nuff

Sunday, December 3, 2017

Memori 031217

Banyak sekali cerita hari ini. Cuaca cerah begitu sesuai sekali untuk aktiviti luar rumah.
Awal pagi saya didera oleh cucu Addin. Addin mahu naik Hilux pusing kampung. Saya ikutkan kehendaknya. Semasa sampai di rumah merengek pulak mahu "air Lo". Sewaktu pusing kampung tadi dia tak cakap. Cucu balik sesekali, layan ajalah. Keluar sekali lagi ke kedai Aziz. Satu kepuasan rupanya bila dapat layan cucu. Kini baru boleh melepaskan diri. Saya terus memandu Hilux menuju ke warung Tok Imam Pening. Perjalanan ambil masa 45 minit dari kg Sentosa. Saya letak lima anak pokok Durian Belanda untuk promosi, harganya rm5 sepokok. Saya order tea tarik dan roti canai. Sekeping rasa tak cukup lalu order mihon goreng dan telur dadar. Sambil makan berborak dengan Harun Basir dan Din Pomen. Sebelum meninggalkan warung tiba-tiba Tok Imam menghulur duit rm104 hasil jualan 10 pokok kelapa dan satu pokok durian belanda dua minggu lalu. Seronok juga dapat wang hasil titik peluh sendiri.

Jam 9 pagi masuk kebun. Pagi ini saya mulakan dengan kerja mengangkut batu simen sebanyak 350 bini yang berlonggok tepi jalan dalam kebun sawit abang Jama. Seterusnya angkut 16 keping atap dari pondok kebun hadapan ke kebun belakang. Binaan stor di kebun belakang telah 60% siap.

Seterusnya saya berjalan sepanjang beberapa baris pokok pisang lemak manis. Ada tiga pokok telah berbuah. Pokok kelibatan subur dan ada kelihatan banyak anak yang tinggi sekaki. Anak pisang ini boleh dipindahkan membentuk satu baris baru 35 pokok. Sstakat ini ada lima baris. Saya teruskan perjalanan memeriksa pokok pisang berangan pula hingga ke barisan hujung sekali. Terkejut melihat ada kesan tapak kaki binatang dan beberapa batang anak pokok pisang tercabut. Angkara siapakah ini? Saya meneruskan perjalanan menyusur tepi pagar. Ada beberapa tempat jaring hitam telah melelepek ke bawah. Ada yang terputus ikatan. Sewaktu melintas pagar tepi kebun getah tiba-tiba seekor kera meluru keluar melanggar jaring pagar. Dia tidak lepas keluar, lalu mengundurkan diri. Dia uja kali kedua, kali ini meluru ke bawah jaring. Dia berjaya melepaskan diri. Itulah gayanya sang pencuri masuk kebun. Bila sahaja sedar tuan ada memerhati terus sahaja cabut menyelamatkan diri. Saya suruh Amir betulkan jaring pagar yang mendap itu.

12.30th.... pulang ke rumah kampung Sentosa. Lepas zohor pergi makan kenduri di rumah Chop. Makan nasi sayur lemak kuning ubikayu, sungguh enak. Banyak lagi lauk lain tetapi yang paling istemewa ialah sayur ubikayu.

Lepas asar pergi ke kebun sekali lagi. Kali ini saya ambil buah durian belanda yang telah dipetik. Saya bawa buah itu kampung Awah untuk jual borong kepada akak Zainab yang jual buah. Saya dapat rm30 hasil jualan buah durian belanda.

Hari ini saya dapat rm134 hasil jualan. Sungguh seronok dapat duit dari hasil titik peluh sendiri.

..... bersambung

No comments:

Post a Comment