nuff

Thursday, March 8, 2012

Tahniah SK PESAGI dapat anugrah BAIAH

Tahniah kepada Guru Besar dan guru SK PESAGI berjaya dapat anugerah BAI'AH tahun ini. SK Pesagi berjaya meletakkan dirinya bersama 45 buah sekolah lain yang dapat anugerah bai'ah ini. Ini adalah satu pengiktirafan peningkatan kecemerlangan pendidikan sekolah ini.

Rupanya jika kita merancang, bekerja dalam satu pasukan, kepimpinan instruksional dan dapat sokongan PIBG memang boleh menghasilkan kejayaan yang membanggakan.

Teruskan usaha. Apa sahaja anugerah sebenarnya anda SK PESAGI boleh capai.

Tahniah.

Gambar Guru Besar, Puan Radiah menerima anugerah dari Timbalan Perdana Meneteri. Saya sangat bangga, rasa nak mengalir air mata, suka sangat.

Banyak lagi kejayaan yang kita mampu cipta.