"Hari ini aku akan pulang... seronok bukan main".
Aku menjenguk di luar jendela, kelihatan wajah gunung tertinggi di pulau Tidore yang indah sangat hampir dengan pulau Ternate ini.
Pagi ini aku mengemas pakaian dan barang masukkan ke dalam bag. Satu bag penuh dengan pakaian yang telah dipakai dan satu lagi bag galas penuh dengan barang-barang yang dibeli WAWA.
Jam 9 pagi, kami pergi ke cafe lantai satu hotel Grand Dafarm ini. Kami makan sambil berbual- bual 'membuang masa' menunggu jam satu tengah hari. Sambil itu mencuba makanan tempatan. Cafe ini kelihatan lengang, oleh itu bolehlah menyuruh petugas cafe mengambil itu dan ini, mereka sangat membantu. Satu jam kami makan dan borak di cafe ini.
Malam tadi saya dapat hadiah beku bertajuk ORANG MELAYU DI MAKASAR ABAD XVI-XVII daripada encik USMAN NOMAY. Usman adalah pensyarah Sejarah di Institut Agama Islam Negeri Ternate ini. Saya mula membaca buku bercorak sejarah ini untuk mengisi masa terluang.
Bila terasa letih membaca, saya menjenguk ruang lobi hotel. Saya melangkah ke ruang luar hotel. Kelihatan pemandangan laut luas tenang yang membiru di kepung oleh pulau Tidore di selatan, pulau besar Helmahera memanjang di timur dan pulau Ternate ini. Kehidupan yang damai, alam semulajadi yang belum diceroboh. Penduduk Ternate hanya 250,000 orang sahaja.
Selepas solat zohor dan asar dijamak, kami keluar untuk menuju Bandar Udara Sultan Babullah. Urusan checkin di lapangan terbang ini berjalan lancar. Perkhidmatan sokongan untuk penumpang yang sukar berjalan begitu cekap. Kami dihantar menaiki mobil hingga ke hadapan tangga pesawat Batik Air. Penumpang lain dihantar oleh bas.
Tepat jam 2.30ptg pesawat memulakan penerbangan ke Makassar. Dalam pesawat kami diberkan roti bulat kembong dan secawan air mineral. Perut sudah terasa lapar, roti kering ini terasa sangat enak. Saya curi-curi membaca buku hadiah encik Usman. Saya mahu habiskan membaca buku ini sebelum sampai di KLIA.
Jam 3.10petang waktu tempatan sampai di Bandar Udara Sultan Hasanuddin, Makassar. Lapangan terbang Makasar sangat selesa dan cantik. Seorang petugas mendorong kerusi roda sentiasa memberi khidmat yang diperlukan. Singgah sebentar di Cafe Roti-O. Sempat makan roti boy dan minum air mineral sahaja kerana pesawat ke Jakarta telah sedia menunggu. Saya ajak petugas kerusi roda makan tetapi dia menolak dengan sopan. Selesai sahaja mengisi perut terus bergegas ke Gate 4 untuk pendaftaran masuk ke pesawat Batik Air ke Jakarta.
Tepat jam 4.00petang kami terbang ke Jakarta pula. Penerbangan ini akan ambil masa dua jam. Saya cuba melelapkan mata sementara menunggu paramugari mengedarkan bento. Apa yang saya hajatkan termakbul setengah jam kemudian. Selepas menyapu bersih barulah boleh meneruskan pembacaan buku sejarah Melayu di Makassar itu.
Jam 5.40petang pesawat mendarat di Lapangan Jakarta Sukarno Hatta. Situasi yang sesak dengan manusia. Namun begitu khidmat kerusi roda untuk WAWA tetap tersedia. Kami bergegas keluar untuk pergi ke Terminal 2, Penerbangan Antarabangsa. Saya memilih untuk naik taksi berbayar. Waktu datang dua hari lepas naik shatel bas, aduh berasak-asak dan berdiri lama. WAWA tidak selesa dengan situasi begini. Naik taksi dapat jimat masa tetapi kena bayar 100,000rupiah. Saya perlu segera ke terminal 2. Untuk pilihan segera dan pantas perlukan bayaran. Ini hukum alam. Jika mahu free ikut sahaja kaedah biasa. 10 sahaja sudah sampai ke terminal 2. Saya terus ke kaunter Batik Air untuk pengesahan pendaftaran. Saya mohon khidmat kerusi roda untuk WAWA. Kini sudah 6.15petang. Waktu berangkat 7petang. Beberapa minit kemudian pendorong bersama kerusi roda sampai. Kami melalui pemeriksaan imigresion, tiada masalah di sini. Lepas itu bersegera ke pintu E4. Sampai di pintu E4, pegawai di situ arahkan kami ke E2 pula. Kami mahu turun ke ground floor gunakan lif. Ah... lif pula "out of servis". Ini adalah masalah besar, WAWA kena turun tangga yang bahaya. Tiada pemegang susur. Saya bantu WAWA turun perlahan-lahan. Sampai di lantai bawah tunggu pula kereta untuk bawa kami ke pesawat. Terasa banyak masa terbuang, kini jam menunjukkan 6.40petang. Saya rasa berdebar. 6.45 kereta milik Batik Air sampai. Kami naik kereta dan pendorong bersama kerusi roda naik sekali. Jauh juga perjalanan di dalam kawasan landasan terbang. Kereta berhenti kita2 40meter dari tangga pesawat. Lagi sekali WAWA didorong sampai tepi tangga. Saya sangat berterima kasih kepada adik yang membantu memudahkan perjalanan kami. Syukur alhamdulilah jam 6.50ptg berjaya duduk di kerusi 9E dan WAWA di 9D. Inilah nasib penumpang tambang budget.
Tepat jam 7malam pesawat Batik Air ini memulakan penerbangannya ke KLIA. Dalam masa tiga hari, 5 kali saya naik pesawat Batik Air, semua on time. Satu lagi ialah keselesaannya. Sebelum ini saya naik pesawat tambang budget lain. Pesawat ini, ruang lunjur kaki lebih panjang dan seatnya lebih lebar. Bagasi 20kg boleh bawa dan makanan dalam pesawat disediakan.
Namun begitu penumpang pesawat tambang budget di lapangan terbang ini terpaksa turun dan naik pesawat di tengah padang. Turun naik tangga dan diangkut dengan bas. Jika mahu selesa naiklah MAS atau GARUDA. Keselesaan perlu dibeli dengan wang.
Sewaktu dalam pesawat ke KLIA ini kami kurang berbual kerana saya beri tumpuan utama kepada buku sejarah hadiah encik Usman itu. Saya rehat hanya waktu makan sahaja. Beberapa minit sebelum pesawat mendarat, saya berjaya menamatkan pembacaan hingga muka surat 83.
Kami meninggalkan KLIA jam 10.30malam. Sokdi telah menunggu di luar. Kini kami naik kereta pulang ke Kuantan.
Singgah di Hentian Sebelah Nilai. Saya menikmati tea tarik, telur separuh masak dan roti bakar. Selepas makan kami pergi ke surau menunaikan solat isyak dan magrib dijamakkan.
Kami meneruskan perjananan ke Kuantan. Saya terjaga bila kereta melintas tol Gambang. Kini jam menunjukkan 2.30pagi. Sampai di rumah 3pagi. Syukur alhamdulillah.
Perbincangan
1.
No comments:
Post a Comment