nuff

Tuesday, August 30, 2022

Kacang Bendi

Pokok yang mudah hidup.

Awal Ogos 2022 dulu saya ada menghadiri kursus fasal rumput Napier di Pulau Tawar, Jerantut. Pejabat Pertanian Jerantut ada beri benih kacang Bendi. Ada 45 ulas.
Saya semai semuanya di dalam polibag. 
25/8/22... kelihatan 34 dari 45 telah tumbuh.
2/9/22...kelihatan makin segar dan makin tinggi
16/9/22
Lima telah pindah ke tapak kekal di halaman rumah.
17/9/22... telah beri 4 pokok kpd cikgu Jamal Nasir..✔
20/9/22... telah beri 5 pokok kpd cikgu Abu Hasan Kassan.✔ 
20/9/22... telah beri 5 pokok kpd ustaz Isa.✔ 
27/10/22...telah beri 5 pokok kpd Mi Intan.✔

23/9/22
Sembilan pokok telah pindahkan kpd polibag besar dan letak dekat pondok kebun.
28/9/22
Ada yang cepat besar.... pokok tepi pondok. Yang terencat kena ubah ke tapak tanah yang digemburkan.
pokok depan rumah,ada yang telah berputik. Tetapi satu pokok masih bantut.. tidak sesuai tanah terlalu keras. Perlu pindahkan. Satu pokok lagi masih dalam polibag.

12.10.22

22.10.22
Hasil pertama.

26/10/22
Sudah masuk dalam periuk. Inilah kemuncaknya.✔
Kelihatan menyegerakan. Bendi jadi perencah gulai ikan.
sungguh enak.
Mula semai biji benih pertengahan Ogos. Boleh makan hujung Oktober dah boleh makan. Tempoh 2 bulan setengah.

Daripada 34 yang cambah, 15 dibesarkan untuk makan sendiri dan 19 lagi hadiahkan kepada empat orang kawan.   

Terima kasih Pejabat Pertanian Daerah Jerantut
Kini sudah empat bulan.
Empat pokok yang berbuah telah mencapai ketinggian lima kaki, sudah mulai kurus. Buahnya semakin kecil.
12/12/22. Ambil tindakan potong pokok tinggal satu kaki. Mahu dahan memanjang dan berbuah. Perlu beri baja subur 16x3, tengok apa jadi?