nuff

Sunday, June 8, 2014

POKOK DURIAN BELANDA DI BELAKANG RUMAH


Saya mula menanam awal tahun lepas (2013). Pada mulanya saya menanam pokok yang kecil tetapi selepas beberapa bulan semuanya mati kering dan ada juga dimusnahkan oleh musuh.

Selepas itu saya membeli empat batang pokok yang besar, kira-kira tiga kaki tinggi. Harga sepokok ialah RM40. Selepas itu saya tanam lagi beberapa pokok hingga penuh 25 batang semuanya.

Kini tiga pokok telah mula belajar berbuah. Tingginya lapus kepala saya, kira-kira tujuh kaki.

DB1 telah tiga kali berbunga. Kali pertama tidak lekat. Kali kedua buahnya membesar hingga 15cm panjang tetapi tidak sempat masak kerana hujung bawahnya buruk. Kali kedua buruk juga.
Kini buah ketiga kelihatan segar. Harap-harap kali ini boleh jadi rezeki.

Pokok DB2 telah mula mengeluarkan putik kali kedua. Kali pertama tiga bulan lalu keguguran. Kali ini awal bulan Jun mula berputik dan berkembang. Saya lihat ada tiga putik, ada yang dah kembang kelopaknya yang bewarna kuning. Dua lagi masih kecil.

Pokok DB3 mula belajar berputik kali pertama, puitiknya masih kecil.

Saya akan terus membuat pemerhatian.

Rujukan untuk menanam durian belanda;

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm

Laporan pada 11 Jun 2014 ( sempena tarikh lahir Adam. Hari ini ulang tahun pertama)
Gambar yang diambil dalam tempoh seminggu dari mula berbunga, seterusnya kelopaknya mula gugur dan akhir sekali putik durian belanda mula menerima cahaya matahari.
Masih panjang pemerhatian ini.

 Nak tahu lebih mendalam tentang khasiat DB ini, sila masuk ke;

http://pakarhowto.com/rahsia-khasiat-durian-belanda.html

..... akan sambung lagi
 
Setelah meneliti pokok DB1, DB2 dan DB3... pokok durian belanda boleh mula berbunga apabila dahannya keluar tujuh tingkat. Saya jangka sekurang2nya ambil masa dua tahun.
Ada juga telah mencapai lapan lapis tetapi belum berbuah. Ini mungkin kurang cahaya atau kurang baja.



15 Jun 2014
Inilah rupa putik durian belanda selepas beberapa hari kelopaknya tanggal. Gambar dari pokok DB2 da DB3. 


Hari ini 16 Jun 2014, saya cari ilmu dalam program KLINIK USAHAWAN TANI di Menara LPP. 
Beberapa petua yang diperolehi antaranya buat cecair dari bawang putih bercampur air sabun untuk menghalau ulat. Gunakan racun Malation jika perlu.
Satu lagi petua untuk galakkan pengeluaran buah dengan cara mencantas pucuk biar dahannya melebar. Boleh mulakan baja buah.


Minggu lepas saya petik durian belanda yang sudah tua dari pokok DB1. Selepas seminggu semua bahagian telah lembut. Saya terus belah dan kami makan... aduh enaknya. Bijinya lebih 50 ulas saya simpan. Beberapa minggu lepas itu saya semai. Tidak disangka 23 cambah. Umurnya kini melebihi enam bulan. Saya telah pindahkan ke kebun. Sebatang pokok telah menghasilkan 23 pokok yang baru.

Saya telah silap sangka. Sebatang durian belanda  yang ditepi pagar, condong, kerdil dan dinaungi oleh pokok manggis. Saya tidak beri baja dan biarkan dia berjuang untuk hidup.  Satu petang saya memandangnya, terkejut melihat putik dan bunga. Saya panggil pokok itu DB4.

2 Julai 2014..... Saya memetik daun dari beberapa batang pokok db yang rimbun. Seterusnya dibasuh dan jemur di bawah sinar mata hari. Kini daun db itu kering, beratnya sekitar 1.5kg. Hari ini saya hantar ke TPM Biotech, Raub untuk diuji. Cadangan saya untuk menghasilkan Tea Durian Belanda WAWA. Proses makmal, rekabentuk dan kelulusan ambil masa enam bulan. Saya berharap 1 Januari 2015 akan muncul Tea DB WAWA dipasaran. 

5 Julai 2014.... Saya dapati pokok DB5 dan DB6 sudah mula belajar berputik. 

Saya petik 13 helai daun durian belanda dan rebus. Malam selepas sembahyang terawis saya minum.... oh sungguh enak. Ada rasa lemak dan sedikit kelat. Lepas itu badan rasa ringan dan segar.


12 Julai 2014
Saya menjenguk kebun ..... didapati DB8 dah berputik. Kebanyakan putik keluar di dahan yang paling bawah.

19 Julai 2014
Saya memerhati DB9 ..... pokok yang paling tinggi dan paling subur. Telah lama saya membuat pemerhatian dan bertanya dalam hati... "Bilalah awak nak berbuah? Kalau ikut ketinggian awaklah sepatutnya paling awal."
Kini terjawab sudah. Satu penantian... akhirnya terjawab. Saya dapati ada putik pada dahan bawah. Tahniah DB9.

Saya dapati ada sebatang pokok kelihatan kurang subur. Daunnya kecil sedikit dari yang lain. Banyak daun yang karah macam kepanasan.

Sudah lama saya tidak ke kebun belakang rumah. Tidak sedar ada satu pokok durian belanda sudah keluar putik.

18 Februari 2015
Terkejut melihat putik durian belanda yang besar ibujari kaki. Rasanya sudah satu bulan sejak mula berputik.

7 Mac 2015
Pokok ini berputik semula. Umur buah ini dah sebulan setengah.

Ini ialah buah yang keempat.

31 Mac 2015

17 April 2015


12 Ogos 2015
Didapati 12 pokok telah berputik.


Pokok ketujuh hingga 12

Satu batang lagi berputik menjadikan 13 pokok  semuanya.

Pokok ini keguguran daun selepas berbuah duabulan yang lalau. Kini baru keluar daun baru.

Tiga batang pikok terus mati. Mungkin kesan musim panas bulan Mac hingga Mei yang lalu? Atau ada sebab lain?


30 Oktober 2015
Sudah lama saya menunggu, akhirnya kelihatan sebiji yang berusia lebih tujuh minggu. Enam minggu lagi akan masak.

24 Disember 2015
Pokok yang satu ini memang rajin berbuah. Kini ada tiga biji buah yang sedang membesar. Yang besar sekali berusia enam minggu. Yang dua lagi empat minggu. Ada didatangi semut. Telah halau dengan cara mengganggu mereka, sentuh dan sapu. Banyak yang jatuh dan lari. Masih terdapat beberapa ekor yang degil, datang semula.


Pokok durian belanda yang mati.

5 Januari 2016

10 Januari 2016

Letak ubat gegat hendak halau semut.

15 Februari 2016

Sehari selepas dipetik.
Yang tiga biji lagi itu ialah buah markisa.


Dua hari selepas dipetik...terus masak elok. Isinya putih. Rasanya tersangat enak. Masam manis rasanya. Tiada sedikitpun tanda buruk. Tiada tompok tompok. Gred A++. Puas hati.

Ada 63 ulas bijinya. Nak semailah. Hendak panjangkan keturunannya.


68 comments:

Unknown said...

Dato sekrg dah mcm pegawai pertanianlah pulak..teruskan usaha Dato berbudi pd tanah ..

Unknown said...

Dulu di.kg byk.pokok durian belanda ni..suka jugak mkn..tapi mcm tu je lah .terbiar..tak ada nilai.komersial., sehinggalah pokok ini terus dipandang sepi dan dilupakan org.
Sekrg.katanya buah pokok ini mampu mengubat penyakit kanser..wallhualam sejauhmana kebenarannya..buah ini juga sudah dikomersialkan tapi dah susah utk.mendapatkannya.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Tuan

Menarik sungguh cerita berkenaan durian belanda.

Saya juga ada menanam durian belanda kira kira dalam 80 batang pokok.Saya mula menanam pada April 2013. Sewaktu musim kemarau yang lepas kira kira dalam 15 batang pokok durian belanda saya mati.

Minggu lepas saya ke kebun dan melihat banyak pokok durian belanda telah mengeluarkan bunga.Memandangkan sekarang ini musim panas (fenomena El Nino) saya rasakan bunga durian belanda akan gugur ke tanah disebabkan terlalu panas. Serangga dan Semut hitam pun tiada untuk membuat proses pendebungan.

Cuma musim panas yang dijangkakan berpanjang hingga ke Sep 2014, kemungkinan besar banyak pokok akan mati apabila kekurangan air bawah tanah. Begitu juga dengan kelopak bunga durian belanda kemungkinan menjadi kering dan layu.

Semoga usaha tuan menanam pokok durian belanda beroleh kejayaan. Ameen.





Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih aarar dan A.
Saya memang jadikan pokok durian belanda sebanyak 25 pokok ini sebagai tempat saya mengkaji. Setakat ini 6 batang pokok db telah berputik tetapi hanya satu pokok sahaja yg lekat.

Unknown said...

salam engah..ape kabo?mcmna projek kebun ok ye..mudahan2 dipermudahkan segalanya..engah thn ni blh la g maha 2014 di maeps

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu yahya.. ni sy abu naim dulu pernah belajar di smkm then smbung ke teknik chenor n upm. skrg bah. pertanian. seronok membaca berkenaan durian belanda cikgu. jika sudi minta sms no tel cikgu untuk berkongsi info pertanian. no tel sy 01110756596. tq cikgu.

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih Abu Naim.
Saya berani tetapi kurang ilmu. Memang perlukan bimbingan. Saya akan hubungi Naim.

Yahya Zainal Abidin said...

Tqvm angah.
Engah pergi juga hari akhir MAHA.
Baguslah.

Anonymous said...

sy nak tanam durian belanda secara pajak diatas tanah sapa2, lima tahun pertama semua hasil sy yg punya tahun keenam tuan tanah kedawung yg punya. dimana pun boleh. Tadi sy singgah ket Terachi sebelum menerus kehighway PLUS, beli sebiji rm4.80, sekilo rm8.00 sebab nak benih punya pasai. sampai ket Nilai ada hamba allah eksiden bawah flyover keNilai, dah tutup dg kain putih, keretanya hancus. sy tak semai dr biji sy terus potong batang sebesar pencil, panjang 250 mm, celup rootmon, masukkan dlm seedling tray 54 lubang. Haritu beli dekat bangla/rohingya kat pasar NSK Selayang, rm5.00/kilo. Utk pengetahuan semua, kl nak beli ambil yg durinya jauh2, itu dah matang, jgn durinya dekat2, itu masih putik walaupun penjual tu desak kata dah nak masak, itu auta. Hubungi sy 013-3934407 kl berminat, tanah haram pun boleh

Unknown said...

disini saya juga nak bg saranan..proses pendebungaan tidak semestinya secara semula jdi dengan bantuan semut atau lain2..kita sendiri boleh membuat pemdebungaan itu dengan mengambil hampas bunga jantan dan sapukan pada putik bunga betina..untuk kethui lebih lanjut cuba search kt youtube pendebungaan buah sirsak(durian belanda dalam bahasa indon) ada banyak artikel yg menarik untuk ditonton

Anonymous said...

apak nak buat dgn semut paka pokok durian belanda?

Yahya Zainal Abidin said...

Saya pernah sembur air bawang putih ke tangkai putik durian belanda. Nampaknya semut lari tetapi beberapa hari datang semula... mungkin baunya telah hilang. Lepas itu saya campur air sabun kpd air bawang putih itu. Nampaknya kesannya lebih lama.

Anonymous said...

Pokok2 durian belanda saya rajin berbunga. Tp selepas kelopaknya kembang dn gugur tk berapa kmdn putiknya pun gugur sama. Semia bunga jadi macam tu. Tolong bg tips supaya buahnya menjadi. Tksh

Yahya Zainal Abidin said...

Pokok db saya enam bulan pertama berbunga tanpa henti tetapi gugur.... tangkainya halus. Istilah "buang buruk". Selepas enam bulan barulah putik itu lekat dan jadi buah tetapi ketot.
Kurang baja buah menyebabkan buah membesar tidak seragam.

YYIntelligent said...

pokok db banyak berbunga tapi semua jatuh, tolong beri sedikit tips, baja apa perlu guna

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

PokoK db sy mulai berbunga awAl bulan 5 , tetapi semuanya gugur tak menghasilkan buah

PertanianSP said...

Saya ada masalah iaitu buah db saya mengalami kerosakan tompok2 hitam didalamnya, apa bila buat tersebut masak dan dalam sebiji tersebut buahnya masak tidak sekata.....ada yg keras dana ada yg lembik....terdapat kerosakan pada buah tersebut

Yahya Zainal Abidin said...

Adakah kali pertama pokok db saudara berbunga?

Yahya Zainal Abidin said...

Pokok yg pertama hingga ketiga kali berbunga memang kebanyakannya gugur. Pokok db saya peringkat mulanya semuanya gugur.

Yahya Zainal Abidin said...

Buah ini kena perhati sejak kecil lagu. Semut suka berkumpul. Semut menyebabkab buntuk2 hitam. Bintik hitam berzngsur2 tompok hitamcç. Tompok itu semakin luas. Kawassn ini pasti merosakkan bahagian di bawahhya. Sila hapuskan semut sejak awal pertumbuhan lagi.

Anonymous said...

Dato'
bagaimana nak elak dan hapuskan tompok hitam? Terima kasih

Ryeezal said...

Pokok durian belanda saya kecik aje tak besar2. memang lambat ke pokok ni membesar ?

Yahya Zainal Abidin said...

Jika sesuai tanah.... air cukup dan baja cukup cepat juga besarnya.

irfanhaziq said...

Salam..nak tanya kenapa buah durian belanda akan berwarna hitam isinya

Yahya Zainal Abidin said...

Kebiasaannya bhg empulur hingga ke tangkai paling cepat buruk Dan bertukar warna jadi kehitaman Dan menyek. Diikuti bhg buahnya. Buah yg diserang serangga atau jadi habitat semut akan rosak. Kecederaan kulit pada peringkat muda akan membawa kesan kpd buah. Isi di bawah kulit yg cedera akan buruk.
Itulah hasil pemerhatian saya.

Yahya Zainal Abidin said...

Satu lagi ialah ancaman akar pokok lain. Contohnya dekat sangat dgn pokok pisang atau pokok manggis misalnya. Zat makanan disedut oleh akar pokok lain.

Yahya Zainal Abidin said...

Selalunya semut atau kerengga suka duduk pada buah waktu kecil lagi. Itulah penyebabnya.

Helmi Abdullah said...

seronok betul baca kisah db ni..saya ada 4 batang pokok bd tepi pagar..alhamdulillah...4-4 sudah berbuah dan sy kekalkan spray bawang putih...ramai yang minat akan buah db....daun pun lebat...

air sabun tu...yang basuh baju ke atau ada brand tertentu? hehe

purata berat db saya 1.5kg. alhamdulillah.

Yahya Zainal Abidin said...

Bagus exprimen sdra. Sembur air bawang putih... Kaedah mesra Alam.

Azie said...

Tuan, saya baru menanam anak pokok DB kat belakang rumah. Apa baja yang sesuai untuk tumbesaran pokok DB saya ye? dan racun untuk halang pokok diserang ulat atau perosak lain. Terima kasih.

Yahya Zainal Abidin said...

Cuba baja 16-16-16
Setakat ini saya tak pernah guna racun ulat.
Saya hanya guna racun kulat. Nak cegah akar diserang ulat.

Anonymous said...

Untuk elakkan semut cuba tabur kulit telur yg telah dihancurkan kat pangkal pokok...

Yahya Zainal Abidin said...

Satu cadangan yg baik. Saya akan cuba. Terima kasih banyak

Yahya Zainal Abidin said...
This comment has been removed by the author.
Fawwaz said...

Tuan, klu free blh contact no sy 0104349340-fawwaz..sy tgh cari pembekal durian belanda.stok yg sy ada tak cukup..sy cari no fon tuan, tak dpt..

Yahya Zainal Abidin said...

Ok nanti saya hubungi tuan.

Abd Kadir said...

Buah durian belanda mula tumboh dgn baik hijau tapi sebulan tengok ok tapi petang bertukar jadi coklat dan akhir jatuh isi belum dan biji masih putih kekuningan. Ada 4 biji berlaku perkara sama dan hari buah terakhir gugur. Minta pandangan nasihat kepakaran

sbi3013b21-4554.blogspot.com said...

Dato ada no hp ka......menarik DB Dato..sy azmi ada tanam dlm 80 pokok hp 0179918699

Anonymous said...

lepas baca blog ni, teringat semalam pokok durian Belanda yang ditanam telah pun menghasilkan putik yg pertama..bahana dari selalu tanya bila awak nx berbuah walaupun belum cukup setahun..

Anonymous said...

Mari Bergabung Bersama Kami di suksestoto,com , Kami Salah Satu Bandar Togel online Terbesar yang sudah lama bergerak di bidangnya,dengan 8 Pasaran Negara Yang bisa anda pilih, dan menjadi jutawan. ayok nunggu apa lagi mari kita ramai kan.bandar togel sgp yang paling aman

Unknown said...

Info yg mengimbau durian Belanda kt kg pd tahun 80an...selamat berjaya kpd penanam DB

Yahya Zainal Abidin said...

Bagus cadangan gigi lang.

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih nn

Unknown said...

Tuan...saya memerlukan nasihat..pokok durian belanda saya buah tidak lekat. Bila sudah berputik dan kulitnya keluar dan tinggal buah, ia terus mati...apa masalahnya?

Unknown said...

Bestnya...saya ni kali ke 3 tanam..harap x mati ..

Yahya Zainal Abidin said...

Pokok db ni tak boleh kurang air tetapi kalau air bertakung akar reput pula. Kena baja juga. InsyAllah.

Yahya Zainal Abidin said...

Air, baja dan teduh jika pokok yg baru tanam tu masih kecil.

Yahya Zainal Abidin said...

Pokok db ni tak boleh kurang air tetapi kalau air bertakung akar reput pula. Kena baja juga. InsyAllah.

jusinfiniti said...

Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser . pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4

memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...sebenarnya herba banyak jenis dan gred gred..kami menguna kan kualiti gred gred yg tbaik ssuai dgn rsepi kluarga utk merawat kanser..insya allah
..
.merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh

Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi untuk berbincang...bgaimna nk brubt..apa plu anda lakukan..pemakanan n mcm2 lg...dan testimoni2 tbaik dri psakit2 sy

jusinfiniti said...

ANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN Boleh DIUBATI
: KANSER PARU-PARU
KANSER USUS BESAR
KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM KANSER PUNDI KENCING
LEUKIMIA
KANSER REKTUM/DUBUR
KANSER TULANG
KANSER OTAK
KANSER OVARI
KANSER HATI
KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA KANSER PAYUDARA
KANSER RAHIM
KANSER PROSTAT
KANSER PERUT
KANSER PANKREAS
KANSER PITUITARI
KANSER KELENJAR LIUR
KANSER VAGINA/FARAJ
KANSER KULIT
KANSER MULUT
KANSER HIDUNG
KANSER TIROID
KANSER TEKAK
KANSER TESTIS
KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU DAN LAIN-LAIN KANSER

jusinfiniti said...

Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser . pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4

memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...sebenarnya herba banyak jenis dan gred gred..kami menguna kan kualiti gred gred yg tbaik ssuai dgn rsepi kluarga utk merawat kanser..insya allah
..
.merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh

Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi untuk berbincang...bgaimna nk brubt..apa plu anda lakukan..pemakanan n mcm2 lg...dan testimoni2 tbaik dri psakit2 sy

Unknown said...

assalamualaikum dato.
saya mohd nazri dari Pontian Johor.
memiliki 2ekar tanah kosong.
saya Berminat untuk belajar cara menanam pokok DB..Saya memerlukan nasihat dato dan rakan2 DB sekalian.
Ini no call Dan wassup saya 0137108522.
Semoga Allah swt memberkati kita.
aminn

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih sdr HN. Dua ekar sudah cukup. Boleh tanam hingga 500 pokok. Tanah ada kena banjir? Pokok DB kalah jika berendam dlm air. Tanah kena air banjir ke?

Anonymous said...

pokok durian belanda saya baru berbunga kali pertama..banyak berbunga tetapi semua jatuh,boleh bg tip kenapa bunga nya byk gugur..

Yahya Zainal Abidin said...

Biasalah macam itu.... memang gugur. Biasanya enam bulan kemudian insyAllah akan lekat buahnya.

andy jansen said...

Nak tanya, kalau kawasan berbukit, boleh ke hidup durian belanda ini. Saya dah cuba tanam dlm 3-4 tahun masih belum mendapat hasil. Wslm.

Anonymous said...

menarik jugak cara menghalau semut dengan bawang putih,boleh tahu berapa jumlah bawang putih dan berapa banyak air untuk dicampur ? DB saya berbunga lebat tapi tak lekat buah dan banyak semut.

Unknown said...

Putik buah durian belanda selalu jadi hitam dihujung dan akhirnya busuk dan luruh adajah disebabkan kulat..

Unknown said...

air tembakau yang direndam boleh sembur pd pokok utk bunuh n halang serangan serangga perosak.saya dah cuba alhamdulilah pokok saya bebas dari serangan serangga perosak.

acu hazzira said...

assalam ...pokok durian saya selalu berbunga tapi tak pernah menjadi buah...kenapa ye....tolongla

Unknown said...

Buah durian belanda saya pula berbuah tapi bila dipotong isinya hitam rosak. Tuan ada pengalaman sebegini tak?

Unknown said...

Sebenarnya jika kita tidak kahwin memang tak menjadi.pokok DB perlu dikahwinkan baru berhasil. Ada juga yg tak perlu kahwin tp buah akan kecil

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya tanam durian belanda sebayak 10 ekar dan ingin kongsi seditkit ilmu, pokok yang ditanam mestilah tidak bercampur dengan tanaman lain, seperti contoh saya tanam bersama dengan mangga 1 tahun 6 bulan yang lepas, mangga tersebut bersebelah dengan baris durian belanda dan hasil pemerhatian saya baris durian belanda yang bersebelah dengan mangga mempunyai garisan hitam yang bila dipotong walaupun ketika muda sudah rosak, jadi saya buat keputusan pokok mangga sebaris itu mesti dibuang, hasilnya belum diketahui sebab baru 2 minggu buaang,

1 lagi pokok x boleh tinggi ye, ni bukan pokok rambutan, 2 kaki saya cantas

Setakat ni alhamdulillah dengan cukup baja dan penjagaan yang rapi , buah durian belanda sudah berbuah hanya dalam setahun setengah.

Unknown said...

Salam tuan, buah DB yg sy peram selalu rosak..mohon bantuan dr pakar DB

Mohd Faizal Ahmad said...

Saya nak Cari daun durian belanda. Area shah Alam. Siapa bole bantu

kelapa wulung said...

Cara yang bagus dan bisa langsung diamalkan.. thanks informasinya Tuan,
saya punya tanaman kelapa bejenis-jenis ni tuan..
pohon kelapa wulung
bibit kelapa wulung
jual bibit kelapa wulung
bibit kelapa pandanwangi
bibit kelapa hijau wulung
bibit palem merah
bibit pisang cavendish
jual bibit strawberry

Unknown said...

Tuan saya baru nak belajar menanam db ni..depan rumah ada sedikit tanah dalam 5 ke 10 pokok .ank pokok yg saya beli anggaran tinggi 3 kaki.ble beri saya tips dr mula pejagaan dia sampai dia besar dr segi baja racun dan sebagainya terima kasih

Post a Comment