nuff

Friday, February 6, 2015

CERAMAH MOTIVASI CEMERLANG MATEMATIK

5 Februari 2015, 9 malam.

Saya berpeluang menemui 123 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 SMK Seri Jengka. Seronok dapat berjumpa pelajar. Ada sebab yang istemewa mengapa saya suka ke sini. Pertamanya saya pernah jadi pengetua sekolah ini. Keduanya pengetua sekarang encik Yahya Awang adalah GPK HEM saya sewaktu saya pengetua di SMK Abu Bakar Temerloh. Ketiganya ingin kongsikan pengalaman saya dengan pelajar. Sewaktu menyampaikan ceramah saya dapati bunyi orang batuk sering kedengaran terutama dari kumpulan pelajar perempuan. Timbul rasa kasihan. Perlu laporkan kepada pengetua. Sesi ceramah ini adalah percuma. 


7 Februari 2015
Jam 8.55pagi. Saya sampai di dewan SBPI Tun Razak. Saya disambut oleh cikgu Zulkifli, cikgu Rozana dan cikgu Nik. Saya masuk ke dewan. Nampak pelajar telah bersedia menunggu saya. Nampak ada displin yang terpuji. 
Tanpa melengahkan masa saya dijemput memulakan sesi motivasi Matemaik. Saya katakan bahawa saya suka sekolah ini kerana anak saya, Shahmi lima tahun bersekolah di sini. Ami berkawan, berlajar dari guru hingga berjaya cemerlang.

Saya terangkan langkah demi langkah untuk mencapai kecemerlangan. Sebagai permulaannya saya terangkan sejarah bagaimana saya mengubah cara belajar hingga cemerlang. Nampak pelajar menunjukkan minat. Ada yang pinjam buku  algebra. Ada juga yang mengadu lemah tajuk pembezaan. Saya ambil masa beberapa minit menerangkan konsep pembezaan itu. Akhirnya saya cadangkan agar sekolah membentuk kumpulan fasilitator. Saya bersedia melatih mereka. Sebelum pulang tiga orang pelajar perempuan jumpa mengatakan mereka tidak faham belajar Matematik Tambahan dan mahu belajar dengan saya. Bilangan yang tidak faham katanya ada 20 orang. Aduh kasihannya. Sesi ceramah ini adalah percuma.

No comments:

Post a Comment