nuff

Showing posts with label Kampung Pesagi. Show all posts
Showing posts with label Kampung Pesagi. Show all posts

Sunday, February 5, 2017

Kebun Kampung Lompat 02 2017

Bulan Februari.

5/2/17
Baru boleh masuk kebun belakang. Rupanya ada  bahagian hujung tanah yang tenggelam banjir. Dua baris tenggelam. Nampaknya kelapa tidak terjejas tetapi durian belanda satu baris 10 pokok lapus dan kelihatan telah layu.

Hampir satu bulan tidak jenguk kebun belakang. Pokok kelapa dan durian belanda kelihatan subur tetapi hampir lapus dipanjat oleh ulan dan rumput.

Pagi ini saya bersama Amir potong rumlut keliling kelapa dan db itu. Amir gunakan mesin galas. Hingga tengah hari siap dua baris. Saya mahu dia teruskan pagi esok. Hingga 7/2 sudah enam baris diselesaikan.

Saya lihat semakin banyak pokok db yang telah berbuah. Saya jumpa sebiji yang masak di pokok tetapi bahagian hujung telah terkobek, mungkin telah dikerjakan oleh burung atau tupai.

Saya nampak pokok db sudah mula tewas. Pucuknya dibelit rumput memanjat. Hingga pucuk tunduk. Saya cuba rentak tetapi liat. Saya cantas gunakan pisau, baru putus.

Hari ini saya masuk kebun mulai jam 8.30pagi. Saya mencuci pangkal pokok db dan kelapa yang telah dicuci oleh Amir. Selepas itu saya berjalan memeriksa satu demi satu anak pokok pisang yang baru cambah. Terkejut besar melihat anak pokok pisang yang baru cambah habis dipatah dan disiat oleh kera. Tiada belas kasihan. Apa tindakan yang paling berkesan untuk menghalang keganasan kera?

Didapati sebaris pokok db mati tenggelam banjir. Jumlah pokok db kecil yang mati sebanyak 27 pokok.


Sempat melawat pada waktu malam.
Lapan baris telah dibersihkan. Perlu beri baja dalam masa terdekat.


11/2/2017
Seronok dapat pergi kebun.
1. Tanam dua pokok pisang lemak manis ✔
2. Membaja kelapa & db yg telah diterangkan.✔
3. Membersihkan 20 pokok limau kasturi dari ulan dan beri baja.✔
4. Tabur pencegah musuh pada anak pisang yang baru tumbuh.✔
5. Periksa tempat kena banjir. Tentukan secara tepat bilangan pokok yang mati lemas.
6. Periksa pokok durian belanda.✔

Didapati banyak buah yang buruk.Dianggarkan lebih separuh kulitnya lebam dan buruk. Apakah langkah pencegahannya. 

Pokok limau kasturi ini diserang rumput memanjat. Tidak jelas pokok itu.
Lima minit kemudian baru kelihatan pokok limau kasturi tetapi tidak subur. Tanaman sampingan. 

Pokok betik yang ditanam enam bulan lalu sudah berputik. Tanaman kontan jangka sederhana... 3 tahun.

Tanda tidak subur... buah sedikit dan bergerutu. Perlu diterangkan dan baja.

Kelihatan beberapa batang pokok kekuningan. Apa sebab?


Dua plastik buah db yang berjaya dipetik petang ini 12/2/17.

Yang ini tidak boleh dibiarkan hingga masak dipokok sebab kulitnya lebam dab ada bertompok hitam. Yang lebam dan berbintik akan menyebabkab buah jadi buruk apabila sampai tempoh masak.


Saya ambil sebiji buah yang ada tompok hitam. Buah ini sudah berusia 10 minggu. Biasanya masak bila umurnya 13 minggu. Saya belah dan perhatikan kualiti isinya. Memang ada bahagian yang cedera. Terdapat tompok hitam yang bersambung dengan bahagian dalam kulit yang ada tompok hitam.Bila dihiris masih terdapat bahagian yang elok. Terdalat juga 6 ulas biji yang hitam( dalam bekas merah). Walaupun kelihatan tidak berguna, rupanya masih ada bahagian yang boleh digunakan.


Tindakan pantas jam 6ptg, gali dan hantar ke kebun sampai jam 8.10mlm. Berjaya gali 16 perdu.Telah siap tanam.✔


Jika kulitnya bertompok hitam maka isinya akan cedera juga. Oleh itu jika buah kelihatan bertompok jangan simpan. Petik dan buang sejak umur satu bulan lagi.Jangan biarkan dia membesar dalam keadaan cedera, merugikan baja, menyebabkan buah lain kekurangan baja serta merebaknya penyakit.

Cabaran terkini;
1. Buah durian belanda buruk
2. Anak pokok pisang dimusnahkan oleh kera.
3. Pagar kebun depan tidak kukuh, sering diceroboh musuh.
4. Baja asli di belakang masih banyak tidak dipindahkan kpd pokok.

Terdapat tujuh pokok durian belanda daunnya kuning, tidak subur. Perlu rawatan segera. Sembur racun kulat pada pangkal pokok.

Tugas pada 18/2/17
1. Tanam anak pisang lemak manis 20 pokok.✔
2. Bersihkan pokok limau kasturi 10 pokok. Siap 6. Sudah siap pada w5/2/17.✔
3. Rawat tujuh pokok db yg kuning.✔
4. Bubun db yg mati dan tanam yg baru anak db di kebun belakang. .... 40 pokok.Tunda esok.Siap pada 25/2/17.✔
5. Tanam pokok nenas MD2. ... 6 pokok.✔. Tambahan, akan pasang plastik hitam untuk tutup permukaan tanah. Sebelum itu letakkan baja di keliling pokok MD2 itu. Siap.✔
6. Bersihkan MD2 di kebun belakang.✔
7. Bersihkan pokok db kecil 20 pokok.✔

Dapatan hari ini untuk tindakan 25 & 26/2.
1. Banyak pokok kelapa & db berada dalam semak di kebun belakang hilir.
2. Masih ada beberapa batang kelapa yg mati.
3. Kebanyakan anak pisang dimusnahkan. Sebelum ini tabur furadan tetapi tidak berkesan. Kini saya cuba belacan pula. Belacan diketulkan baya ibu jari diletakkan celah pelepah. Tengok apa kesannya.✅ Nampak ada kesan positif. ✔
4. Nampak kesan penceroboh... tapak kaki. Perlu periksa pagar hadapan. 🎯🎯🎯🎯🎯
5. Sebahagian pagar belakang belum diracun. Telah beritahu pekerja. Mesti round pusing pagar minggu hadapan.🎯🎯🎯🎯 Pekerja sedang berusaha mencucinya tetapi belum siap.✅
6. Bunga AMP telah subur memanjat pokok db.✅ Telah alihkan ke tepi. Perlu diulangi lagi.
7. Masih banyak pokok limau kasturi dipanjat oleh rumput junjung terutama yang berada antara pondok dan kebun getah.  Sedang dipulihkan tetapi masih belum siap. ✅🎯🎯🎯
8. Banyak pokok db hadapan berada dalam semak.
9. Pokok AMP dalam semak. ✔ Telah bersihkan.
10. Banyak pokok liar spt pisang hutan, pokok getah dan pokok xxxx. Perlu dihapuskan segera. Target hapuskan 50 pokok pada 25&26/2.🎯🎯🎯🎯
11. Rumput liar sudah mula merebak. Perlu diracun tetapi biarkan rumput kacang penutup bumi.🎯🎯🎯
12. Banyak kebocoran paip air, banyak pembaziran air. Perlu ubah kedudukan tangki air supaya hampir dengan jalan. Perlu tangki yg lebih besar. Telah beli dua tangki 600 galen. Akan pasang mulai 26/2/17. ✅🎯🎯🎯🎯🎯
12.  Ada kelapa rosak pertumbuhannya terutama yg berada di lereng bukit hadapan.🎯🎯🎯🎯

Kelapa sebelah pokok db kelihatan tewas. Kena alih pokok kelapa.

Tugas pada 19/2/17
1. Beli belacan dan letak pada anak pisang lm.✔
2. Beli polybag sedang.... satu kg.✔
3. Semai 13 anak benih nenas MD2.✅✔
4. Buang rumput pada MD2 dan baja.✔
5. Tanam 40 pokok db di kebun belakang. Tangguh. Siap✔
6. Beri baja kepada pokok db kebun belakang puncak bukit. Ditangguhkan.
7. Bersihkan kelapa pandan dlm semak di kebun belakang. Suruh Amir teruskan.✅
8. Periksa kebun hadapan bhg dkt pokok getah.✔
9. Bersihkan EMPAT pokok limau kasturi.✔
10. Potong rumput keliling pondok.✔
11. Bersihkan perdu AMP daripada rumput liar.✔


Pangkal pokok kelihatan hitam. Amir sembur racun kulat di bahagian yang cedera itu. Perlu buat pemantauan yg kerap untuk lihat perkembangan.


Ada beberapa pokok db yang dipanjat oleh rumput penutup bumi hingga ke pucuk.Rumput ini tidak boleh dibiarkan memanjat. Ia akan memanjat hingga ke puncak menyebabkan dahan dan pucuk db terkulai dihempap oleh daun dan batangnya yang subur. Batang pokok db dibelit erat oleh akarnya. Jika dibiarkan pokok db akan lemas. Sempat bersihkan dua pokok. Ada lagi yang tidak sempat diselesaikan.

Teres bawah sekali yg tenggelam banjir ditanam semula dengan 9 pokok buluh lemang, jenis buluh telor. Perlu diberi baja dan siram agar ia cepat melonjak. Perlu melonjak hingga dua meter hingga hujung tahun untuk menjamin tidak lemas jika banjir melanda lagi. Namun begitu kejadian banjir tidak dapat dijangka. Yang penting jangan berhenti dari berusaha. Selepas itu baru serah kepada ketentuan Allah swt.

25/2/17 & 26/2/17

1. Berjaya melepaskan pokok kelapa ini dari semak samun.
2. Berjaya membersihkan enam pokok limau kasturi drp rumput yg memanjat.
3. Memeriksa pertumbuhan pisang. Terdapat 134 pertumbuhan.
4. Mengali lapan benih pisang lm dan siap tanam.
5. Siap tanam 60 pokok db.

Pemerhatian pada 25 & 26/2/17
1. Sudah boleh tinjau pokok di sebelah ulu rumah. Boleh cici rumput yang memanjat. Suruh pekerja tebas lagi.
2. Masih banyak pokok db yang dibelit akar.
3. Terdapat beberapa ekor kambing masuk kebun ikut pintu hadapan.
4. Ada bau busuk tepi pagar belah hilir, mungkin ada yang jadi mangsa.
5. Rumput liar cepat sangat biak, menyurung dan memanjat.

Buah ini dibuang dari pokok sebelum masak sebab kulitnya cedera teruk. Kalau biarkan masak pasti buruk. Kecederaan kulit merebak ke dalam.

Bila dibelah dua beginilah rupanya. Bahagian bawah sudah buruk.

Bila dihiris, masih ada bahagian yang elok. Serangan belum menyeluruh.

Dihiris, dibasuh dan digaul dengan tepung. Tambah sedikit garam.

Jadi hidangan minum petang bersama kopi. Enak sungguh rasanya. 

134 anak pisang lemak manis telah tumbuh. 

Arahan kepada pekerja.
1. Bersihkan pagar dari rumput tebal yg memanjat.
2. Potong rumput ikut lorong.
3. Gali tiga lubang utk pasang tiang.

Penutup bulan Februari;
Tujuh anak pokok pisang lemak manis telah digali bersedia untuk dipindahkan ke kebun.

Thursday, July 7, 2016

Kebun Kg Lompat Julai 2016

Syukur alhamdulillah usaha dua tahun setengah sudah mula berhasil. Hari ini 2/7/16. Petik 32kg terus diborong pada hari yang sama.

Hasil kali pertama.

Mengapa buah menjadi ketot?
1. Kurang air
2. Kurang baja yang sesuai.

Mengapa buah menjadi tempat semut berhimpun?
Mengapa buah ada yang buruk?


Hari ini 9/7/16, saya berjaya memetik lagi.
Hasil kali kedua.

Buah yang ketot biasanya kurang mendapat sambutan pembeli. Saya ambil langkah memetiknya sewaktu berusia 10 minggu, tidak perlu tunggu masak. Saya kupas, wah isinya putih mengkal. Bijinya sudah hitam.


Saya hiris isi nipis 2cm. Lepas itu saya celup dalam tepung. Seterusnya goreng. Jadi seperti pisang goreng. Bila masuk dalam mulut terasa sangat enak. Manis ada, lemak ada. Semua ahli keluarga saya kata enak.

Ada potensi untuk memasarkan isi buah durian belanda yang dikupas. Namun begitu saya perlu banyakkan promosi.

Target bulan Julai 2016
1. Siap pasang pagar tanah 4.5 ekar
2. Pasang wayer ke kebun belakang
3. Gali perigi.
4. Pasang pam sedut air.
5. Pelau 4 ekar.
6. Tanam 100 pokok db di kebun depan. Telah tanam 20 pokok.
7. Semai 600 benih betik. Telah beri benih.
8. Beri benih db kira2 100 ulas untuk disemai. Telah semai.
9. Beri baja kepada pokok db yang berbuah. Siap tabur.

Banyak pokok yang begini, semak di pangkal pokok. Banyak memakan baja. Saya beritahu Bakti pada 13/7/16 melalui telefon agar menghapuskan semua semak di pangkal pokok. Kebanyakan semak pangkal pokok telah dibersihkan.

14/7/16, waktu senja sempat menanam 12 pokok Air Mata Pengantin. Kami siapkan dalam masa 10 minit sahaja. Pokok ini perlu disiram kerana masih kecil. Telah hubungi Bakti untuk tugas menyiram. Mahu tanam 20 pokok lagi sabtu ini di tiga kawasan lain.


Pokok IMP ini hidup subur. Satu pemandangan yang cantik di tepi jalan Lepar Utara. Menjadi kesukaan lebah dan kelulut hinggap menyedut madu. Saya mahu pemandangan begini di kebun saya.

16/7/16. Berjaya tanam 21 anak pokok AMP. Mahu tanam 40 pokok AMP di dua kawasan baru.

Buah yang baru dipetik hingga hari ini kira-kira 90kg. Pendapatan dari jualan bulan ini hingga kini rm1080. Syukur alhamdulilah. Pasaran sudah sampai ke Jerantut.
Kerja baru ialah mencari pasaran.

Didapati beberapa batang pokok condong. Telah suruh Bakti pasang penyokong untuk tegakkan semula.



Tengok gambar di bawah. 
Kelihatan tompok hitam dan debu putih.

Buah ini berusia 8 minggu. Lima minggu lagi untuk masak. Adakah dia boleh masak ? Jawabnya amat sukar. Ia diserang oleh serangga. Kini tompok hitam menyerang bahagian kulit. Bintik putih ialah sejenis kulat yg amat cepat membiak. Jika dibiarkan akan menyalut seluruh permukaan. Buah menjadi bantut dan kerang. Bila terjadi begini tiada guna satu senpun. Lebih baik petik awal-awal lagi.

Saya berus kulitnya. Kini tompok putih telah tanggal tetapi tompok hitam tetap ada. Tompok hitam telah sebati dengan kulit. Kalau mahu hapuskan juga kena hiris dengan pisau.

24/716. Berjaya petik 12kg menjadikan 102kg semuanya. Kali ini diborong seluruhnya oleh peminat buah durian belanda dari Pekan. 

27/7/16. 7 pagi. Berjaya semai 19 ulas biji durian belanda untuk tanam di kebun.
Hari tidak sangka dapat panggilan dari pegawai pejabat veterina Maran. Beliau melawat kebun, waktu itu pekerja saya Bakti ada di sana. Beliau tertarik dengan tanaman pokok napier. Beliau beri cadangan untuk pelihara lembu kerana beliau nampak ada pokok rumput napier hidup subur. Memang perancangan saya ke arah itu. 
Hari ini pegawai itu mahu membeli semua rumput itu dan berjanji mahu menguruskan tanam semula. Saya bersetuju dengan cadangan itu.



Friday, October 16, 2015

BERJINAK DENGAN NENAS MD2. Siri 01

Saya mahu belajar menanam nenas. Saya beli benih MD2 ini sewaktu melawat Karnival Pertanian di KV Pertanian Chenor hujung bulan Septemberlalu.Nama saintifiknya ialah Ananas Cosmosus. Saya belanjakan rm50 untuk mendapatkan 25 anak pokok. Sungguh mahal, satu sulor harganya rm2. Harganya 6X lebih mahal dari benih lain seperti N36 hanya 35sen satu.


Mengapa MD2 begitu mahal?
Benih MD2 ini dubawa masuk ke Malaysia pada tahun 2008 dari Hawaii. 

18 Oktober 2015
Memantau perkembangan dan siram.

27/2/2017
Setahun lebih tidak berbicara fasal MD2 ini. Terbiar dalam semak. Nasib baik tidak mati tetapi tinggal nyawa ikan. Saya bersihkan kelilingnya dari rumput liar yang mengancam. Nasib baik ada yang cambah. Dua tandan saya belah jadi lima dan semai. Tengok apa jadi.

Ini ialah satu eksprimen. Satu anak tunas dibelah dua. Yang satu lagi dibelah tiga. Tengok apa perkembangan? 
Ada orang kata selepas tiga bulan ia akan bertunas. Kita tengok.
2/5/17, didapati tiga pucuk baru telah muncul. Kelihatan subur dan hijau. Dua lagi masih belum tahu keputusannya. 3/5/17, dua lagi ada percambahan.
Memang benar kenyataan itu. BERJAYA!!!
Selepas ini saya mahu buat eksprimen belah empat pula.

11/3/17
Cuba mengawal serangan rumput.

Kini sudah dipulihkan sebanyak 12 pokok. Pindahkan 8 perdu yang uzur dari kebun belakang. Saya mahukan kesinambungan untuk membiakkan benih MD2 tanpa membeli benih tambahan.

Sudah ada 32 anak pokok MD2 ditanam di halaman pondok. 14 anak MD2 masih dalam polybag.


4/5/17
Saya buat eksprimen yang kedua. Kini saya belah lapan satu perdu yang subur. Saya semai dalam polybag. Saya sembur racun kulat pada bahagian yang dipotong. Beri serbuk penggalak akar. Siram. Kita tengok apa yang akan kesudahannya. Kita akan dapat tahu selepas 60 hari. Sabar menunggu.

Percubaan keempat. Satu anak pokok MD2 dipecah empat.


Rekod
1. Satu umbi .... dipecah 2 ..... berjaya
2. Satu umbi ....dipecah 3  ..... berjaya
3. Satu umbi ... dipecah 8 ...sudah tumbuh 5
4. Satu umbi ... dipecah 4 ....????
5. Satu umbi .... dipecah 10...????
6. Satj umbi.... dipecah 16 .... ????

Tiga bulan lagi akan diketahui hasilnya.


Yang ini sudah besar.... saya pecahkan kepada 16.

Memeranjatkan.
Dua anak nenas yang hidup hasil semaian pada 27/2/17 telah dipindah dalam polibag didapati bercambah lagi.
Anak yang satu lagi juga nampak ada tunas baru.

Bermula dari 2 umbi kini sudah jadi 8 anak.

24/9/17
Sudah tanam anak benih ke kebun sebanyak 50 pokok.

29/3/18
1. Dapat ilmu hari ini. Kalau nak sembur hormon kpd pokok nanas... tunggu 5.30 petang baru boleh sembur hormon ke pokok db. Sebelah pagi tidak lewat dari 9.30 pagi. Pada selang masa menyembur hormon ke pokok db. Pada ketika ini stomata terbuka. Hormon boleh meresap masuk ke dalam daun.
2. Beli 200 sulor nanas MD2. Bayar rm240. Sehari kemusian rendam dalam racun kulat.

7/4/2018
Dua pokok telah berputik.

9/7/18
Dua biji buah telah besar. Terdapat 3 sulor yang subur. Saya petik sulor untuk ditanam. Sulor dipetik sebelum buahnya masak. Ada orang kata tunggul nanas itu tanti akan mengeluarkan sulor lagi.

Thursday, September 24, 2015

Buluh Lemang 01

Penyeri juadah hari raya ialah lemang. Bila sebut lemang mesti dikaitkan dengan buluh. Sekarang bukan main susah untuk mencari buluh lemang. Kena meresap dalam hutan. Tidak hairanlah harga setekung buluh lemang kosong rm1.50. Sekali fikir memang mahal. Tetapi kalau lihat susahnya pencari menetak dan memikul keluar memang berbaloi. Makin lama makin susah untuk mencari buluh lemang. Lima tahun lagi?

Setahun yang lalu saya menyemai umbi dan tunggul pokok buluh untuk buluh lemang. Saya upah Harun Basir dan Sani menggali dari perdu buluh di kampung Paya Ladang dan kampung Lompat.

Benih disemai dalam polibag. Banyak yang cambah. Tidak disangka semuanya tenggelam banjir hujung tahun 2014 yang lalu. Belanja yang dikeluarkan hampir rm700 hangus.

"Aku tidak putus asa."

Hujung Ogos 2015 yang lalu saya mencuba lagi. Kali ini saya suruh adik saya mencari benih buluh. Sai suruh kawan dia di Purun menggali di pinggir hutan simpan Bera. Saya dapat 50 perdu. Kosnya rm350.

Kini 50 polibag diletak bawah pokok jambu belakang rumah Kuantan. 
Saya menyiram lat hari. Berharap akan cambah.


Eempat telah bertunas. Kejayaan kini 8%.
2/10.... Tujuh telah bertunas. 14%.
3/10.... Lapan telah bertunas. 16%.
4/10.... Sembilan telah bertunas. 18%.

Beberapa bulan kemudian semua mati. Gagal lahi.
Projek 2014 ..... gagal
Projek 2015 ..... gagal juga.

Belum serik. Kini tahun 2016 saya dapat 20 benih buluh lemang yang telah cambah.


Gagal 2X tidak bermakna gagal selamanya. 

Tanggal 7 November 2016, sempena hari jadi saya,  berjaya menanam 20 pokok buluh lemang di lembah yang subur.


Pada 18/2/17 berjaya tanam 9 pokok buluh lemang di teres paling bawah kebun hadapan. Kawasan ini ditenggelami air banjir pada akhir tahun 2016 yang lalu. Perlu kerap beri baja dan siram agar lonjakannya melebihi lima kaki hingga akhir tahun ini. Hingga kini saya berjaya menanam 29 pokok semuanya.
Perlu jagaan rapi. Lengkapkan penutup plastik, baja yang cukup dan siraman berkala.

2/3/17.
Order benih buluh lemang 40 sulor daripada Majid Indon. Jumpa Majid di kedai Pak Arih kg Sentosa. Benih buluh banyak dalam ladang felcra kg Sentosa. 
Majid kata dia mahu cari hari minggu ini.

4/8/17
Memeriksa buluh yg ditanam pada 18/2/17 yg lalu. Daripada 9 hanya 8 yg hidup. Kebanyakannya subur. Perlu dipecah dua. Yang dicabut itu perlu dicambah dalam polibag. Langkah ini sebagai mengurangkan risiko banjir. Sekurang-kurangnya separuh boleh diselamatkan.

12/8/17
Memeriksa pokok yang ditanam pada 7/11/16. Banyak yang subur. Perlu buat rancangan pemecahan. Telah cuba buat satu hari ini. Beritahu Amir agar meneruskan rancangan pemecahan ini.

7/9/17
Cabut lapan perdu yang tanam pada 18/2/17. Saya mahu cuba perbanyakkan dengan cara memisahkan anak buluh kepada 6 atau 7 dari satu perdu. Saya dapat 50 polibag. 

4/10/17
35 telah mengeluarkan pucuk atau daun baru, bermakna akarnya hidup. 15 lagi masih kelihatan hijau. Telah beri baja kepada 37 itu.
6/10/17
41 telah cambah. 82%

4/10..... 50......37
6/10..... 50......41
10/10..... 50.....43
04/11.....50.....46

15/10/17
Tanam semula di kebun agar percambahan lebih pantas. Telah berjaya menanam 21 pokok.
31/10/17
Berjaya tanam 36 pokok.
Tetapi sayang kena racun oleh pekerja kontrak.
21/1/18
Nasib baik 28 pokok masih hidup nyawa ikan, sudah cuci pangkalnya dan beri baja penggalak akar+baja 15-15-15

Kini Didember 2020. Ada yang subur... perlu beri baja.