nuff

Saturday, August 1, 2015

KEBUN KAMPUNG LOMPAT - BULAN OGOS

1 Ogos 29015.

Telah tanam 163 pokok, jarak 5 kaki. Bil
mm9a umurnya setahun, alih ke tapak sebenarnya.

Hari pertama membersihkan nenas dari rumput liar.

2 Ogos 2015. Dapat laporan dari Azmi bahawa pekerja semalam itu tak mahu meneruskan tugas. Oh... berita yang tidak mengembirakan.

3 Ogos 2015. Beli 16 pokok durian belanda di neseri Sulaiman di Seremban. Harga sepokok rm25. Bayar semua rm400.00

4 Ogos, 6.15 pagi selepas subuh hantar ke kebun. Walaupun berat dan mencabar, tetap saya usahakan juga. Ada kalanya saya jadi boss tetspi ada kalanya saya jadi kuli.

6 Ogos 2015. Rindu benar untuk menjenguk kebun. Hari ini aku cuti... kalau ada masa aku mahu jenguk kebun seketika. Ya dapat juga jenguk beberapa minit.


Satu batang pokok durian belanda dekat nusrey telah berputik.
Anak pokok kelapa kelihatan makin subur.
8 Ogos 2015
7.50pagi aku telah sampai di kebun. Terus sahaja memunggah 53 pokok kelapa mataq ke kebun belakang. Kali kedua 48 pokok. Saya tidak sempat menyudahkan kerja untuk 48 pokok itu. Saya minta Jama menyiapkannya.
Hari ini saya ada empat orang remaja ambil upah kerja selara pokok tebu. Daun kering ditanggalkan dan himpun di lorong.


9 Ogos 2015
Hingga 12 tengah hari berjaya semai anak kelapa 53 pokok. Masih ada 47 pokok yang belum dibereskan.

Lepas asar, saya teruskan perjuangan. Selepas bertarung dua jam akhirnya berjaya menanam 100 pokok. Kerjanya ialah memindah, mengatur dalam lubang, tabur baja penggalak akar dan akhir sekali tutup dengan tanah. Hari ini saya berjuang guna tulang empat kerat selama empat jam. Keringat membasahi baju. Satu kepuasan.

Perlu tong takungan air tiga buah dan tong pengangkut satu buah.
Masih banyak anak pokok durian belanda tidak ada penanda dari pokok ubi kayu. Pokok ubi kayu menjadi pelindung panas kpd anak pokok durian belanda itu.

12 Ogos 2015
Dapat bantuan baja dari Pejabat Pertanian Maran. 14 bag semuanya. Kalau harganya rm50 satu bermakna saya dapat bantuan rm700. Terima kasih Pejabat Pertanian Maran. Telah agihkan tepi rumput napier dan tepi tebu. Saya suruh Jama tabur baja tersebut esok.


13 Ogos 2015.
Sungguh kecewa. Jama kata baru siap satu bag. Telah siap 12 bag. Dua bag lagi akan beri kepada anak pokok kacang bende dan tebu yang baru cambah.

15 Ogos 2015
Tanam benih kacang bende celah kelapa sebanyak 40 ulas.
60 anak pokok db berpindah ke kebun.

Sempat memetik bunga roselle.

Sebenarnya kebun ini tidak cukup tenaga pekerja. Banyak kawasan semak. Pokok kelapa dan durian belsnda dibelit ulan. Ada yang layu. Tidak berbaja. Kena fikir guna jentera seperti trektor.

Walaupun terbiar dalam keadaan condong tetapi tetap berputuk. Mesti pasang penyokong segera.

16 Ogos 2015
Tiang elektrik sepuluh batang yang menghubung pondok atas bukit dengan sumber elektrik sedang dipasang. Pihak TNB sponser 3 batang dan 7 batang bayar sendiri. Bayarannya ialah rm1480. Deposit pemasangan meter lain pula. Apa faedahnya tenaga elektrik? Boleh menerangkan pondok. Boleh menyejukkan ruang dalam rumah. Boleh pasang pam untuk sedut air dari takungan ke dalam tangki. Boleh sedut air paya atau sungai untuk siram pokok. Boleh hidupkan pagar elektrik. Boleh hantar elektrik ke tanah belakang. Boleh cas bateri.

Pokok ini banyak putik.... lebuh 10 putik.

Mahu bina rumah nusery yang kukuh. Tiang besi yang ditanam dan ikat simen. Ukuran 20'x12'. Atas pasang jaring hitam.

23 Oktober 20
Pondok telah ada elektrik. Lampu telamenyala, kipas telah berpusing. Lampu sudah menyala.

Dua bulan lalu saya beli empat pokok durian belanda. Tingginya empat kaki. Mungkin umurnya telah melewati dua tahun. Harga sepokok ialah rm38. Tidak disangka sebatang daripadanya telah berputik.


Pokok ini tingginya tidak sampai tiga kaki tetapi dah mula berputik. Mungkin umurnya dah cecah tiga tahun. Pembesaran awalnya terbantut. Namun begitu pada waktu ini cukup baja maka dia kelihatan subur. Bila sampai usia matang dia tetap berputik juga.

30 Ogos 2015
Kerinduan terubat. Dapat rehat di pondok dan memerhati keliling yang menerima nikmat hujan.

Gambar dari pelantar pondok, sewaktu hujan turun. Pokok pasti segar dapat mandi.


Tindakan segera... 
1. Bersihkan pangkal kelapa dan beri baja urea. 
2. Bersihkan pangkal durian belanda dan beri baja buah. Tanam dlm lubang keliling pokok.
3. Terangkan ulan tanah satu ekar.
4. Tebas dan racun tanah belakang yg semak.

4 comments:

Obat Nyeri Haid Herbal said...

wah kampungnya masih banyak pepohonan, udara paginya pasti segar banget ya...

Obat Herbal Penyakit Kanker Usus said...

terimakasih banyak sekali informasinya...

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasoh OHPKU meluangkan masa melawat blog saya. Sesungguhnya kehadiran tuan OHPKU menyuntik semangat saya.

Hard Drive Repairs Antioch said...

Thanks for wriiting this

Post a Comment