itu. Oleh kerana betapa mendalam dan berkesannya nostalgia itu maka saya rakamkan dalam bentuk tulisan. Saya tuliskan kisahnya dalam sebuah buku RAHSIA CEMERLANG MATEMATIK. Telah berlaku peningkatan mutu pendidikan, saya dapat kelulusan yang baik. Banyak faedah yang saya kecapi berpanjangan. Saya dapat faedah dari sudut ilmu dan juga ekonomi.



PERISTIWA KEDUA

Semalam saya bersama dua orang anak saudara, Topek dan Zizol kebun pisang di Paya Ladang untuk meninjau hasil kerja yang cemerlang. Meningkatkan pengeluaran hasil tani. Lawatan tinjauan singkat 30 minit yang memberi motivasi yang amat mendalam. Terima kasih kepada T dan Z kerana membuka minda saya melalui tinjauan lapangan. Pemilihan projek yang sangat tepat.

Pokoknya besar dan tegap. Jantungnya besar. Buahnya kelihatan besar dan bilangan sikatnya banyak. Tandannya panjang. Berat buahnya mencapai 40kg. Kebiasaannya 25kg sahaja. Lonjakan 60%.

Pokoknya rimbun. Daunnya subur menghijau. Pelepah yang melempai dicantas. Dipangkalnya terdapat paip air yang sentiasa membekalkan air secukupnya. Setiap pokok pisang memerlukan air 8 hingga 12 liter sehari.

Pangkal pokok tiada sulor yang menyurung, semua dipotong. Memang lain dari kebiasaan. Biasanya orang simpan satu anak bila pokok pertama berusia empat bulan. Bila induk berusia lapan bulan satu lagi anak sulor dibiarkan menyurong. Petani kita simpan tiga pokok pada setiap masa. Ada juga yang simpan hingga 10 pokok. Alasannya sayang untuk ditebang. Pengusaha ini hanya memilih satu sulor yg jauh dari pokok bila pokoknya telah ditebang. Baja 100% diambil oleh satu pokok. Pengusaha ini tidak mengambil anak pokok selagi pokok induk tidak ditebang untuk mengelakkan akar induk terputus. Anak pokok hanya akan diambil bila pokok induk ditebang.
Sangat berbeza dengan amalan biasa petani kita. Petani kita menyimpan beberapa batang disekeliling induknya. Maka baja dikongsi, berlaku perebutan baja dan air. Hasilnya tidak seberapa, timbangan buahnya ringan, sedikutlah wang yang diperolehi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Langkah segera yang perlu diambil.
1. Bina satu stor/ rumah pekerja.
2. Beli enjin dan pam air.
3. Buat takungan air hujan.
4. Beri baja NPK dan baja tahi ayam secara berjadual. Telah beri pada 2/7... 2 baris NPK & 2 lagi baja asli. ✔Akan ulangi pada 9/7, 16/7, 23/7,30/7.
5. Ratakan permukaan tanah untuk takungan air hujan.
6. Cukupkan tanam pisang LM enam baris. 210 pokok.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
1.Lihat .... tinjau
2. Rakam .... kaji/fikir
3. Percaya ..... kenali kebaikan/kelebihan
4. Rancang
5. Lakukan
6. Maintanance.
7. Cari pasaran.
8. Rakan yang berpengalaman.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dipetik dari buku First Things First, m/s 25.
Inilah prinsip yang perlu diikuti.

10/7/17. Buat tinjauan di taman Mangala Resort & Spa. Kelihatan pokok kelapa subur. Ada ponjot tergayut pada pelepah. Di dalamnya adalah furadan. Teknik menghalau musuh. Kaedah ini patut ditiru.

15/7/17
BUAT SEMPURNA MELEBIHI TARGET

Target hari ini mengisi tanah dan letak anak pokok kelapa 15 polibag semuanya. Hingga senja tadi dapat 11 pokok.  Pagi2 lepas subuh, 6.30pagi siapkan 6 lagi, jadi 17 semuanya.

17/7/17
AMALAN GOTONGROYONG

21/7/17
YB Dato Nazlan beritahu... pengusaha db di Johor mengatakan pokok db memerlukan banyak air.

30/8/17
Tiger Woods ad: "relentless consistency, 50 percent; willingness to change, 50 percent."

11/9/17
Beli dua pam racun guna bateri untuk cepatkan kerja. 

Teknologi 4.0
Automasi,
 internet of Things, 
analisis dan big data, 
simulasi, 
Integrasi sistem, 
penggunaan robotik 
dan cloud.

No comments:

Post a Comment