nuff

Sunday, November 19, 2017

Memori 191117

1. Bawa ke kebun 5 anak pokok kelapa pandan.ok
2. Bawa 2 pokok db.ok
3. Ambil dahan Lemon yang ditut telah berakar. Ambil satu.
4. Periksa kebun hadapan.ok

Pagi yang menyeronokkan, dapat sarapan di warung Seripah Inderapura. Masuk kedai terus beri salam kepada pakngah yang buat air. Saya dipelawa oleh Azam untuk berkongsi meja dengannya dan dua orang lagi. Beberapa minit kemudian tea tarik kurang manis sedikit kau pun sampai. Saya telah memilih sebiji pulut putih berlumur serbuk kelapa, sebiji jemput pisang dan kueh kocok. Harganya rm2.40. Dua orang yang satu meja itu dua beranak, pertama kali saya bertemu. Sambil makan minum kami berbual tentang guru dan murid di pedalaman Sarawak iaitu di Balaga. Saya hanya menyampuk sahaja. Pembawa cerita ialah si anak. Baru saya tahu bahawa anak muda itu ada guru di SK Balaga.

8.40pagi... pergi dewan besar KUIPSAS. Ramai ibubapa dan anak-anak tadika telah mengambil tempat. Saya adalah tetamu dan perasmi majlia ini. Anak-anak 3, 4 dan 5 tahun buat persembahan. Kanak-kanak mudah sangat diajar terutama melibatkan pergerakan lebih tepat lagi kenistatik inteligent. Saya dapati acara cabutan bertuah kurang tersusun. Saya hairan mengapa ramai guru yang dapat hadiah berbanding ibubapa. Banyak pula nombor yang disebut tidak ada orang yang ambil hadiah. Adakah mereka telah lulang? Saya mahu pihak Anjung Kipsas buat postmoterm.

11.30pagi bergerak ke Dewan Barakah. Di sana berlangsung majlis pendaftaran pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah anjuran UPSI bererjasama dengan JAIP.  Saya diminta berucap kepada audian. Sebenarnya saya hadir untuk beri sokongan kepada UPSI dan JAIP sahaja.

1.30tb baru dapat bebas. Kini saya baru dapat berrsama WAWA dan Syafik. Kami mahu balik kampung sebentar. Singgah di Restoran Minang di Gambang. Rezeki kami di sini, makan tengah hari ala Minang memang kena dengan selera saya yang suka pedas. Kami makan bertiga ikut menu masing-masing. Saya pilih gulai lemak kuning tenggiri pedas, begedil, sayur peria dan sambal jering. Bayarannya rm35.50, saya anggap berbaloi untuk tiga orang. Hanya sambal jering aja yang tidak enak dan keras.

4.45petang sampai di warung Tok Imam Pening. Tok imam menghulur rm116 kepada saya. "Ini duit kelapa, pokok durian belanda dan benih buluh dua minggu lepas." Bukan main seronok dapat wang hasil titik peluh sendiri. Petang ini saya beri lima pokok anak kelapa pandan dan dua anak pokok durian belanda yang dipesan oleh pelanggan melalui watsap. Selepas itu saya segera ke kampung Lompat untuk meninjau kebun dan mahu berjumpa dengan pekerja.

5.15petang baru dapat masuk kebun. Mula-mula saya periksa pokok buluh tepi pagar yang baru tanam tiga minggu yang lalu. Terkejut dan kesal yang amat sangat bila melihat kebanyakannya tidak berdaun dan pokoknya telah kering. Apa sebabnya, tidak dapat jawapan yang pasti. Sebelum ini semua 40 pokok itu kelihatan subur. Saya mahukan kepastian. Adakah akibat kepanasan kerana baja tahi kambing? Rasanya tidak mungkin sebab dua minggu lepas kelihatan subur. Seterusnya saya berjalan melihat pokok yang besar, banyak buah yang telah matang. Saya petik beberapa biji yang matang. Saya terus melangkah lebih jauh ke dalam kebun. Kelihatan banyak pokok yang terbantut pembesarannya kerana dipusu oleh rumput yang memanjat. Ada diantaranya sudah kembali subur setelah ditabur baja disekelilingnya dan dicuci pangkalnya. Saya anggarkan lebih dari 100 pokok yang ada potensi untuk disuburkan. Terdapat beberapa teres pokoknya telah mati, ada lompang, tidak perlu bubun ketika ini. Beri tumpuan terhadap yang hidup sahaja.

Penghibur petang ini ialah bilamana melihat dua batang lagi pokok kelapa telah keluar mayam menjadikan empat pokok semuanya.

Saya melihat buah durian belanda yang telah matang. Saya perhati yang cedera, ada yang bertompok hitam, ada yang diserang ulat putih. Saya petik tiga biji yang cedera untuk buat kajian. Saya sempat ambil yang elok juga. Saya mahu peram beberapa hari hingga masak, mahu buat puri. Saya meneruskan perjalanan kehadapan mengikut teres. Kaki saya sukar melangkah kerana rumput tebal. Terfikir mahu buat takungan air untuk kegunaan menyiram dan meracun. Tempatnya telah dikenal pasti.

Saya ada masa yang terhad. Oleh itu terpaksa pergi ke kebun belakang. Saya lihat Amir sedang  menuang air dan racun ke dalam pam. Saya tanya adakah baja+racun daun kelapa+ sabun pelekat telah siap sembur? Adakah meracun serangga kepada pokok durian belanda telah siap? Amir mengatakan kedua-duanya telah siap. Kerja menyembur racun serangga perlu dilakukan dua minggu sekali, sementara racun serangga juga perlu dijalankan dua minggu sekali juga.

Saya memeriksa projek pondok yang sedang dibina. Enam batang tiang telah siap dipasang. Enam batang kagu 2"×4" ada di tepi untuk perkakas atas. Bila siap nanti boleh dijadikan tempat berteduh dan akan jadi stor.

Hari sudah senja tetapi saya belum meninjau pokok yang menghijau ini. Saya hanya pandang dari jauh. Pokok pisang nampak makin besar. Sebelum pulang Amir memetik dua biji labu tua untuk saya. Minggu hadapan saya akan tinjau kebun belakang terlibih dahulu.

6.55petang saya memandu Hilux pulang ke rumah di kampung Sentosa.  Saya sempat pergi ke belakang rumah mengambil satu dahan lemon yang ditut. Akar telah kelihatan dalam bungkusan tut itu. Saya juga sempat menyembur racun anai2 ke dinding dapur. Serangan anai2 makin hebat sejak rumah ini tidak didiami. Selepas solat isyak kami pulang ke Kuantan. 

Kini jam 12 tengah malam, tidak boleh tidur, selesma, hidung tersumbat. Aku paksa tidur dengan cara sendal dua biji bantal agar kepala berada pada kedudukan yang lebih tinggi tetapi tidak boleh juga. Aku terpaksa berakhtiar untuk cari ubat. Klinik dan kedai ubat telah tutup. Aku teringat kedai 7 eleven Inderapura. Aku terus memandu kereta menuju ke Inderapura. Aku teringat alat yang ada ubat berangin yang boleh disumbat kehidung. Apabila sampai di kedai 7 eleven, aku terus menuju rak ubat ubatan. Selepas membelek, ternampak ubat bernama INHALER. Inilah yang aku cari, harganya rm8.60, agak mahal tetapi aku amat perlu. Saya sumbatkan ke lubang hidung kiri sambil itu tarik nafas beberapa kali, terasa berangin dan sejuk dalam dada. Lepas itu saya cabut dan sumbat lula ke lubang hidung kanan, sedut nafas seperti biasa beberapa kali. Kini terasa nafas saya lancar sedikit. Saya rehat di kerusi sofa sambil mengulangi bantuan INHALER selang beberapa minit. ..... saya terjaga 5.30pagi. Alhamdulilah saya boleh tidur dan jaga semula. Syukur, Allah beri saya peluang hidup lagi.

Perbincangan
1. Barang yang dibawa ke kebun untuk jualan kepada orang kampung ialah anak kelapa dan anak pokok durian belanda. Nilai jualan ialah rm60. Hasil yang dibawa pulang ialah buah durian belanda dan labu. Nilai harganya ialah rm30.

2. Penambah baikan yang sedang dilaksanakan ialah pembinaan pondok di kebun belakang. Akan menjadi tempat berteduh dan juga tempat pengumpulan hasil.

3. Anak pokok buluh yang mati adalah disebab terkena racun. Kerugian dianggarkan rm200. Tetapi Amir mengatakan bahawa sebahagian darpadanya akan bertunas semula. Itulah harapan saya.

4. Kawasan kebun yang sebelah hujung jarang dilawati. Untuk sampai ke juru kebun mesti jalan kaki meredah rumput hingga paras betis. Perlu ada kenderaan untuk sampai dengan cepat.

No comments:

Post a Comment