Sebelum tahun 2020 saya beli pokok hasil cantuman, ada yg tinggi 5kaki, harganya mencecah rm200 sepokok tetapi bila tanam banyak yg bantut , hidup segan mati tak mahu. Ada juga yang subur kira2 10%, kini telah capai 10 kaki tinggi. Ada dianggarkan 30% yang dah mula melonjak. 30% masih bantut dan ada yg kering.
Sejak tahun 2020 saya pilih Baja kampung yang sedap, semai Dan tanam anak pokok. Nampak subur betul, melonjak. Ada yang lebih dari 10kaki.
Pokok ini nanti saya mahu cantum dengan baka yang berbuah enak dari kampung sekitar.
6/6/22.... tanam tiga ulas yg telah cambah dlm satu tempat, jarak 4inci antara satu sama lain.🌿
21/6/22... gembur dua tapak mahu tanam anak benih durian yg baru cambah.
23/6/22...gembur satu tapak mahu tanam benih terus ditanam kekal.
19/6/22.... beli tiga biji durian kampung dapat 30 ulas biji.. rm25. Satu ulas Kos 80sen. Mahu semai terus di tapak kekal.
23/6/22.... tanam dua biji durian yg telah cambah berdekatan.🌿