nuff

Sunday, December 10, 2017

Memori 101217

Di Impiana Hotel Ipoh
Pagi ini hingga 2 petang berada di sini, menghadiri seminar koperasi kariah masjid peringkat kebangsaan sejak semalam.
Perkara pertama yang saya dapat ialah beli produk istemewa Koperasi KM Al-MUTTAQIN BHD KL. Produknya ialah penghalau musuh tanaman, harganya rm80. Hendak cuba letak di kebun.
Dapat peluang anjur kursus e-usahawan kepada anggota koperasi.
Ceramah bertajuk Inovasi Dalam Perniagaan oleh tn hj. Yasim bin Mohamed. Banyak petua yang saya dapat.
Terdapat 10 faktor kegagalan
1. Tidak ada pengalaman dan kelayakan.
2. Tidak mempunyai kemahiran dalam pengurusan.
3. Tidak menggunakan bakat secara maksimum.
4. Tidak bersedia bekerja lebih masa.
5. Tidak mendapat sokongan keluarga.
6. Tidak mempunyai modal permulaan yang mencukupi.
7. Tiada networking.
8. Tidak berusaha keras.
9. Tidak sanggup berhadapan dgn krisis (risiko dan apa strategi).
10. Terlalu fokus kepada produk.

Tindakan
1. Tulis surat kepada ANGKASA syur adakan lawatan penanda aras ke Selatan Thai.
2. Hubungi Angkasa untuk anjurkan kursus e-usahawaan.

Majlis penutup sangat panjang meleret hampir 2 petang. Tetamu kehormat berucap macanm-macam, macam beri kuliah sejarah. Ada kalanya macam ceramah di masjid. Masa checkout hotel jam 1 petang. Aduh.... terpaksa tinggalkan majis. Peserta lain di baris belakang sudah resah gelisah.

Jam 2.30 petang kami meninggalkan bandar Ipoh, menyusur jalan biasa menuju Gopeng. Masuk highway PLUS, beberapa minit kemudian berhenti di RnR untuk makan tengah hari yang terlewat. Perut lapar, nasi campur ikan goreng gulai tauchu dan sayur kacang licin. WAWA dan Syafik pula makan nasi ayam. Harga makanan dan minuman di sini sangat murah, hanya rm21.60.

Kami meneruskan perjalanan di hiway PLUS dengan perlahan, kenderaan tepu menghala ke KL. Kami ambil tindakan keluar dari hiway di simpang Slim River, berharap jalan ini tidak sibuk. Ya jangkaan kami tepat.

Singgah di Batang Kali, untuk minum di sebuah kafe. Kafe ini milik orang Melayu, bersih, menunya menarik dan ada identiti. Pekerjanya ramai. Saya order lempeng kelapa dan teh tarik. WAWA dan Syafik order ikut seleranya sendiri. Makanan yang kami order sudah sampai kecuali air kopi yang Syafik tidak sampai. Saya dah siap makan dan minum tetapi air teh Syafik belum sampai lagi. Kami menghadapi kesukaran memanggil pekerja. Ada dua orang pembantu duduk atas kerusi membelakangkan kami. Mereka asyik tengok TV dan handfon. Kami panggil tetapi tidak dihiraukan. Aduh... ini satu penyiksaan, tidak pedulikan pelanggan.

11.30 malam, perut terasa lapar, singgah di restoran Sri Desa Batu 12, Kuantan makan nasi kerabu. Alhamdulillah.

12.45mlm sampai rumah di KUIPSAS. Sukur alhamdulillah.

Sunday, December 3, 2017

Memori 031217

Banyak sekali cerita hari ini. Cuaca cerah begitu sesuai sekali untuk aktiviti luar rumah.
Awal pagi saya didera oleh cucu Addin. Addin mahu naik Hilux pusing kampung. Saya ikutkan kehendaknya. Semasa sampai di rumah merengek pulak mahu "air Lo". Sewaktu pusing kampung tadi dia tak cakap. Cucu balik sesekali, layan ajalah. Keluar sekali lagi ke kedai Aziz. Satu kepuasan rupanya bila dapat layan cucu. Kini baru boleh melepaskan diri. Saya terus memandu Hilux menuju ke warung Tok Imam Pening. Perjalanan ambil masa 45 minit dari kg Sentosa. Saya letak lima anak pokok Durian Belanda untuk promosi, harganya rm5 sepokok. Saya order tea tarik dan roti canai. Sekeping rasa tak cukup lalu order mihon goreng dan telur dadar. Sambil makan berborak dengan Harun Basir dan Din Pomen. Sebelum meninggalkan warung tiba-tiba Tok Imam menghulur duit rm104 hasil jualan 10 pokok kelapa dan satu pokok durian belanda dua minggu lalu. Seronok juga dapat wang hasil titik peluh sendiri.

Jam 9 pagi masuk kebun. Pagi ini saya mulakan dengan kerja mengangkut batu simen sebanyak 350 bini yang berlonggok tepi jalan dalam kebun sawit abang Jama. Seterusnya angkut 16 keping atap dari pondok kebun hadapan ke kebun belakang. Binaan stor di kebun belakang telah 60% siap.

Seterusnya saya berjalan sepanjang beberapa baris pokok pisang lemak manis. Ada tiga pokok telah berbuah. Pokok kelibatan subur dan ada kelihatan banyak anak yang tinggi sekaki. Anak pisang ini boleh dipindahkan membentuk satu baris baru 35 pokok. Sstakat ini ada lima baris. Saya teruskan perjalanan memeriksa pokok pisang berangan pula hingga ke barisan hujung sekali. Terkejut melihat ada kesan tapak kaki binatang dan beberapa batang anak pokok pisang tercabut. Angkara siapakah ini? Saya meneruskan perjalanan menyusur tepi pagar. Ada beberapa tempat jaring hitam telah melelepek ke bawah. Ada yang terputus ikatan. Sewaktu melintas pagar tepi kebun getah tiba-tiba seekor kera meluru keluar melanggar jaring pagar. Dia tidak lepas keluar, lalu mengundurkan diri. Dia uja kali kedua, kali ini meluru ke bawah jaring. Dia berjaya melepaskan diri. Itulah gayanya sang pencuri masuk kebun. Bila sahaja sedar tuan ada memerhati terus sahaja cabut menyelamatkan diri. Saya suruh Amir betulkan jaring pagar yang mendap itu.

12.30th.... pulang ke rumah kampung Sentosa. Lepas zohor pergi makan kenduri di rumah Chop. Makan nasi sayur lemak kuning ubikayu, sungguh enak. Banyak lagi lauk lain tetapi yang paling istemewa ialah sayur ubikayu.

Lepas asar pergi ke kebun sekali lagi. Kali ini saya ambil buah durian belanda yang telah dipetik. Saya bawa buah itu kampung Awah untuk jual borong kepada akak Zainab yang jual buah. Saya dapat rm30 hasil jualan buah durian belanda.

Hari ini saya dapat rm134 hasil jualan. Sungguh seronok dapat duit dari hasil titik peluh sendiri.

..... bersambung

Friday, November 24, 2017

Memori 261117

1. Bawa 16 pokok kelapa pandan✔
2. Bawa 1 pokok db✔
3. Tut 20 dahan lemon✔
4. Order batu bata satu pallet✔
5. Pasir bertapis satu ela.✔
6. Makanan anak kucing✔

7.30pagi memandu ke Simpang Jengka untuk menghadiri mesyuarat agung koperasi felcra Sentosa. 8.45pagi sampai di dewan UMNO Simpang Jengka. Mesyurat hingga 1.30th. Banyak faedah ilmu dan kewangan hari ini di majlis ini. Dapat elaun mesyuarat rm50 dan dividen rm60. Syukur alhamdulilah kerana koperasi untung pertama kali sejak puluhan tahun dan boleh bayar dividen 5%.

2.30ptg jenguk kebun di kampung Lompat. Bawa makanan kucing. Hujan renyai-renyai.
1. Nampak busut anai2.
2. Kayu 2x4 perlu dikerat pakai gergaji
3. Minyak petrol. Amir minta belikan minyak petrol. Pergi kedai Molok Seberang Chenor beli petrol tong drum.

5 petang pergi belakang rumah buat tut dahan lemon. Berjaya tut lima dahan. Sempat buat kerja sekejap aja, hujan renyai-renyai mulai turun.

Wednesday, November 22, 2017

Buah Duruan Belanda Lebam

19 Nov. 2017

(Gambar 1)
Hari ini saya sengaja memilih buah durian belanda yang lebam untuk buat pemerhatian. Buah ini telah matang, usianya 12 minggu. Kalau tidak dipetik seminggu lagi ia akan masak. Akhirnya akan jatuh tidak diperdulikan. Melihatkan kulitnya yang tidak menarik itu, kalau masakpun tiada orang yang minat. Memang tiada potensi, tiada harga. Beratnya 340gram. Saya mahu lihat keadaan isinya, sejauh mana rosaknya? Sehari kemudian keadaan kulitnya semakin lebam.

(Gambar 2)
Sehari selepas dipetik, saya belah dua. Sungguh tidak disangka isinya putih bersih. Bijinya gelap menandakan buah ini telah matang. Saya terus menghirisnya hingga habis. Kini saya dapat 21 juring. Kulitnya saya hiris hingga halus. Selepas itu saya tabur dibawah pokok durian, mujur-muga boleh jadi baja.

(Gambar 3)
Bijinya sebanyak 16 ulas dikeringkan pada suhu bilik. Saya mahu semai adakah boleh cambah?
23/11/17 berjaya semai dalam polibag kecil.Biasanya ambil masa 30 hari untuk cambah.

(Gambar 4)
Selepas tiga hari tersimpan dalam peti sejuk, isi buah durian belanda ini masih putih. Saya bancuh tepung dan gaul dengan isi db itu dan perap selama 30 minit. Selepas itu saya goreng. Beberapa minit kemudian kelihatan seperti keledek goreng. Buah yang pada mulanya disangka tiada potensi rupa-rupa isinya elok, boleh dimakan.

Sunday, November 19, 2017

Memori 191117

1. Bawa ke kebun 5 anak pokok kelapa pandan.ok
2. Bawa 2 pokok db.ok
3. Ambil dahan Lemon yang ditut telah berakar. Ambil satu.
4. Periksa kebun hadapan.ok

Pagi yang menyeronokkan, dapat sarapan di warung Seripah Inderapura. Masuk kedai terus beri salam kepada pakngah yang buat air. Saya dipelawa oleh Azam untuk berkongsi meja dengannya dan dua orang lagi. Beberapa minit kemudian tea tarik kurang manis sedikit kau pun sampai. Saya telah memilih sebiji pulut putih berlumur serbuk kelapa, sebiji jemput pisang dan kueh kocok. Harganya rm2.40. Dua orang yang satu meja itu dua beranak, pertama kali saya bertemu. Sambil makan minum kami berbual tentang guru dan murid di pedalaman Sarawak iaitu di Balaga. Saya hanya menyampuk sahaja. Pembawa cerita ialah si anak. Baru saya tahu bahawa anak muda itu ada guru di SK Balaga.

8.40pagi... pergi dewan besar KUIPSAS. Ramai ibubapa dan anak-anak tadika telah mengambil tempat. Saya adalah tetamu dan perasmi majlia ini. Anak-anak 3, 4 dan 5 tahun buat persembahan. Kanak-kanak mudah sangat diajar terutama melibatkan pergerakan lebih tepat lagi kenistatik inteligent. Saya dapati acara cabutan bertuah kurang tersusun. Saya hairan mengapa ramai guru yang dapat hadiah berbanding ibubapa. Banyak pula nombor yang disebut tidak ada orang yang ambil hadiah. Adakah mereka telah lulang? Saya mahu pihak Anjung Kipsas buat postmoterm.

11.30pagi bergerak ke Dewan Barakah. Di sana berlangsung majlis pendaftaran pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah anjuran UPSI bererjasama dengan JAIP.  Saya diminta berucap kepada audian. Sebenarnya saya hadir untuk beri sokongan kepada UPSI dan JAIP sahaja.

1.30tb baru dapat bebas. Kini saya baru dapat berrsama WAWA dan Syafik. Kami mahu balik kampung sebentar. Singgah di Restoran Minang di Gambang. Rezeki kami di sini, makan tengah hari ala Minang memang kena dengan selera saya yang suka pedas. Kami makan bertiga ikut menu masing-masing. Saya pilih gulai lemak kuning tenggiri pedas, begedil, sayur peria dan sambal jering. Bayarannya rm35.50, saya anggap berbaloi untuk tiga orang. Hanya sambal jering aja yang tidak enak dan keras.

4.45petang sampai di warung Tok Imam Pening. Tok imam menghulur rm116 kepada saya. "Ini duit kelapa, pokok durian belanda dan benih buluh dua minggu lepas." Bukan main seronok dapat wang hasil titik peluh sendiri. Petang ini saya beri lima pokok anak kelapa pandan dan dua anak pokok durian belanda yang dipesan oleh pelanggan melalui watsap. Selepas itu saya segera ke kampung Lompat untuk meninjau kebun dan mahu berjumpa dengan pekerja.

5.15petang baru dapat masuk kebun. Mula-mula saya periksa pokok buluh tepi pagar yang baru tanam tiga minggu yang lalu. Terkejut dan kesal yang amat sangat bila melihat kebanyakannya tidak berdaun dan pokoknya telah kering. Apa sebabnya, tidak dapat jawapan yang pasti. Sebelum ini semua 40 pokok itu kelihatan subur. Saya mahukan kepastian. Adakah akibat kepanasan kerana baja tahi kambing? Rasanya tidak mungkin sebab dua minggu lepas kelihatan subur. Seterusnya saya berjalan melihat pokok yang besar, banyak buah yang telah matang. Saya petik beberapa biji yang matang. Saya terus melangkah lebih jauh ke dalam kebun. Kelihatan banyak pokok yang terbantut pembesarannya kerana dipusu oleh rumput yang memanjat. Ada diantaranya sudah kembali subur setelah ditabur baja disekelilingnya dan dicuci pangkalnya. Saya anggarkan lebih dari 100 pokok yang ada potensi untuk disuburkan. Terdapat beberapa teres pokoknya telah mati, ada lompang, tidak perlu bubun ketika ini. Beri tumpuan terhadap yang hidup sahaja.

Penghibur petang ini ialah bilamana melihat dua batang lagi pokok kelapa telah keluar mayam menjadikan empat pokok semuanya.

Saya melihat buah durian belanda yang telah matang. Saya perhati yang cedera, ada yang bertompok hitam, ada yang diserang ulat putih. Saya petik tiga biji yang cedera untuk buat kajian. Saya sempat ambil yang elok juga. Saya mahu peram beberapa hari hingga masak, mahu buat puri. Saya meneruskan perjalanan kehadapan mengikut teres. Kaki saya sukar melangkah kerana rumput tebal. Terfikir mahu buat takungan air untuk kegunaan menyiram dan meracun. Tempatnya telah dikenal pasti.

Saya ada masa yang terhad. Oleh itu terpaksa pergi ke kebun belakang. Saya lihat Amir sedang  menuang air dan racun ke dalam pam. Saya tanya adakah baja+racun daun kelapa+ sabun pelekat telah siap sembur? Adakah meracun serangga kepada pokok durian belanda telah siap? Amir mengatakan kedua-duanya telah siap. Kerja menyembur racun serangga perlu dilakukan dua minggu sekali, sementara racun serangga juga perlu dijalankan dua minggu sekali juga.

Saya memeriksa projek pondok yang sedang dibina. Enam batang tiang telah siap dipasang. Enam batang kagu 2"×4" ada di tepi untuk perkakas atas. Bila siap nanti boleh dijadikan tempat berteduh dan akan jadi stor.

Hari sudah senja tetapi saya belum meninjau pokok yang menghijau ini. Saya hanya pandang dari jauh. Pokok pisang nampak makin besar. Sebelum pulang Amir memetik dua biji labu tua untuk saya. Minggu hadapan saya akan tinjau kebun belakang terlibih dahulu.

6.55petang saya memandu Hilux pulang ke rumah di kampung Sentosa.  Saya sempat pergi ke belakang rumah mengambil satu dahan lemon yang ditut. Akar telah kelihatan dalam bungkusan tut itu. Saya juga sempat menyembur racun anai2 ke dinding dapur. Serangan anai2 makin hebat sejak rumah ini tidak didiami. Selepas solat isyak kami pulang ke Kuantan. 

Kini jam 12 tengah malam, tidak boleh tidur, selesma, hidung tersumbat. Aku paksa tidur dengan cara sendal dua biji bantal agar kepala berada pada kedudukan yang lebih tinggi tetapi tidak boleh juga. Aku terpaksa berakhtiar untuk cari ubat. Klinik dan kedai ubat telah tutup. Aku teringat kedai 7 eleven Inderapura. Aku terus memandu kereta menuju ke Inderapura. Aku teringat alat yang ada ubat berangin yang boleh disumbat kehidung. Apabila sampai di kedai 7 eleven, aku terus menuju rak ubat ubatan. Selepas membelek, ternampak ubat bernama INHALER. Inilah yang aku cari, harganya rm8.60, agak mahal tetapi aku amat perlu. Saya sumbatkan ke lubang hidung kiri sambil itu tarik nafas beberapa kali, terasa berangin dan sejuk dalam dada. Lepas itu saya cabut dan sumbat lula ke lubang hidung kanan, sedut nafas seperti biasa beberapa kali. Kini terasa nafas saya lancar sedikit. Saya rehat di kerusi sofa sambil mengulangi bantuan INHALER selang beberapa minit. ..... saya terjaga 5.30pagi. Alhamdulilah saya boleh tidur dan jaga semula. Syukur, Allah beri saya peluang hidup lagi.

Perbincangan
1. Barang yang dibawa ke kebun untuk jualan kepada orang kampung ialah anak kelapa dan anak pokok durian belanda. Nilai jualan ialah rm60. Hasil yang dibawa pulang ialah buah durian belanda dan labu. Nilai harganya ialah rm30.

2. Penambah baikan yang sedang dilaksanakan ialah pembinaan pondok di kebun belakang. Akan menjadi tempat berteduh dan juga tempat pengumpulan hasil.

3. Anak pokok buluh yang mati adalah disebab terkena racun. Kerugian dianggarkan rm200. Tetapi Amir mengatakan bahawa sebahagian darpadanya akan bertunas semula. Itulah harapan saya.

4. Kawasan kebun yang sebelah hujung jarang dilawati. Untuk sampai ke juru kebun mesti jalan kaki meredah rumput hingga paras betis. Perlu ada kenderaan untuk sampai dengan cepat.

Tuesday, November 14, 2017

Memori 121117

"Hari ini aku akan pulang... seronok bukan main".
Aku menjenguk di luar jendela, kelihatan wajah gunung tertinggi di pulau Tidore yang indah sangat hampir dengan pulau Ternate ini.
Pagi ini aku mengemas pakaian dan barang masukkan ke dalam bag. Satu bag penuh dengan pakaian yang telah dipakai dan satu lagi bag galas penuh dengan barang-barang yang dibeli WAWA.
Jam 9 pagi, kami pergi ke cafe lantai satu hotel Grand Dafarm ini. Kami makan sambil berbual- bual 'membuang masa' menunggu jam satu tengah hari. Sambil itu mencuba makanan tempatan. Cafe ini kelihatan lengang, oleh itu bolehlah menyuruh petugas cafe mengambil itu dan ini, mereka sangat membantu. Satu jam kami makan dan borak di cafe ini.
Malam tadi saya dapat hadiah beku bertajuk ORANG MELAYU DI MAKASAR ABAD XVI-XVII daripada encik USMAN NOMAY. Usman adalah pensyarah Sejarah di Institut Agama Islam Negeri Ternate ini. Saya mula membaca buku bercorak sejarah ini untuk mengisi masa terluang.
Bila terasa letih membaca, saya menjenguk ruang lobi hotel. Saya melangkah ke ruang luar hotel. Kelihatan pemandangan laut luas tenang yang membiru di kepung oleh pulau Tidore di selatan, pulau besar Helmahera memanjang di timur dan pulau Ternate ini. Kehidupan yang damai, alam semulajadi yang belum diceroboh. Penduduk Ternate hanya 250,000 orang sahaja.
Selepas solat zohor dan asar dijamak, kami keluar untuk menuju Bandar Udara Sultan Babullah. Urusan checkin di lapangan terbang ini berjalan lancar. Perkhidmatan sokongan untuk penumpang yang sukar berjalan begitu cekap. Kami dihantar menaiki mobil hingga ke hadapan tangga pesawat Batik Air. Penumpang lain dihantar oleh bas.
Tepat jam 2.30ptg pesawat memulakan penerbangan ke Makassar. Dalam pesawat kami diberkan roti bulat kembong dan secawan air mineral. Perut sudah terasa lapar, roti kering ini terasa sangat enak. Saya curi-curi membaca buku hadiah encik Usman. Saya mahu habiskan membaca buku ini sebelum sampai di KLIA.
Jam 3.10petang waktu tempatan sampai di Bandar Udara Sultan Hasanuddin, Makassar. Lapangan terbang Makasar sangat selesa dan cantik. Seorang petugas mendorong kerusi roda sentiasa memberi khidmat yang diperlukan. Singgah sebentar di Cafe Roti-O. Sempat makan roti boy dan minum air mineral sahaja kerana pesawat ke Jakarta telah sedia menunggu. Saya ajak petugas kerusi roda makan tetapi dia menolak dengan sopan. Selesai sahaja mengisi perut terus bergegas ke Gate 4 untuk pendaftaran masuk ke pesawat Batik Air ke Jakarta.
Tepat jam 4.00petang kami terbang ke Jakarta pula. Penerbangan ini akan ambil masa dua jam. Saya cuba melelapkan mata sementara menunggu paramugari mengedarkan bento. Apa yang saya hajatkan termakbul setengah jam kemudian. Selepas menyapu bersih barulah boleh meneruskan pembacaan buku sejarah Melayu di Makassar itu.
Jam 5.40petang pesawat mendarat di Lapangan Jakarta Sukarno Hatta. Situasi yang sesak dengan manusia. Namun begitu khidmat kerusi roda untuk WAWA tetap tersedia. Kami bergegas keluar untuk pergi ke Terminal 2, Penerbangan Antarabangsa. Saya memilih untuk naik taksi berbayar. Waktu datang dua hari lepas naik shatel bas, aduh berasak-asak dan berdiri lama. WAWA tidak selesa dengan situasi begini. Naik taksi dapat jimat masa tetapi kena bayar 100,000rupiah. Saya perlu segera ke terminal 2. Untuk pilihan segera dan pantas perlukan bayaran. Ini hukum alam. Jika mahu free ikut sahaja kaedah biasa. 10 sahaja sudah sampai ke terminal 2. Saya terus ke kaunter Batik Air untuk pengesahan pendaftaran. Saya mohon khidmat kerusi roda untuk WAWA. Kini sudah 6.15petang. Waktu berangkat 7petang. Beberapa minit kemudian pendorong bersama kerusi roda sampai. Kami melalui pemeriksaan imigresion, tiada masalah di sini. Lepas itu bersegera ke pintu E4. Sampai di pintu E4, pegawai di situ arahkan kami ke E2 pula. Kami mahu turun ke ground floor gunakan lif. Ah... lif pula "out of servis". Ini adalah masalah besar, WAWA kena turun tangga yang bahaya. Tiada pemegang susur. Saya bantu WAWA turun perlahan-lahan. Sampai di lantai bawah tunggu pula kereta untuk bawa kami ke pesawat. Terasa banyak masa terbuang, kini jam menunjukkan 6.40petang. Saya rasa berdebar. 6.45 kereta milik Batik Air sampai. Kami naik kereta dan pendorong bersama kerusi roda naik sekali. Jauh juga perjalanan di dalam kawasan landasan terbang. Kereta berhenti kita2 40meter dari tangga pesawat. Lagi sekali WAWA didorong sampai tepi tangga. Saya sangat berterima kasih kepada adik yang membantu memudahkan perjalanan kami. Syukur alhamdulilah jam 6.50ptg berjaya duduk di kerusi 9E dan WAWA di 9D. Inilah nasib penumpang tambang budget.
Tepat jam 7malam pesawat Batik Air ini memulakan penerbangannya ke KLIA. Dalam masa tiga hari, 5 kali saya naik pesawat Batik Air, semua on time. Satu lagi ialah keselesaannya. Sebelum ini saya naik pesawat tambang budget lain. Pesawat ini, ruang lunjur kaki lebih panjang dan seatnya lebih lebar. Bagasi 20kg boleh bawa dan makanan dalam pesawat disediakan.
Namun begitu penumpang pesawat tambang budget di lapangan terbang ini terpaksa turun dan naik pesawat di tengah padang. Turun naik tangga dan diangkut dengan bas. Jika mahu selesa naiklah MAS atau GARUDA. Keselesaan perlu dibeli dengan wang.
Sewaktu dalam pesawat ke KLIA ini kami kurang berbual kerana saya beri tumpuan utama kepada buku sejarah hadiah encik Usman itu. Saya rehat hanya waktu makan sahaja. Beberapa minit sebelum pesawat mendarat, saya berjaya menamatkan pembacaan hingga muka surat 83.
Kami meninggalkan KLIA jam 10.30malam. Sokdi telah menunggu di luar. Kini kami naik kereta pulang ke Kuantan.
Singgah di Hentian Sebelah Nilai. Saya menikmati tea tarik, telur separuh masak dan roti bakar. Selepas makan kami pergi ke surau menunaikan solat isyak dan magrib dijamakkan.
Kami meneruskan perjananan ke Kuantan. Saya terjaga bila kereta melintas tol Gambang. Kini jam menunjukkan 2.30pagi. Sampai di rumah 3pagi. Syukur alhamdulillah.

Perbincangan
1.

Tuesday, October 3, 2017

Exprimen Cantuman Tut

Saya dapat ilmu tut pokok daripada sdr Hj Razali lebih dikenali dengan panggilan pak We pada pertengahan september 2017 yang lalu.

Petang 2/10/17 saya mencuba sendiri. Saya mahu biakkan pokok lemon di belakang rumah yang rajin berbuah itu. Saya berjaya menyiapkan 5 bungkus.

Saya mahu teruskan usaha ini. Target saya ialah 30 bungkus.

5/10/17, 6.30ptg. Berjaya bungkus 5.

Tarikh Toreh Total Toreh Bungkus  Total Bungkus
2.10            5           5              5           5
3.10          26         31              0           5
5.10            0         31              5          10
8.10            2         33              2          12
13.10          0         33              4          16
15.10          0         33              4          20
22.10          0         33              4          24
28.10          2         35             11         35
29.10          1         36              1          36
05.11         30       66              30         66
07.11         20       86              20         86
08.11          8        94              8           94
26.11         15      109           15        109
28.11          1        110            1         110
2/12/17... hari yg produktif.
02.12         24       134           21        131
08.12         10       144           10        141
12.12          1         145           1         142
13.12          1         146           1         143
13.12          5         151           5         148
15.12          3         154           3         151
17.12         10        164          10        161

Kos ..... beli plastik rm5.50
Tali rafia .....rm1.50
Tali jerut ....rm15.00
Belian 4/11....rm30.00
Total kos = 50.00

22/10/17
Saya telah memeriksa dua kerja cantuman pada 2/10 yang lalu. Semua positif. Sudah kelihatan bintik2 akar telah keluar.

Tut yang mengeluarkan akar telah dipotong dari pokok induk dan disemai dalam polibag.

Tarikh         bil             Jumlah       Jumlah
                                     Along           Angah
2/11            1🌱 🌱🌱    1
5/11            3🌱🌱🌱     4
7/11            3 🌱🌱🌱    7
8/11            2🌱🌱🌱     9
13/11          2 🌱🌱🌱   11
15/11          3 🌱🌱 🌱  14
17/11          1  🌱🌱🌱  15
18/11          5  🌱🌱🌱  20
19/11          1  🌱            21               14
25/11          2                  23
25/11          1                  24
26/11          1                  25                -1
28/11          2                  27             13+1 = 14
29/11                                                14+3 = 17
29/11                                                17+2 = 19
30/11                                                19+1 = 20
30/11                                               20 +2 = 22
01/12                                              22 + 1 = 23
04/12        12                   39         23-2+1 = 22
05/12          1                   40             22+1 = 23
06/12          1                   41
07/12          1                   42
10/12          1                   43               23-1 =22
11/12         15                  58              22+2=24
12/12           2                  60               24-2=22
13/12           7                  67               22+2=24
14/12           1                  68               24-1=23
15/12           3                  71               23
16/12           2                  73               23-3=20
18/12           2                  79
20/12           7                  86
23/12           8                  94              20+2=22
28/12           2                  96              22-2=20
30/12          12                108             20-4=16
1/1/18         2                 110
3/1/18         4                 114
4/1/18        -1                 113        mati
5/1/18         1                 114
6/1/18         1                 115
8/1/18         4                 119
10/1/18       1                 120
13/1/18       5                 125
14/1/18       5                 130
16/1/18       5                 135
Baki stok pada;
19/1/18                            97
21/1/18       4                  101
23/1/18       5                  106
25/1/18       6                  112

Jangkaan boleh capai hingga 115.

9/11.... masih boleh tut 30 lagi. Satu bungkus telah kelihatan akarnya. Berhasrat menambah 30 lagi.

9 pokok baru mula kelihatan subur.

14/11..... terdapat dua bungkus tut yang telah kelihatan akar muda. Boleh potong dan tanam dalam polibag.

Diperhatikan, selepas 30 hari akar akan kelihatan dan paling baik selepas 40 hari boleh potong dan pindah ke polibag.

15/11..... tanam 10 pokok di belakang rumah.   
1. Tutup tempat hendak tanam. 18/11 telah tutup dua tempat.
2. Gali lubang, 7
3. Isi baja.
4. Tapa dua minggu.
5. Bina atap pelindung.
6. Punggah anak pokok yg telah isi dalam polibag.
7. Rancang kaedah tanam yang sesuai.

Tut guna tanah dan plastik sendiri kurang menjadi. Akar tidak menyurung jauh. Perlu buka dan ganti dengan medium yang dibeli.

Ada anak pokok hasil tut dalam polibag yang telah sihat dipindahkan ke tapak kekal di kebun belakang rumah.

2/12           3 batang
4/12           1 batang        4 batang
5/12           3 batang        7 batang
12/12         3 batang      10 batang
13/12         5 pokok       15 pokok
15/12         10 pokok     25 pokok
17/12         2 pokok       27 pokok
31/12         3 pokok       30 pokok
7/1/18       1 pokok       31 pokok
22/1/18     1 pokok       32 pokok

Tindakan..... letak lapisan penutup bumi bentuk bulat.

8/12/17.... tut 10 dahan.

13/12/13
Selepas kerja....
1. Tanam pokok lemon 3 pokok. Siap 5✔
2. Tut dahan lemon 4 pokok. Siap 5 ✔
3. Petik dahan lemon yg ditut telah mengeluarkan akar.... 5 dahan. Siap 7✔
4. Tanam 7 anak pokok lemon dlm polibag. Siap✔

15/12/17
Selepas kerja...
1. Tanam pokok lemon 7 pokok. Siap 10✔
2. Tutup keliling pokok lemon yg dah siap tanam.siap 4.
3. Tut 5 dahan. Siap 3✅✔

18/12/17
Hobi waktu selepas kerja..
1. Tanam 3 dahan yang telah ditut ke dalam polibag. Siap 2 ✅✅
2. Tutup pangkal pokok lemon belakang rumah.
3. Ambil buah durian belanda.
4. Tut satu dahan  lemon.
5. Cuci kawasan tanah yang penuh dendan pokok u ikayu.

23/12/17
Memeriksa anak pokok yang baru tanam di belakang rumah. Didapati 4 pokok masih layu daunnya. Akarnya belum dapat menyesuai. Akar tidak dapat menyurung. Banyak yang subur, daunnya hijau.

25/12/17
1. Bil yg dah tanam ..... 27
2. Bil yg dah keluar akar dan masuk p bag... 78
3. Bil yg. masih pada dahan, masih peringkat awal....... 50
Jumlah semua yang dijangka = 155 pokok

28/12/17

Rancangan tanam tahun 2018. Target siap bulan Februari 2018.

1. Belakang rumah Sentosa = 30 pokok. Baru siap 27. 🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱. Perlu tanam tiga lagi.🌱🌱🌱. Siap 31 pokok pada 7/1/18. Siap tabur baja dan cuci pangkal pokok.
2. Keliling rumah REKTOR = 25 pokok. Baru siap tiga,🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱. Perlu tanam 17 pokok lagi. Siap pada 2/1/18. 🌱🌱🌱🌱. Perlu tanam 13 pokok lagi. Siap 3 lagi pada 6/1/18.🌱🌱🌱. Perlu tanam 10 pokok lagi.
3. Kebun Lompat = 100 pokok
4. Tanam 15 pokok lagi depan rumah utk menjadikan 25 semuanya. Akan diberi nama TAMAN LEMON KUIPSAS. Kena tanam 15 lagi. Buat pancang terlebih dahulu. Gali 5 lubang dan tanam (siapkan pada 6/1/18).✔ 5 yang kedua siapkan pada 17/1/18 ✔dan yang ketiga siapkan pada 24/1/18.

Jumlah semua = 31 + 25 + 99 = 155
Telah siap tanam = 31+ 20+ 0 = 51
Peratus siap tanam = 32.9%

Perlu siram.
Perlu baja.

KINI EKSPRIMEN TUT BERALIH KEPADA POKOK DURIAN BELANDA PULA.

Awal januari 2018 telah cuba lima dahan pokok durian belanda pula.

Awal Januari 18            5             5
21/1/18                        30          35
28/1/18                        30          65