nuff

Thursday, July 2, 2015

KEBUN KAMPUNG LOMPAT - JULAI 2015

Masih banyak yang perlu dibetulkan.
Rumput tidak pernah berhenti menjalar dan memanjat.

Saya perlu buat pemantauan segera.


Musim kemarau datang lagi. Mesti buat tindakan menyiram.
Pokok yang kelihatan subur boleh terjejas pertumbuhannya jika kemarau berpanjangan.


Pokok kelapa yang baru tanam. 104 pokok semuanya.

Anak pokok durian belanda ditanam di celahnya. Mesti siram tiap-tiap hari. Perlu juga buat para.

Untuk mudah mengawal, perlu buat jalan keliling tanah. Telah sewa JCB untuk buat jalan.

4 Julai 2015
Saya mengajak Wan Limau Madu melawat kebun. Saya suruh dia beri komen. Banyak pandandan profesionalnya.

Pandangan Wan
1. Pokok kelapa kurang subur. Beri baja urea.
2. Dahan bawah pokok durian  belanda hendaklah dicantas atau ditut.
3. Pangkal pokok perlu siram racun anai2.
4. Wan mahu ajar saya macam mana mahu tut dahan durian belanda.
5. Pangkal pokok berbusut kurang elok. Biar rata dan ada parit di kelilingnya.

Encik Wan menerangkan sesuatu tentang penjagaan pokok durian.

5 Julai 2015
Saya merayau ke bahagian belakang kebun. Teramatlah semak. Banyak pokok durian belanda yang telah dipusu oleh rumput dan ulan.

Beritahu Jama supaya membersihkan rumput liar itu. Pagar juga telah dipanjat bhg belakang telah dipanjat ulan.
Hari ini berjaya menanam 10 pokok anak durian belanda dan menyiram semua anak durian belanda yang ditanam sejak minggu lepas.

8 Julai 2015
Hari ini ambil cuti sehari.
Menyelia jentera menolak tanah dan bina jalan. Satu teres dijadikan jalan. Pokok kelapa dipindahkan ke teres lain yg tiada pokok.


Terdapat pokok db tepi jalan baru telah berputik.

Empat pokok db yang beli minggu lepas siap tanam. Lokman JCB bantu menanam. Mahu beli lima pokok lagi untuk tanam di lereng bukit.

Telah memulakan projek tanam tebu sebagai tanaman kontan. Korek longkang dahulu. 

Perlu buat beberapa jalan lagi untuk memudahkan penyeliaan. 

19 Julai 2015
Oleh kerana cuaca redup hari ini, pagi ini berjaya menanam 27 pokok anak durian belanda. 

20 Julai 2015
Berjaya menanam tujuh pokok anak pokok durian, tanam tebu satu longkang dan pasang 25 turus batang ubi kayu.

25 Julai 2015
Jabok tanam tiga pokok durian belanda. Nama sebenar ialah shikh Mohd Sood bin Shikh Ahmad. Untuk kenangan abadi.

Hari ini juga JCB Lokman menjalankan tugas gali lubang untuk tanam tebu.

Amalan yang kurang baik. Selepas menggunakan paip getah untuk menyiram... biarkan atas jalan. Jika dilanyak oleh tayar pecah akhirnya. 

Bukannya susah untuk bawa ke tepi.

Rasa sayang kepada harta belum sebati dikalangan pekerja.

26 Julai 2015
Berjaya tanam enam pokok anak durian belanda.

29 Julai 2015
Petang ini jam 6.30ptg sempat melawat kebun. Nampak pokok kelapa dan durian belanda telah dibersihkan psngkalnya. Senang hati melihatnya.

Sempat semai pokok kelapa 20 pokok. Bila umurnya satu tahun setengah baru pindah ke tapak sebenar. Untuk elakkan banjir.

Saya berhasrat hendak menanam sekurang-kurangnya 20 pokok pada 31/7/15, 150 pokok pada 1/8/15  dan 105 pokok pada 2/8/15. Persediaan..... beli baja penggalak akar. Tong biru besar untuk simpan air.
31/7/15. Berjaya punggah 142 anak pokok kelapa ke kebun belakang. Sudah beli baja penggalak akar 100kg.