nuff

Tuesday, January 26, 2021

TINDAKAN SELEPAS BANJIR JANUARI 2021

Banjir Januari 2021 telah menggondolkan tanaman yang kelihatan  subur seluas dua ekar hingga menjadi pasang gersang. Pokok pisang 500 pokok layu Dan patah, umbinya jadi teruk. Pokok kelapa pandan 180 pokok menjadi layu, umbutnya madam dan buruk. Pokok lada sebanyak 300 pokok yang sedang berbuah, ada yang masak merah. Pokok kelapa pandan 180 pokok yang berusia 6 bulan jadi sayur layu. Pokok lada kecil 200 pokok jenis kampung sedang rajin berbuah habis tinggal ranting berlumpur. Tinggallah permukasn losing yang dipenuhi lumpur hampir enam inci. Hanya tinggal beberapa batang pokok pisang nangka di tempat tinggi yang terselamat. 
Pokok durian tinggi 8 kaki juga sampai umur. Ada tujuh pokok lagi menerima nasib yang sama. Semua Japan pokok ini berasa di teres pertama. Pokok ini terendam air kira-kira sekaki sahaja dalam tempoh lima hari. Sudah cukup meranapkan akarnya. Sungguh mania rupanya pokok durian ini.
Selang dua minggu sahaja satu kawasan hijau dengan tumbuhan menghijau lagi subur bertukar menjadi padang berlumpur.
Aku mengerti, ini adalah kejadian alam yang kerap berlaku. Inilah kejadian limpahan air sungai sewaktu monson timur laut. Aku redho dengan peristiwa ini. Allah yang menentukan segalanya. Kita hambaNya tidak harus berhenti dari berusaha. 
Yang naya, aku hilang pendapatan January hingga Julai kerana kemusnahan pokok pisang yang sedang berbuah

TINDAKAN SATU .... jangka pendek
Target...April...600-900
Aku mengambil langkah segera menanam sayur kacang bende. Hingga 26/1/21 telah  tanam 400 lubang benih ditanam. Kelihatan 40 anak pokok telah muncul. Sudah nampak hasil awal. Usaha perlu diteruskan. Target mahu tanam 2000 lubang.
Sekarang ini berhadapan dengan musim Kamarau. Sistem menyiram perlu cekap. Sediakan pam elektrik dan spinkler untuk menyiram  satu kawasan yang luas.
28/1... tanam 220 ... total 620✔
29/1... tanam 300... total  920✔
30/1... tanam 300... total 1220✔
31/1... tanam 400... total 1620.✔
1/2.......tanam 400....total 2020.✔
2/2......bubun empat baris pertama.
3/3.....sediakan 2 tong utk isi air n siram.
4/3....bubun tempat yang tidak tumbuh.
Okra Rendah
Satu baris ada 50 lubang  setiap lubang letak dua ulas biji kacang kemudian kambus.

Sudah mula muncul anak pokok kacang bendi, satu permulaan yang menyakinkan.

Cuaca panas dan kering... pertumbuhan hanya 10% sahaja. Yang 10% ini kena siram dan beri baja. Lubang yang tidak tumbuh boleh bubun separuh dulu.
Kini yang tumbuh dianggar 300 pokok . Ambil tindakan menyiram setiap pagi guna kaedah manual.

TINDAKAN DUA .... jangka pendek
Target...Mei boleh kutip hasil.

Mahu tanam cili padi di kawasan keliling kolam. Mahu tanam 200 pokok. 
🌿Sudah semai 100 pokok. 
🌿Semai lagi dari lada kampung yang telah masak.
Kawasan pertama untuk tanam ialah tapak pokok nanas yang tenggelam... boleh tanam 25 pokok.
Contoh terbaik yang patut diikuti.

Anak lada sudah berusia dua minggu.
🌿 12/2... telah tanam 15 pokok anak lada kecil dalam satu baris. Tutup dengan bakul plastik berkurang. 


TINDAKAN TIGA .... jangka panjang
Tempat pokok durian yang mati diganti dengan pokok kelapa dan pokok petai. Begitu juga pokok kelapa, ada yang mati dan ada yang tinggal nyawa ikan. 

Dalam lengkong warna oren adalah pokok durian yang mati dan dalam bulatan hijau adalah pokok kelapa MYD yang baru tanam.

Empat pokok kelapa Malayan Yellow Duaft ambil tempat dua pokok durian yang telah kecundang. Tujuh pokok petai telah bubun pokok durian. Hingga 31/1/21, 13 pokok telah tanam. Hingga 4/2/21, 18 pokok telah tanam.
🌿.. Mahu tanam 8 lagi  pokok petai di hujung tanjung sebelah hulu.✔ Telah siap.
🌿.. Mahu tanam 35 pokok MYD di teres bawah jalan tengah, atas ban dan bubun  untuk menjadikan bilangan semua MYD  87 pokok. .✔ telah siap. Telah tambah 40 pokok lagi menjadi 127 pokok.✔
🌿.. Mahu tambah 10 pokok lagi di kawasan teres ganti pokok yang mati.

Pokok kelapa dan petai perlu dibaja dan siram sekali agar cepat besar sebagai persediaan menghadapi kemungkinan  kedatangan banjir akan datang.

Banjir kali ini ada juga faedahnya kepada saya. Kawasan tepi paya yang semak samun dan rumput tebal banyak yang mati. Ini memudahkan saya membersihkan tanah, kerja jadi ringan. Kawasan ini mahu tanam petai. Mahu tanam tujuh pokok menjadikan 20 pokok semuanya. Telah berjaya tanam 24 pokok. Kebun di belakang juga masih ada ruang terutama tempat rendah sempadan dengan paya. Mahu tanam 20 pokok juga menjadikan 40 pokok semuanya.
 

Monday, January 18, 2021

JELLY KELAPA

Idea ini timbul setelah menikmati jelly kelapa yang diberi oleh jiran saya.
18/1/21... Berjaya dalam cubaan pertama buat jelly kelapa. 
1. Agar2 masukkan ke dalam periuk 
2. Masukkan air sama isipadu air kelapa satu biji.
3. Masukkan satu skup gula.
4. Panaskan hingga mengeleggak, sambil itu kacau. Tutup api.
5. Biarkan 10 minit.
6. Masukkan air kelapa dan kacau.
7. Masukkan isi kelapa yang dikukut dari dinding dalam buah kelapa. Isi kelapa diracik biar halus hingga lebat jari kelingking.
8. Kacau biar mesera.
9. Biarkan 20 minit.
10. Isikan ke dalam cawan plastik Dan tutup.
11. Masukkan ke dalam peti ais.
12. Tamat.
Proses ambil masa satu jam.
Tiga jam kemudian boleh jamahl. Heh... ada rasa kelapa dan kurang manis.

Cadangan akan datang..... 21/1/21
1. Timbang air, gula, air kelapa, isi kelapa dan pati agar-agar.
2. Air kelapa : Air = 2: 1
3. Kira Kos setiap cawan.
4. Kos cawan & cucu = 9.8+1.8 = 11.6 sen
5. Kos agar2... 2.50/40 = 6.25 sen 17.85
6. Kos gula... 2.2sen satu cup...20.05
7. Kos stiker.... 4.3sen satu cup...24.35
8. Kos air...0.6sen satu cup....24.95
9. Kos bahan api... 1.3sen... 26.25

Air kelapa.... 4 biji.... 2.5kg
Air.... 1.25kg
Agar2.... 1/2 bungkus.
Gula.... 6 skup...150gram
Dapat 21 cup.
🌿.. dapat tempahan 74 cup utk hantaran Hari Jumaat 22/1/21.. syukur alhamdulillah. Baru berjaya hantar 44 cup. Dah laku 79 cup... untung tak seberapa tetapi seronok. Jika boleh keluarkan 200 cup sekali kekuatan baru  ada untung.

🌿.. mahu buat 60 cup pada 3/2/21... siap hantar kpd pelanggan.
🌿..buat 20 cup pada 5/2/21...siap hantar kpd pelanggan.
8/2/21... siap 20 cup... hantar kpd pelanggan.
Memang ada prospek.
14/2/21...siap 85 cup. 24 edgar kepada Gurney dan 60 kepada Dan.
15/2/21...siap 21 cup.