nuff

Saturday, March 25, 2017

Buah Durian Musang King

24/3/17. Saya singgah di sebuah warong tepi Lebohraya KL Karak. Warung itu di sebelah kiri dari KL ke Karak selepas Kampung Sungai Dua. Saya beli sebiji durian MK, tangkainya berbalut. Beratnya hampir 2kg. Harga istemewa waktu senja rm50 sekilo, jadinya sebiji yang saya berminat itu rm95. Oleh kerana hendak lepaskan gian, saya beli juga walaupun amat mahal. Penjual mengupasnya. Saya bersama Sokdi mula menjamah seulas seorang. Terasa enak dan puas, bijinya separuh sepet. Makan seulas terasa puas tetapi kami mesti habiskan beberapa ulas lagi. Wah terasa seeh untuk menghabiskan tiga ulas dan Sokdi menghabiskan dua ulas. Ini bermakna seulas nilainya rm19. Terlampau mahal.  Oleh kerana terlampau mahal saya bawa balik bijinya, saya mahu semai. Beberapa hari lepas saya beli sebiji pada kadar harga rm57. Harga sebiji rm80. Ada lapan ulas semuanya. Ini bermakna seulas rm10. Semua bijinya sepet. Saya mampu makan empat ulas sahaja. Bakinya saya bawa pulang.
Gas durian musang king sangat kuat. Sewaktu saya tunduk rokuk solat di Exit Gambang, tersedawa bau durian. Saya masih ingat minggu lepas isteri saya komen bau durian ini sangat kuat. Isteri saya WAWA tidak selesa dengan bau durian fresh ini tetapi sangat suka makan tempoyak dan juga gulai asam tempoyak.

Beberapa bulan lalu menantu saya Amir membeli beberapa biji durian musang king ketika dia bertugas di Bentong. Saya jamah beberapa ulas, terasa enak. Mulai dari saat itu saya terasa minat makan durian MK ini. Lalu saya semai beberapa ulas. Itulah yang kelihatan dalam gambar di atas itu.

Dua hari lepas, 22/3/17 saya beli sebatang anak pokok durian MK dari nussery di hadapan Taman Guru, tinggi dua kaki dan harganya rm60.  Sepokok lagi saya beli pada 26/3/17 harganya rm170. Saya mahu tanam di kebun. Lokasinya telah ditentukan iaitu di tempat pokok db yang mati. Telah suruh Amir tanam.

Beberapa bulan lalu saya beli dua batang MK harga sepokok rm160. Kini telah berada dikebun.

MK1
MK2
Yang ini kurang subur mungkin tanahnya keras. Perlu beri lebih banyak baja dan penggalak akar.
Target mahu tanam 20 pokok.
25/3/17..... sudah tanam 2 pokok.
27/3/17 ..... sudah tanam 4 pokok.
30/3/17 .... beli 2 pokok mk

Telah siap tanam oleh Amir.... 6 pokok semuanya.

MK5
MK6

Masih ada ruang untuk tambah tiga pokok lagi. Telah beli tiga pokok durian MK jumlah rm465. Beli lagi di Karak dua pokok rm250.

(Dipetik dari johorkaki.blogspot.com)
Durian musang king sebelah kiri. Durinya hijau bersegi.

Tiga pokok lagi sudah siap tanam menjadikan 9 pokok semuanya.

MK7

MK8

MK9

Lubang untuk MK10 dan MK11 telah siap digali oleh Amir. Amir telah siap tanam MK10 dan MK11.

14/4/17. Beli lima batang anak pokok MK. Tingginya dianggar 2 kaki dari nesery jalan Teluk Cempedak ke Alor Akar. Harga semua rm170, bermakna rm34 sepokok. Perlu pindahkan ke dalam polibag besar terlebih dahulu untuk beberapa bulan sebelum dipindahkan. Ketika yang baik untuk memindahnya ke kebun ialah pada bulan November. Sayangnya empat pokok layu. Saya telah beli lima pokok lagi di nusery Low kg Awah. Pokoknya masih kecil, tukar kepada polybag yg lebih besar.

Aduh.... pokok durian MK gondol. Habis daun kena ragut. Mesti ambil tindakan balut dengan jaring hitam kemudian tabur baja dan siram. Telah balut dengan jaring hitam.


Langkah keselamatan;
1. Sediakan tong air bertutup berdekatan dengan pokok db. Isikan air untuk siram sekurang2nya dua kali seminggu jika tiada hujan.
2. Lengkongkan dengan jaring hitam.✔

2 comments:

Warisan Petani said...

Tanaman durian MK ada potensi.
Dato' boleh cuba selang selikan dengan tanaman durian belanda sebab durian belanda adalah tanaman jangka pendek.
Tanam benih klon terpilih, lebih cepat berbuah dan kualitinya terjamin.

Yahya Zainal Abidin said...

Setuju sangat dgn pandangan Warisan Petani. Saya tanam pokok durian MK di tapak pokok DB yang mati.
Terima kasih.

Post a Comment