nuff

Wednesday, November 22, 2017

Buah Duruan Belanda Lebam

19 Nov. 2017

(Gambar 1)
Hari ini saya sengaja memilih buah durian belanda yang lebam untuk buat pemerhatian. Buah ini telah matang, usianya 12 minggu. Kalau tidak dipetik seminggu lagi ia akan masak. Akhirnya akan jatuh tidak diperdulikan. Melihatkan kulitnya yang tidak menarik itu, kalau masakpun tiada orang yang minat. Memang tiada potensi, tiada harga. Beratnya 340gram. Saya mahu lihat keadaan isinya, sejauh mana rosaknya? Sehari kemudian keadaan kulitnya semakin lebam.

(Gambar 2)
Sehari selepas dipetik, saya belah dua. Sungguh tidak disangka isinya putih bersih. Bijinya gelap menandakan buah ini telah matang. Saya terus menghirisnya hingga habis. Kini saya dapat 21 juring. Kulitnya saya hiris hingga halus. Selepas itu saya tabur dibawah pokok durian, mujur-muga boleh jadi baja.

(Gambar 3)
Bijinya sebanyak 16 ulas dikeringkan pada suhu bilik. Saya mahu semai adakah boleh cambah?
23/11/17 berjaya semai dalam polibag kecil.Biasanya ambil masa 30 hari untuk cambah.

(Gambar 4)
Selepas tiga hari tersimpan dalam peti sejuk, isi buah durian belanda ini masih putih. Saya bancuh tepung dan gaul dengan isi db itu dan perap selama 30 minit. Selepas itu saya goreng. Beberapa minit kemudian kelihatan seperti keledek goreng. Buah yang pada mulanya disangka tiada potensi rupa-rupa isinya elok, boleh dimakan.

No comments:

Post a Comment