nuff

Showing posts with label khasiat durian belanda. Show all posts
Showing posts with label khasiat durian belanda. Show all posts

Sunday, February 5, 2017

Kebun Kampung Lompat 02 2017

Bulan Februari.

5/2/17
Baru boleh masuk kebun belakang. Rupanya ada  bahagian hujung tanah yang tenggelam banjir. Dua baris tenggelam. Nampaknya kelapa tidak terjejas tetapi durian belanda satu baris 10 pokok lapus dan kelihatan telah layu.

Hampir satu bulan tidak jenguk kebun belakang. Pokok kelapa dan durian belanda kelihatan subur tetapi hampir lapus dipanjat oleh ulan dan rumput.

Pagi ini saya bersama Amir potong rumlut keliling kelapa dan db itu. Amir gunakan mesin galas. Hingga tengah hari siap dua baris. Saya mahu dia teruskan pagi esok. Hingga 7/2 sudah enam baris diselesaikan.

Saya lihat semakin banyak pokok db yang telah berbuah. Saya jumpa sebiji yang masak di pokok tetapi bahagian hujung telah terkobek, mungkin telah dikerjakan oleh burung atau tupai.

Saya nampak pokok db sudah mula tewas. Pucuknya dibelit rumput memanjat. Hingga pucuk tunduk. Saya cuba rentak tetapi liat. Saya cantas gunakan pisau, baru putus.

Hari ini saya masuk kebun mulai jam 8.30pagi. Saya mencuci pangkal pokok db dan kelapa yang telah dicuci oleh Amir. Selepas itu saya berjalan memeriksa satu demi satu anak pokok pisang yang baru cambah. Terkejut besar melihat anak pokok pisang yang baru cambah habis dipatah dan disiat oleh kera. Tiada belas kasihan. Apa tindakan yang paling berkesan untuk menghalang keganasan kera?

Didapati sebaris pokok db mati tenggelam banjir. Jumlah pokok db kecil yang mati sebanyak 27 pokok.


Sempat melawat pada waktu malam.
Lapan baris telah dibersihkan. Perlu beri baja dalam masa terdekat.


11/2/2017
Seronok dapat pergi kebun.
1. Tanam dua pokok pisang lemak manis ✔
2. Membaja kelapa & db yg telah diterangkan.✔
3. Membersihkan 20 pokok limau kasturi dari ulan dan beri baja.✔
4. Tabur pencegah musuh pada anak pisang yang baru tumbuh.✔
5. Periksa tempat kena banjir. Tentukan secara tepat bilangan pokok yang mati lemas.
6. Periksa pokok durian belanda.✔

Didapati banyak buah yang buruk.Dianggarkan lebih separuh kulitnya lebam dan buruk. Apakah langkah pencegahannya. 

Pokok limau kasturi ini diserang rumput memanjat. Tidak jelas pokok itu.
Lima minit kemudian baru kelihatan pokok limau kasturi tetapi tidak subur. Tanaman sampingan. 

Pokok betik yang ditanam enam bulan lalu sudah berputik. Tanaman kontan jangka sederhana... 3 tahun.

Tanda tidak subur... buah sedikit dan bergerutu. Perlu diterangkan dan baja.

Kelihatan beberapa batang pokok kekuningan. Apa sebab?


Dua plastik buah db yang berjaya dipetik petang ini 12/2/17.

Yang ini tidak boleh dibiarkan hingga masak dipokok sebab kulitnya lebam dab ada bertompok hitam. Yang lebam dan berbintik akan menyebabkab buah jadi buruk apabila sampai tempoh masak.


Saya ambil sebiji buah yang ada tompok hitam. Buah ini sudah berusia 10 minggu. Biasanya masak bila umurnya 13 minggu. Saya belah dan perhatikan kualiti isinya. Memang ada bahagian yang cedera. Terdapat tompok hitam yang bersambung dengan bahagian dalam kulit yang ada tompok hitam.Bila dihiris masih terdapat bahagian yang elok. Terdalat juga 6 ulas biji yang hitam( dalam bekas merah). Walaupun kelihatan tidak berguna, rupanya masih ada bahagian yang boleh digunakan.


Tindakan pantas jam 6ptg, gali dan hantar ke kebun sampai jam 8.10mlm. Berjaya gali 16 perdu.Telah siap tanam.✔


Jika kulitnya bertompok hitam maka isinya akan cedera juga. Oleh itu jika buah kelihatan bertompok jangan simpan. Petik dan buang sejak umur satu bulan lagi.Jangan biarkan dia membesar dalam keadaan cedera, merugikan baja, menyebabkan buah lain kekurangan baja serta merebaknya penyakit.

Cabaran terkini;
1. Buah durian belanda buruk
2. Anak pokok pisang dimusnahkan oleh kera.
3. Pagar kebun depan tidak kukuh, sering diceroboh musuh.
4. Baja asli di belakang masih banyak tidak dipindahkan kpd pokok.

Terdapat tujuh pokok durian belanda daunnya kuning, tidak subur. Perlu rawatan segera. Sembur racun kulat pada pangkal pokok.

Tugas pada 18/2/17
1. Tanam anak pisang lemak manis 20 pokok.✔
2. Bersihkan pokok limau kasturi 10 pokok. Siap 6. Sudah siap pada w5/2/17.✔
3. Rawat tujuh pokok db yg kuning.✔
4. Bubun db yg mati dan tanam yg baru anak db di kebun belakang. .... 40 pokok.Tunda esok.Siap pada 25/2/17.✔
5. Tanam pokok nenas MD2. ... 6 pokok.✔. Tambahan, akan pasang plastik hitam untuk tutup permukaan tanah. Sebelum itu letakkan baja di keliling pokok MD2 itu. Siap.✔
6. Bersihkan MD2 di kebun belakang.✔
7. Bersihkan pokok db kecil 20 pokok.✔

Dapatan hari ini untuk tindakan 25 & 26/2.
1. Banyak pokok kelapa & db berada dalam semak di kebun belakang hilir.
2. Masih ada beberapa batang kelapa yg mati.
3. Kebanyakan anak pisang dimusnahkan. Sebelum ini tabur furadan tetapi tidak berkesan. Kini saya cuba belacan pula. Belacan diketulkan baya ibu jari diletakkan celah pelepah. Tengok apa kesannya.✅ Nampak ada kesan positif. ✔
4. Nampak kesan penceroboh... tapak kaki. Perlu periksa pagar hadapan. 🎯🎯🎯🎯🎯
5. Sebahagian pagar belakang belum diracun. Telah beritahu pekerja. Mesti round pusing pagar minggu hadapan.🎯🎯🎯🎯 Pekerja sedang berusaha mencucinya tetapi belum siap.✅
6. Bunga AMP telah subur memanjat pokok db.✅ Telah alihkan ke tepi. Perlu diulangi lagi.
7. Masih banyak pokok limau kasturi dipanjat oleh rumput junjung terutama yang berada antara pondok dan kebun getah.  Sedang dipulihkan tetapi masih belum siap. ✅🎯🎯🎯
8. Banyak pokok db hadapan berada dalam semak.
9. Pokok AMP dalam semak. ✔ Telah bersihkan.
10. Banyak pokok liar spt pisang hutan, pokok getah dan pokok xxxx. Perlu dihapuskan segera. Target hapuskan 50 pokok pada 25&26/2.🎯🎯🎯🎯
11. Rumput liar sudah mula merebak. Perlu diracun tetapi biarkan rumput kacang penutup bumi.🎯🎯🎯
12. Banyak kebocoran paip air, banyak pembaziran air. Perlu ubah kedudukan tangki air supaya hampir dengan jalan. Perlu tangki yg lebih besar. Telah beli dua tangki 600 galen. Akan pasang mulai 26/2/17. ✅🎯🎯🎯🎯🎯
12.  Ada kelapa rosak pertumbuhannya terutama yg berada di lereng bukit hadapan.🎯🎯🎯🎯

Kelapa sebelah pokok db kelihatan tewas. Kena alih pokok kelapa.

Tugas pada 19/2/17
1. Beli belacan dan letak pada anak pisang lm.✔
2. Beli polybag sedang.... satu kg.✔
3. Semai 13 anak benih nenas MD2.✅✔
4. Buang rumput pada MD2 dan baja.✔
5. Tanam 40 pokok db di kebun belakang. Tangguh. Siap✔
6. Beri baja kepada pokok db kebun belakang puncak bukit. Ditangguhkan.
7. Bersihkan kelapa pandan dlm semak di kebun belakang. Suruh Amir teruskan.✅
8. Periksa kebun hadapan bhg dkt pokok getah.✔
9. Bersihkan EMPAT pokok limau kasturi.✔
10. Potong rumput keliling pondok.✔
11. Bersihkan perdu AMP daripada rumput liar.✔


Pangkal pokok kelihatan hitam. Amir sembur racun kulat di bahagian yang cedera itu. Perlu buat pemantauan yg kerap untuk lihat perkembangan.


Ada beberapa pokok db yang dipanjat oleh rumput penutup bumi hingga ke pucuk.Rumput ini tidak boleh dibiarkan memanjat. Ia akan memanjat hingga ke puncak menyebabkan dahan dan pucuk db terkulai dihempap oleh daun dan batangnya yang subur. Batang pokok db dibelit erat oleh akarnya. Jika dibiarkan pokok db akan lemas. Sempat bersihkan dua pokok. Ada lagi yang tidak sempat diselesaikan.

Teres bawah sekali yg tenggelam banjir ditanam semula dengan 9 pokok buluh lemang, jenis buluh telor. Perlu diberi baja dan siram agar ia cepat melonjak. Perlu melonjak hingga dua meter hingga hujung tahun untuk menjamin tidak lemas jika banjir melanda lagi. Namun begitu kejadian banjir tidak dapat dijangka. Yang penting jangan berhenti dari berusaha. Selepas itu baru serah kepada ketentuan Allah swt.

25/2/17 & 26/2/17

1. Berjaya melepaskan pokok kelapa ini dari semak samun.
2. Berjaya membersihkan enam pokok limau kasturi drp rumput yg memanjat.
3. Memeriksa pertumbuhan pisang. Terdapat 134 pertumbuhan.
4. Mengali lapan benih pisang lm dan siap tanam.
5. Siap tanam 60 pokok db.

Pemerhatian pada 25 & 26/2/17
1. Sudah boleh tinjau pokok di sebelah ulu rumah. Boleh cici rumput yang memanjat. Suruh pekerja tebas lagi.
2. Masih banyak pokok db yang dibelit akar.
3. Terdapat beberapa ekor kambing masuk kebun ikut pintu hadapan.
4. Ada bau busuk tepi pagar belah hilir, mungkin ada yang jadi mangsa.
5. Rumput liar cepat sangat biak, menyurung dan memanjat.

Buah ini dibuang dari pokok sebelum masak sebab kulitnya cedera teruk. Kalau biarkan masak pasti buruk. Kecederaan kulit merebak ke dalam.

Bila dibelah dua beginilah rupanya. Bahagian bawah sudah buruk.

Bila dihiris, masih ada bahagian yang elok. Serangan belum menyeluruh.

Dihiris, dibasuh dan digaul dengan tepung. Tambah sedikit garam.

Jadi hidangan minum petang bersama kopi. Enak sungguh rasanya. 

134 anak pisang lemak manis telah tumbuh. 

Arahan kepada pekerja.
1. Bersihkan pagar dari rumput tebal yg memanjat.
2. Potong rumput ikut lorong.
3. Gali tiga lubang utk pasang tiang.

Penutup bulan Februari;
Tujuh anak pokok pisang lemak manis telah digali bersedia untuk dipindahkan ke kebun.

Saturday, August 16, 2014

KESINAMBUNGAN HIDUP KETURUNANKU

Setiap hari aku dijenguk. Kadang-kadang tuanku mengambil gambar aku.

Kini warna kulit aku berubah sedikit iaitu hijau kekuningan. Duri aku semakin tumpul. Itulah tanda usia aku telah matang.
Satu hari tuanku berjalan menghampiri aku. Tangannya memegang sebilah pisau. Tiba-tiba tangkai aku dipotongnya. 
Kini aktu terpisah dengan pokok induk ini. Aduh sakitnya tangkai dipotong
Kini aku diletakkan di dalam pinggan bersama bunga kantan. Aduh wanginya bau bunga kantan ini.
Selepas beberapa hari berihat di sini, badanku jadi lembut. Bau harumku makin kuat. Ini bermakna telah sampai masa aku dikorbankan. Aku rela berkhidmat untuk tuanku. Belahlah aku dan makanlah aku.
Namun begitu aku berpesan... jangan dibuang biji aku ini. Simpan seketika dan kemudian semailah agar tuan dapat lebih banyak pokok dan dapat banyak hasil.

Saya menikmai buah durian belanda ini.... sungguh enak. Banyak khasiatnya. Disamping itu saya perolehi 38 ulas biji durian belanda ini. Saya letakkan beberapa hari di dalam peti sejuk. Selepad dua minggu... saya semai dalm polybag. Hampir tiaip-tiap hari saya siram dan jenguk. Saya rasa tidak sabar hendak melihat buji bercambah.
Selepas sebulan masih tiada apa perubahan.
Ah akhirnya saya giveup... "Memang tak mahu tumbuh. Sambang agaknya."

Hapir dua bulan polybag itu terlepek di situ. Dia hanya mendapat sir tepias sraman ke pokok durian belanda di sebelahnya. Ada ketikanya dapat air hujan.

Dua hari lalu tergerak hati mernung ke arah polybag terbiar itu.
Saya terkejut besar ternampak pucuk kurus melonjak ...ada sembilan semuanya. 
Selepas membelek beberapa minit.... rupanya yang tumbuh itu ialah Durian Belanda.


Baru saya tahu percambahan biji durian belanda mengambil masa dua bulan. Berbanding seminggu bagi benih labu. 
Oh saya dapat ilmu yang berfaedah.

Perlu ada kesabaran menunggu sesuatu proses itu. Biji durian belanda yang keras itu mengambil masa yang lama untuk membelah. Barangkali direndam dulu beberapa hari di dalam air?

Saya dapati anak pokok yang muncul ada 10 semuanya. Saya percaya ada lagi percambahan baru. Saya nampak ada tompok tanah yang halus di permukaan tanah dalam polybag. Tanah yang halus itu seolah-olah telah dikisar. Saya agak ada gas dibebaskan dari dalam tanah. Saya korek beberapa cm ke dalam tanah. Sah didapati biji durian belanda telahpun cambah. Saya terus menutup semula. Saya percaya beberapa hari lagi akan muncul percambahan yang kesebelas.

Dua ini ada potensi akan cambah. Sudah nampak batang cambah membengkok di permukaan tanah.

Dah muncul yang kesebelas.


3 September 2014
Sudah ada 13 yang sudah menyurung. Ada 5 yang telah cambah.


Ini pula polibag di kebun. Juga tidak disangka  ada yang cambah. Setakat ini sudah ada 15 ysng telah menghijau daunnya.

Untuk memudahkan pengawasan... anak pokok ini sebanyak 42 polybag dihimpunkan bawah pokok mangga belakang rumah. Mudah menyiram dan membaja.

11 Oktober 2014
Bilangan polybag bertambah menjadi 47 semuanya.


Saya akan memilih empat pokok untuk ditanam di kebun minggu ini.



Sebenarnya kau masih kecil untuk dilepaskan hidup dikebun ini. Tidak mengapa.... aku letakkan pelindung agar kau tidak terasa panas.



7 November 2014.
Baru saya tahu lamanya masa untuk membesarkan anak pokok. Hingga kini umurnya telah lebih lima bulan sejak mula disemai.

Hari ini 3 Disember 2014... enam pokok telahku tanam di kebun. Semakin meluas sebaran keturunanmu.

Hingga kini lebih dari 20 pokok telah ditanam di kebun. Dari sebatang pokok yang ditanam setahun setengah yang lalu telah berbuah dan memberi generasi kedua. Sewaktu ditanam dulu pokok ini telah mencapai ketinggian tiga kaki lebih. Pada kiraan saya, umurnya ketika itu telah melewati dua tahun. Maknanya umur  pokok durian belanda DB1 sudah berusia tiga tahun setengah.

5 April 2015
Usia lapan bulan


Ada yang telah melebihi satu kaki tinggi.

1 Mei 2015
Pokok durian belanda induk ini berbuah lagi. Usia buah ini lebih 10 minggu. Mengikut kebiasaan buah masak bila berusia 13 minggu. Kulitnya belum tegang betul dan warnanya madih hijau.

Friday, June 13, 2014

Pulang Ke Desaku

Aku dilahirkan di rumah nenek Kampung Lompat, Pesagi, Chenor. Emak dan ayah membesarkan aku di situ hingga remaja. Saudara maraku juga membantu hingga aku rasa rumah nenek adalah rumahku juga.
Sewaktu belajar di universiti.... aku mencari wang belanja dengan cara menoreh getah. Keluargaku hanya ada kebun getah sekangkang kera.... padan utk ayah sahaja. Maka aku terpaksa menoreh getah engah Deris yang di sebelah rumah nenek. Setiap kali aku menoreh emak membantu aku memesin untuk menjadi getah keping.

Itu cerita puluhan tahun lalu... sudah lebih 40 tahun. Rumah nenek telah menyembah bumi. Aku masih ingat.... di belakang rumah nenek ada kubang.

Kebun getah engah Deris dah naik hutan. Engah Deris telah kembali kerahmatullah dan anak2nya semua menetap di bandar. Mereka mahu menjual tanah pesaka itu.

Tapak rumah nenek dan kebun getah sangat mendalam nostalgianya. Aku tidak mahu tempat yang banyak jasa kepada aku kelihatan lesu. Aku juga tidak mahu tapak aku menoreh getah untuk cari belanja sekolah lepas ke tangan orang lain.

Aku memberanikan diri. Aku beli tanah arwah bapa saudaraku. Aku minta kebenaran bapa saudaraku apak Kadir untuk membangunkan tanah tapak rumah nenek itu.

Kini aku baru melangkah satu perjalanan yang jauh lagi mencabar. Ramai yang tidak setuju dengan rancangan ini. Ada juga orang yang dekat denganku buat tidak indah sahaja.

Cita-cita aku besar. Aku tidak mahu cerita tetapi mahu berusaha. Setelah aku berjaya usahakan.... baru cerita dan paparkan gambar.

Mulanya Ah Kong membersihkan tanah ini. Dia gunakan eskevetor. Wang habis rm13000 tetapi kerja tidak berkualiti. Lepas itu Arifin Batu Kunta pula bawa masuk buldozer, barulah terang dan ada teres. Rm12000 lagi terbang. 
Eskevetor sedang mengorek longkang sempadan paya. Sempadan itu akan membentuk ban sebagai benteng yang melancarkan pengaliran air yang berlebihan sewaktu hujan lebat.


Hari ini aku bawa masuk 45 pokok Durian Belanda yang aku beli rm25 sepokok tiga bulan lalu. Dahan pokok sudah ada tiga peringkat. Ikut rancangannya esok dua orang tukang tanam. Saya harap program esok berjalan lancar.
Hingga 23 Jun 2014.... 60 pokok anak durian belanda telah berjaya ditanam. Kini musim panas... saya ambil tindakan menyiramnya.

Hingga kini projek ini telah menelan belanja yang besar. Beli tanah rm140,000.00. Bersih belukar, bakar, buat teres, buat longkang hingga kini rm25,000.00. Beli benih durian belanda 315 pokok rm4900.00. Beli calvet dan polipipe rm3000.00. Belanja pengurusan termasuk upah rm1500.00.  Jimlah wang yg dilaborkan telah melebihi rm189,000.00
Dari mana datangnya wang yang banyak itu?
aduh..... guna pinjaman bank... kena bayar rm2300 sebulan selama 10 tahun. Oh saya mesti berjuang hingga berjaya.
 
Kini aku bergelut mengusahakan bekalan air supaya sampai ke atas bukit. Usaha memasang polypaip hingga ke puncak telah siap tetapi air hanya sampai separuh jalan sahaja. Sekarang musim panas berlebihan, kesan Al-Nino. Kini ada 250 pokok durian belanda yang telah siap ditanam. Aku bimbang tanah yang kering akan menjejaskan pertumbuhan pokok db itu. Nasib baiklah malam semalam hujan lebat. Kerja membekal air mesti diteruskan hingga selesai.
Nasib baiklah dua hari ini hujan lebat... maka legalah sementara masalah bekalan air ini.


=================
JULAI 2014

2 Julai 2014. Saya dibantu anak bongsu, Ami menghantar 105 pokok anak db untuk ditanam esok. Jika usaha ini berjaya maka jumlah pokok db mencecah 355 pokok. Harap-harap akan menjadi kenyataan.

5 Julai 2014. Saya melawat kebun. 355 pokok DB telah berjaya ditanam. Masih ada ruang untuk 100 pokok lagi.
Saya juga menamam lada dan keledek.
Saya betul-betil berhajat hendak menanam 400 pokok kelapa mataq dan 500 pokok durian belanda. Semuanya 900 pokok. Peratus kemajuan hingga kini ialah 350/900 atau 38.9%.

A
6 Julai 2014.
Saya masuk kebun. Saya tanam 20 lubang lada kecil, dua baris labu dan 10 lubang keledek. Ini adalah tanaman kontan jangka pendek sahaja. 
7 Julai 2014.
Saya masuk kebun awal pagi selepas subuh. Saya tanam pokok keledek 10 lubang, labu 25 lubang dan semai 20 lubang lada kecil. Saya membayangkan pertumbuhan pokok akan terjejas dek kesan cuaca kering... Kesan Alnino. Nampaknya perjuangan makin hebat. Panas..... rumput dan anak pokok mula tumbuh melata.

8 Julai 2014.
Saya ambil cuti hari ini.
Inilah ketika yang paling seronok. Saya masuk kebun tanam 25 urat keledek dan 10 lubang lada kecil. Lepas itu saya siram.
Cuaca panas boleh menjejaskan pertumbuhan. Oleh itu saya beli empat tong drum penyimpan air. Malam ini saya saya akan uruskan air.


11 Julai 2014.
Saya petik beberapa ulas lada kecil yang masak merah menyala. Saya pecahkan hingga dapat biji-bijinya untuk dijadikan benih. Saya gaulkan biji lada itu dengan racun kulat. Biarkan ia kering. Esok saya akan tanam biji benih itu.


Saya membeli 110 pokok limau kasturi. Hari ini 14 Julai siap tanam. 

Hingga kini sebanyak 465 pokok kekal telah berjaya ditanam. Durian Belanda 355 pokok dan Limau Kasturi 110 pokok.

Hujung minggu ini akan sampai lagi 100 pokok DB ( tingginya sampai paras bahu saya), Limau kasturi sebanyak 40 pokok dan belimbing besi lima pokok.
16 Julai 2014
Menerima kehadiran 100 pokok Durian Belanda tingginya melepasi bahu. 40 pokok Limau Kasturi dan lima pokok Belimbing Buluh. Saya meminta Jama Sulai menanam hingga selesai.

19 Julai 2014
Berjaya menanam 100 pokok Durian Belanda yang tingginya paras bahu dan 40 pokok Limau Kasturi. Kini jumlah pokok Durian Belanda yang berjaya ditsnam ialah 455 pokok dan Limau Kasturi 150 pokok.

Saya terasa sangat panas. Cahaya matahari menyinar terang sejak jam 9 pagi. Saya lihat banyak pokok kelihatan layu. Saya mesti bertindak segera menyimnya. Sungguh mencabar.

20 Julai 2014
Berjaya menanam lima pokok belimbing buluh dan 10 batang limau nipis. Kerja dilakukan oleh Jama bin Sulai. Saya pula berjaya menanam limapuluh lubang benih labu.

21 Julai 2014
Aku memberi arahan dengan cara menghubungi  Jama melalui telefon agar meneruskan kerja menyiram. Aku hantar SMS juga untuk menegaskan arahan. Namun begitu aku tetap teringatkan tanah kebun itu. Kalau tak jenguk sehari rasa tak sah. Sungguh kuat lambaian anak pokok durian belanda,  limau kasturi, limau nipis, anak pokok getah, keledek dan labu kepada aku. Mungkin ada yang menangis kepanasan. Ada di antara mereka telah mula dibelit rumput yang menjalar. Sebenarnya aku sedang berada dalam medan perjuangan. Aku tidak boleh cuai barang sedetik pun. Aku mesti hadapi. Aku mahu pulang..... mahu jenguk mereka dan mahu basahi mereka.

Pokok limau kasturi yang baru ditanam belum sampai seminggu telah mula dipanjat oleh ulan yang menjalar dan memanjat. Serangan rumput sudahpun bermula. Rumput dan anak pokok telah mula tumbuh. Tompok-tompok koloni mereka kelihatan di sana sini dalam kebun ini.

Ada tiga masalah yang perlu diatasi segera. Pertama ialah rumput dan anak kayu yang mula tumbuh dengan garang dan semakin luas. Untuk mengatasinya saya beli racun dan minta Jama melaksanakan tugas meracun. Kerja ini telah dimulakan pada 22 Julai 2014.
Kedua ialah tebing sempadan dengan paya sering runtuh apabila hujan lebat. Ini menyebabkan benteng tanah menjadi semakin rendah. Ini memudahkan musuh merangkak masuk ke kebun. Untuk mengatasi masalah itu saya terfikir mahu membuat longkang yang diluar paya sebelah hulu. Longkang yang dicadang itu melalui tanah Intan Apak Din yang menganjur bentuk tanjung. Apabila dibena longkang tanah Intan seluas satu ekar itu akan terkepung. Saya berjumpa Intan untuk menyatakan hasrat membina longkang serta mahu memajukan tanah yang terkepung itu. Saya pergi berunding dengan Intan. Saya nyatakan sebenar yang sebenarnya. Nampaknya Intan faham maka dengan itu beliau membenarkan cadangan mengorek lòngkang dan menggunakan tanah itu. Keuntungan dari tanah itu akan dibahagikan secara sama rata. Saya kira ini adalah "win-win situation". Oleh yang demikian.... tanggal 23 Julai jentolak masuk membersihkan tanjung tersebut.
Masalah ketiga tidaklah berat sangat. Dahan pokok dan sisa yang tidak habis dibakar masih bertaburan. Saya melonggokkan sendiri untuk dihapuskan.



29 Julai 2014
Aku bersikap degil terhadap kebun ini. Jam 6.40pagi aku memandu hilux menuju ke kebun. Jam 7.15pagi aku sudah masuk dalam kebun. Aku memeriksa dua baris pokok DB... aduh ada antaranya daunnya kelihatan layu. Ini disebabkan kekurangan air maklumlah kini musim panas dan ada kesan alnino. Tanpa lengah aku menyiramnya. Dalam masa dua jam aku berjaya menyiram 115 pokok. 
Ada juga pokok telah mula dibelit oleh ulan, pokok menjalar yang ganas. Pertumbuhannya sangat pantas. Sesungutnya membelit kemas pada batang pokok. Aku perlu menghapuskan parasait ini. Aku cari dimana pangkal perdu ulan itu. Aku cabut pangkalnya.

Tempoh dua minggu sahaja sudah cukup untuk mengepung anak pokok DB. Bayangkan jika empat minggu? Saya percaya DB akan lemas.

Setelah dicabut ulan yang menjalar, barulah nampak wajah anak DB itu. Kedaannya menyedihkan. Banyak daunnya telah gugur.


30 Julai 2014
Syukur alhamdullilah.... malam semalam pokok dalam kebun ini disiram air dari atas. Untuk tiga hari ini aku tidak risau fasal menyiram. Pagi ini aku menanam kangkung dan keladi di lembah yang berair. Dalam pada menanam tanaman jangka panjang, mahu juga bawa buah tangan bila pulang dari kebun ini untuk beberapa bulan yang akan datang ini.

Cabaran semakin hebat. Rumput dan anak pokok sudah mula melata. Rumput jalar sudah mula membelit anak pokok durian belanda. Ulat terbang warna merah menyerang pokok labu yang baru tumbuh. Habis daun dimakannya... gondol. Longkang dekat batang paip air JBA agak rendah... mudah diceroboh oleh kambing. Masih ada saki baki pokok yg ditebang tidak hangus sepenuhnya. Puntung kayu dan akar yang mati masih bergelempangan. Pintu pagar perlu dibina baru. Kerja menggali parit dan membina ban merentas paya belum siap. 
Pokok kelapa masih belum ada.
Bulan Ogos adalah masa bertindak mengatasi semua kelemahan dan masalah.
 Masuk kebun mesti sebelum 7.15 pagi.

6 6 Ogos 2014
Bulan ini fokuskan kepada menanam pokok kelapa dan buluh madu. 50 pokok kelapa mataq sudah sampai hari ini. Beli dari nusery di Jerantut. 
7 Ogos 2014
70 pokok kelapa dan 150 anak pokok durian belanda sampai ke kebun ini dari Seremban.
Langkah aku ingin mengajak pemilik tanah ikut serta memajukan tanah terbiar milik mereka. Jika mereka tiada masa atau tidak berupaya... aku beri keyakinan kepada mereka bahawa aku sanggup memajukannya. Keuntungannya kelak akan dibahagi sama banyak. Nampaknya Intan bersetuju saya memajukan tanahnya yang disebelah hulu tanah saya. Saya telah mula membersihnya.

Pagi ini 9 Ogos .... saya menerima 180 snak pokok buluh madu. Saya telah tanam 15 pokok.

Hingga kini sudah melepasi satu tahun aku menjayakan tanah ini. Sebelas ekar adalah milikku dan baki duapuluh tiga ekar adalah tanah yang disewa/ mendapat kebenaran mengusaha. Tidak kurang dua kali seminggu aku datang kesini. Kini aku sedang melalui era yang penuh cabaran. Wang sentiasa keluar tetapi belum ada masuk poket. Marathon yang sangat menyeksakan.