Jun 2010
Di hadapan saya nampak sepasang batu nisan. Saya percaya masih ada lagi batu nisan dalam semak itu.
Jari tangan kiri dan tangan kanan menunjukkan batu nisan. Batu itu adalah yang asli. Beberapa tahun dahulu batu itu tegak tetapi kini terbaring. Kedudukan batu ini sangat hampir dengan jalan. Saya sangat khuatir kubur ini akan musnah. Kita patut buat sesuatu sebelum ia musnah.
Ini adalah kawasan kubur lama, lebih awal dari kubur di Dusun Kekabu. Terletak antara rumah Tokki Haji Daud dan rumah Tokki Haji Hamid (ayah apak Alim). Kubur ini, pada waktu dahulu dijadikan tempat orang bernazar, amalan zaman datok moyang(bertentangan dengan ajaran Islam?).
Mengikut cerita, Tok Belulang adalah orang yang pelek. Suka menolong orang, hingga semut yang jatuh ke permukaan air dihulurnya ranting untuk meniti ke darat. Banyak lagi.
Penerokaan sejarah baru bermula. Banyak khazanah di kampung kita.
29/4/17 yang lalu saya lalu lagi di sini selepas enam tahun. Nampak batu besar.
Batu besar telah beralih tempat, kini telah hampir dengan pangkal pokok. Mungkin dialih kerana ada pembinaan jalan tar.
10 Jun 2017
Saya meninjau lagi sekali.
Batu nisan masih ada dicelah dahan yang sekah.
1 comment:
cikgu,ni kubor dekat dengan rumah tokki haji daud tu kan? saya dulu mengaji kat rumah tok timah(bini hj mat noor..)belah hilir sikit jer dari kubur ni..sokmo takut nak lalu sini..saya selalu ingat yang ni kubor org2 jepun dulu. entah yer..entah tak..
tok timah(mak pakngah jantan, mak long padilah) skrg ni sakit..dah lama dah.
lagi satu, saya tak panggil dusun kekabu..tapi kome panggil lesung kabu..haha
Post a Comment