Saya mahu belajar menanam nenas. Saya beli benih MD2 ini sewaktu melawat Karnival Pertanian di KV Pertanian Chenor hujung bulan Septemberlalu.Nama saintifiknya ialah Ananas Cosmosus. Saya belanjakan rm50 untuk mendapatkan 25 anak pokok. Sungguh mahal, satu sulor harganya rm2. Harganya 6X lebih mahal dari benih lain seperti N36 hanya 35sen satu.
nuff
Friday, October 16, 2015
BERJINAK DENGAN NENAS MD2. Siri 01
Sunday, November 30, 2014
Kebun Kampung Lompat - Disember 2014
Kini masuk bulan ketujuh marathon yang panjang ini. Setengah tahun telah dilalui. Seolah-olah telah melalui satu semester pengajian di universiti untuk mendapat ijazah. Perlu semak semula kelemahan.
Tindakan pertama .... kaji khidmat setiap orang pekerja. Jika ada yang kurang efision ambil tindakan. Telah ambil tindakan rehatkan seorang.
Tindakan kedua .... bina pagar elektrik sebagai tambahan kepada longkang. Siap bina pagar elektrik empat lapis dan tiga lapis. Kos pagar hadapan rm3700 dan belakang rm2700. Tiang pagar 200 batang kosnya rm700. Jumlah keseluruhan membina pagar elektrik ialah rm7100.00
Tindakan ketiga .... cari khidmat buruh yang lebih murah tetapi lebih cekap.
Tindakan keempat ... pemantauan yang lebih teliti dan menyeluruh. Disusuli tindakan pembetulan yang pantas.
Tindakan kelima ... tanam rumput penutup bumi dan pokok roselle untuk membendung hakisan.
Tindakan keenam ... tanam kelapa 500 pokok dan durian belanda 100 pokok.
Tindakan ketujuh ... siapkan pondok & stor.
2/12/2014 ... hari yang istemewa kerana menerima bantuan baja, racun dan alat pertanian daripada Jabatan Pertanian bernilai rm15,000.00 Sebelum ini saya telah mendapat bantuan pagar dan baja.
Terima kasih Kerajaan Malaysia.



Thursday, October 2, 2014
Berani dan Tekun
Walaupun hari ini kita jatuh... esok mesti bangun dan berusaha lebih gigih & tabah...inilah satu keberanian. Inilah petua Hazzirah yang baru berusia 24 tahun berjaya dianugerah PhD dalam bidang Matematik dari UTM Sekudai.
"Kalau hari ini kita rasa putus asa. Kalau hari ini kita rasa putus asa, esoknya kita perlu bangun segera dan lakukan sesuatu agar rasa negatif itu tidak berpanjangan."..... Hazzirah.
Orang yang berani mampu berdikari, kreatif dan sanggup menghadapi risiko.
Tuesday, September 2, 2014
NASIB SI BULUH TELOR
Aduh sakitnya aku, rasa hendak putus nyawa. Apa tidaknya.... pagi semalam aku bertiga hidup selesa di dalam semak belakang kampung Paya Ladang. Tiba-tiba dua orang datang membawa pengali. Diterjahnya hujung pengali tajam ke tanah betul-betul ke tepi badan aku. "Aduh...", beberapa urat akarku putus. Diterjahnya lagi berkali-kali tetapi hanya beberapa urat sahaja yang terputus. Mereka menggelingkan kepala macam tanda tidak puas hati. Tiba-tiba mereka menghilang. Oh terselamatlah aku.
Setelah sejam berlalu tiba-tiba mereka muncul semula memikul cop kelapa sawit pula. Aku takut melihat cop itu.
Tanpa belas kasihan mereka menerjah kelilingku hingga semua akar aku putus dan akhirnya aku dicungkil. Aduh sakitnya tercabut dari perdu aku. Mengapa aku diperlakukan begitu.
Aku bersama dua puntung lagi dibawa pergi. Tiba-tiba aku diletakkan di belakang kereta proton saga warna biru. Oh lemasnya dulduk dslam tempat gelap ini.
Monday, January 30, 2012
Ayah cari duit RM283 untuk sekolahkan saya
“Macam mana nak sekolah, encik mana ada duit banyak itu.” Saya membalas cakap ayah. Saya panggil ayah saya dengan panggilan “encik”.
“Tugas awak sekolah, tugas kon cari duit.” Ayah membalas dengan suara yang semakin meninggi. Nampaknya ayah dah mula naik angin. Saya tidak tertarik dengan pengakuan ayah. Pada saya semangat tinggi tidak berguna kalau dalam poket tiada duit. Saya memang tawar hati untuk menyambung pelajaran bedasarkan keadaan ayah yang serba kekurangan. Perbualan kami terhenti di sini.
Keesokan pagi ayah mengajak saya berjumpa pengurus Felda Padang Piol. Nama pegawai itu saya telah lupa tetapi kalau nak dapatkan nama itu saya boleh dapat. Isteri pengurus itu juga staf felda itu, dia adalah kakak kepada rakan sekelas saya sewaktu tingkatan lima. Nama kawan saya itu ialah Zaimun binti Othman.
Ayah menyatakan kepada pengurus bahawa saya dapat tawaran menyambung pelajaran ke tingkatan enam dan bayarannya RM283. Ayah menyatakan mahu mohon pinjaman dari tabung pendidikan felda.
“Maaf abang Zainal, felda kita ini baru buka masih belum ada tabung pendidikan itu.”
“Macam mana ni encik? Kerajaan kata masuk felda bagus, cerah masa depan. Kalau macam ini apa bagusnya?” ayah melepaskan hujahnya dengan nada geram. Saya nampak muka pengurus itu dalam keadaan serbasalah. Saya agak dia bersimpati juga.
Kami pulang ke rumah dengan rasa hampa.
Keesokan harinya ayah pergi ke pejabat felda sekali lagi. Saya ikut juga nak tahu apa ceritanya. Ayah terus berjumpa pengurus.
“Beginilah encik, kalau felda tak ada duit, saya ada satu cadangan.” Ayah melontarkan hujuah awalnya kepada pengurus.
“Apa cadangan abang Zainal?”, Tanya pengurus.
“Encik beri saya cuti sebulan, saya nak balik kampong, saya nak menoreh getah, saya yakin dapat duit untuk sekolahkan anak saya.” Kata ayah kepada pengurus. Saya lihat pengurus termenung seketika.
“Saya gembira semanagat abang Zainal. Harap abang Zainal dapat wang yang dihajatkan itu. Bila nak balik kampong?” Tanya pengurus.
“Esok saya akan balik kampong.” Balas ayah.
Berhenti di sini kerana kereta dah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Kini jam menunjukan 4.55 petang.
Ayah pulang ke kampung seorang diri. Saya pula mengambil upah meracun. Tiap-tiap pagi pikul pam galas. Kalau tong pam itu penuh dengan air yang dibancuh racun memang amat berat, rasa bengkok pinggang. Saya dan beberapa orang lagi diselia olah abang Kamarulzaman sebagai mandurnya. Abang Kamarulzaman adalah ketua belia di felda ini. Kalau beri arahan, wah sangat tegas, memang tiada peluang hendak tuang. Upah satu hari ialah rm2.80. Saya rasa sangat jemu melakukan kerja ini. Tiap-tiap hari memikul beban, lepas itu sentisa kena arah oleh mandor. Ikut hati mahu berhenti aja, tetapi ayah pesan mesti cari duit untuk pergi sekolah.
Sebulan kemudian, tiba-tiba ayah pulang. Saya terkejut besar lihat badan ayah kurus dan kulitnya gelap mungkin berjemur. Saya kasihan sangat lihat keadaan ayah jadi begitu kurus, mungkin banyak kerja dan kurang makan?
Esok saya akan melangkah ke sekolah semula, menyambung pelajaran ke tingkatan enam rendah. Ayah menghulurkan wang sambil berkata, “ini duit rm300 untuk awak pergi sekolah.”
Saya terkejut kerana ayah kotakan janjinya.
Saya memulakan persekolahan di tingkatan enam rendah bulan Mei tahun 1972 dengan semangat yang berkobar-kobar.
Kini jam 7.05 malam. Saya akan masukkan catatan ini ke dalam blog Warisan Pesagi, http://warisanpesagi.blogspot.com/

