nuff

Sunday, June 8, 2014

POKOK DURIAN BELANDA DI BELAKANG RUMAH


Saya mula menanam awal tahun lepas (2013). Pada mulanya saya menanam pokok yang kecil tetapi selepas beberapa bulan semuanya mati kering dan ada juga dimusnahkan oleh musuh.

Selepas itu saya membeli empat batang pokok yang besar, kira-kira tiga kaki tinggi. Harga sepokok ialah RM40. Selepas itu saya tanam lagi beberapa pokok hingga penuh 25 batang semuanya.

Kini tiga pokok telah mula belajar berbuah. Tingginya lapus kepala saya, kira-kira tujuh kaki.

DB1 telah tiga kali berbunga. Kali pertama tidak lekat. Kali kedua buahnya membesar hingga 15cm panjang tetapi tidak sempat masak kerana hujung bawahnya buruk. Kali kedua buruk juga.
Kini buah ketiga kelihatan segar. Harap-harap kali ini boleh jadi rezeki.

Pokok DB2 telah mula mengeluarkan putik kali kedua. Kali pertama tiga bulan lalu keguguran. Kali ini awal bulan Jun mula berputik dan berkembang. Saya lihat ada tiga putik, ada yang dah kembang kelopaknya yang bewarna kuning. Dua lagi masih kecil.

Pokok DB3 mula belajar berputik kali pertama, puitiknya masih kecil.

Saya akan terus membuat pemerhatian.

Rujukan untuk menanam durian belanda;

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm

Laporan pada 11 Jun 2014 ( sempena tarikh lahir Adam. Hari ini ulang tahun pertama)
Gambar yang diambil dalam tempoh seminggu dari mula berbunga, seterusnya kelopaknya mula gugur dan akhir sekali putik durian belanda mula menerima cahaya matahari.
Masih panjang pemerhatian ini.

 Nak tahu lebih mendalam tentang khasiat DB ini, sila masuk ke;

http://pakarhowto.com/rahsia-khasiat-durian-belanda.html

..... akan sambung lagi
 
Setelah meneliti pokok DB1, DB2 dan DB3... pokok durian belanda boleh mula berbunga apabila dahannya keluar tujuh tingkat. Saya jangka sekurang2nya ambil masa dua tahun.
Ada juga telah mencapai lapan lapis tetapi belum berbuah. Ini mungkin kurang cahaya atau kurang baja.



15 Jun 2014
Inilah rupa putik durian belanda selepas beberapa hari kelopaknya tanggal. Gambar dari pokok DB2 da DB3. 


Hari ini 16 Jun 2014, saya cari ilmu dalam program KLINIK USAHAWAN TANI di Menara LPP. 
Beberapa petua yang diperolehi antaranya buat cecair dari bawang putih bercampur air sabun untuk menghalau ulat. Gunakan racun Malation jika perlu.
Satu lagi petua untuk galakkan pengeluaran buah dengan cara mencantas pucuk biar dahannya melebar. Boleh mulakan baja buah.


Minggu lepas saya petik durian belanda yang sudah tua dari pokok DB1. Selepas seminggu semua bahagian telah lembut. Saya terus belah dan kami makan... aduh enaknya. Bijinya lebih 50 ulas saya simpan. Beberapa minggu lepas itu saya semai. Tidak disangka 23 cambah. Umurnya kini melebihi enam bulan. Saya telah pindahkan ke kebun. Sebatang pokok telah menghasilkan 23 pokok yang baru.

Saya telah silap sangka. Sebatang durian belanda  yang ditepi pagar, condong, kerdil dan dinaungi oleh pokok manggis. Saya tidak beri baja dan biarkan dia berjuang untuk hidup.  Satu petang saya memandangnya, terkejut melihat putik dan bunga. Saya panggil pokok itu DB4.

2 Julai 2014..... Saya memetik daun dari beberapa batang pokok db yang rimbun. Seterusnya dibasuh dan jemur di bawah sinar mata hari. Kini daun db itu kering, beratnya sekitar 1.5kg. Hari ini saya hantar ke TPM Biotech, Raub untuk diuji. Cadangan saya untuk menghasilkan Tea Durian Belanda WAWA. Proses makmal, rekabentuk dan kelulusan ambil masa enam bulan. Saya berharap 1 Januari 2015 akan muncul Tea DB WAWA dipasaran. 

5 Julai 2014.... Saya dapati pokok DB5 dan DB6 sudah mula belajar berputik. 

Saya petik 13 helai daun durian belanda dan rebus. Malam selepas sembahyang terawis saya minum.... oh sungguh enak. Ada rasa lemak dan sedikit kelat. Lepas itu badan rasa ringan dan segar.


12 Julai 2014
Saya menjenguk kebun ..... didapati DB8 dah berputik. Kebanyakan putik keluar di dahan yang paling bawah.

19 Julai 2014
Saya memerhati DB9 ..... pokok yang paling tinggi dan paling subur. Telah lama saya membuat pemerhatian dan bertanya dalam hati... "Bilalah awak nak berbuah? Kalau ikut ketinggian awaklah sepatutnya paling awal."
Kini terjawab sudah. Satu penantian... akhirnya terjawab. Saya dapati ada putik pada dahan bawah. Tahniah DB9.

Saya dapati ada sebatang pokok kelihatan kurang subur. Daunnya kecil sedikit dari yang lain. Banyak daun yang karah macam kepanasan.

Sudah lama saya tidak ke kebun belakang rumah. Tidak sedar ada satu pokok durian belanda sudah keluar putik.

18 Februari 2015
Terkejut melihat putik durian belanda yang besar ibujari kaki. Rasanya sudah satu bulan sejak mula berputik.

7 Mac 2015
Pokok ini berputik semula. Umur buah ini dah sebulan setengah.

Ini ialah buah yang keempat.

31 Mac 2015

17 April 2015


12 Ogos 2015
Didapati 12 pokok telah berputik.


Pokok ketujuh hingga 12

Satu batang lagi berputik menjadikan 13 pokok  semuanya.

Pokok ini keguguran daun selepas berbuah duabulan yang lalau. Kini baru keluar daun baru.

Tiga batang pikok terus mati. Mungkin kesan musim panas bulan Mac hingga Mei yang lalu? Atau ada sebab lain?


30 Oktober 2015
Sudah lama saya menunggu, akhirnya kelihatan sebiji yang berusia lebih tujuh minggu. Enam minggu lagi akan masak.

24 Disember 2015
Pokok yang satu ini memang rajin berbuah. Kini ada tiga biji buah yang sedang membesar. Yang besar sekali berusia enam minggu. Yang dua lagi empat minggu. Ada didatangi semut. Telah halau dengan cara mengganggu mereka, sentuh dan sapu. Banyak yang jatuh dan lari. Masih terdapat beberapa ekor yang degil, datang semula.


Pokok durian belanda yang mati.

5 Januari 2016

10 Januari 2016

Letak ubat gegat hendak halau semut.

15 Februari 2016

Sehari selepas dipetik.
Yang tiga biji lagi itu ialah buah markisa.


Dua hari selepas dipetik...terus masak elok. Isinya putih. Rasanya tersangat enak. Masam manis rasanya. Tiada sedikitpun tanda buruk. Tiada tompok tompok. Gred A++. Puas hati.

Ada 63 ulas bijinya. Nak semailah. Hendak panjangkan keturunannya.


Saturday, May 17, 2014

PERKONGSIAN UNTUK HIDUP

Saya menjenguk LOVING GARDEN untuk melihat perkembangan pembesaran buah durian belanda yang sebiji itu.


Saya memeriksa pokok demi pokok. Alangkah terkejutnya, ada dua pokok terdapat sarang burung di celah dahan. Sarang pada dahan belimbing telah ditinggalkan. Maknanya burung yang buat sarang itu telah bertelor dan telurnya telah menetas. Barangkali anak burung telahpun pandai terbang mengikut ibunya.



Saya terjumpa sarang kedua dicelah dahan pokok durian belanda. Saya telah buat beberapa kali pemerhatian. Saya pasti sarang itu masih digunakan kerana malam semalam, sewaktu saya menyuloh sarang itu dari dekat tiba-tiba ada burung terbang tiba-tiba dari sangkar itu. Saya terkejut juga, seperti burung itu terkejut kerana diganggu.


Pagi ini saya meneliti lagi. Saya mahu mengambil gambar dari atas, saya mahu menyiasat apa yang ada dalam sangkar itu? Wau ada tiga biji telur. Sewaktu saya mengambil gambar, kedengaran kicauan burung yang bising sekali. Saya percaya, itu bunyi tuan yang ampunya sarang dan telur itu. Selepas mengambil gambar saya pantas menjauhi sarang itu. Barulah kicauan berhenti. Burung itu marah saya mendekati sarangnya.


Kalau sewaktu kecil dahulu saya akan ambil telur itu, lalu direbus dan makan. Waktu kanak-kanak perut kerap terasa lapar, itulah makanan tambahan saya. Sekarang saya mahu biarkan telur itu dieram oleh ibunya hingga menetas. Saya mahu lihat anak burung terbang dari sarang ini.

Melalui pengalaman, burung membuat sarang dekat dengan tempat dia makan. Dalam LOVING GARDEN ini memang ada pokok senduduk. Saya beli beberapa pokok enam bulan yang lalau. Pokok ini rajin berbuah dan bunganya bewarna pink, kelihatan cantik menawan. Sewaktu bunga berkembang, saya lihat banyak rama-rama terbang dan hinggap di atas dahan pokok senduduk itu.

Inilah rantaian makanan dan saling bergantungan makhluluk ciptaan Allah S.W.T.

Saya seronok memerhati kejadian ini. Inilah satu penerokaan ilmu.
Saya akan terus memerhati.

Saya bertanya kawan-kawan yang arif tentang burung dan juga merujuk kepada internet. Seorang kawan yang arif ialah sdr Manas. Burung itu berwarna kelabu dan ada tompok putih di bahagian kepala. Saya bandingkan burung itu dengan dalam gambar internet, ada kesamaan. Maka saya sahkan bahawa burung itu adalah merbah kapur.

Pagi 22 Mei 2014, saya menjenguk sarang burung itu. Waktu pagi sekitar 7.30pagi, burung merbah kapur itu telah keluar mencari makan. Inilah peluang saya mengambil gambar. Dia sibuk mencari makan, saya sibuk mengambil gambar. Saya lakukan dalam masa beberapa saat sahaja, lepas itu terus berlalu. Saya bimbang burung itu Nampak saya. Jika dia Nampak pasti dia akan bising. Saya tidak memegang telur itu. Bimbang kalau terkasar akan pecah.



Saya akan meneruskan pemerhatian.

Dua hari berikutnya saya mengintai lagi.
Alangkah terkejutnya bila melihat gambar anak burung telah menetas. Yang dua biji lagi belum menetas lagi.


28/5 hingga 3/6/2014 saya dengan rasa bimbang terpaksa meninggalkan anak burung dan telur dalam sarang itu kerana saya pergi ke Istanbul. Turki. Saya berharap semuanya selamat.

Saya tidak sabar untuk mengetahui perkembangannya.....

4 Jun 2014, jam 7.15pagi.
Inilah kesudahannya.


Inilah yang kelihatan. Anak burung telah tiada. Harap-harap ia telah terbang bersama ibunya. Telur yang dua biji itu rasanya tidak mahu menetas, sambaing agaknya. Saya tidak mahu mengusiknya.

Saya mahu meneruskan pemerhatian. Apakah akhirnya telur dua biji ini?

semalam 8/6/14 saya membuat pemerhatian lagi. Alangkah terkejutnya saya sarang telah kosong. Kedua-dua biji telur itu telah lesap. Timbul satu persoalan, ke mana perginya telur-telur itu?
Ada orang mengambilnya? Dilarikan oleh ibunya? atau dibaham oleh ?????

Saya berharap seekor anak burung itu telah terbang bersama ibunya.

TAMAT
 

CAMAR MENYAMBAR SELUANG

Semalam camar sempat menyambar anak ikan seluang di permukaan air.


Pada jam 9.15 pagi menyambar anak seluang beratnya 0.520



Pada jam 10.30 pagi melepaskan tulangnya yang berharga 0.535

Sekadar untuk tea tarik dan roti canai.