nuff

Showing posts with label Buah durian belanda. Show all posts
Showing posts with label Buah durian belanda. Show all posts

Sunday, February 5, 2017

Kebun Kampung Lompat 02 2017

Bulan Februari.

5/2/17
Baru boleh masuk kebun belakang. Rupanya ada  bahagian hujung tanah yang tenggelam banjir. Dua baris tenggelam. Nampaknya kelapa tidak terjejas tetapi durian belanda satu baris 10 pokok lapus dan kelihatan telah layu.

Hampir satu bulan tidak jenguk kebun belakang. Pokok kelapa dan durian belanda kelihatan subur tetapi hampir lapus dipanjat oleh ulan dan rumput.

Pagi ini saya bersama Amir potong rumlut keliling kelapa dan db itu. Amir gunakan mesin galas. Hingga tengah hari siap dua baris. Saya mahu dia teruskan pagi esok. Hingga 7/2 sudah enam baris diselesaikan.

Saya lihat semakin banyak pokok db yang telah berbuah. Saya jumpa sebiji yang masak di pokok tetapi bahagian hujung telah terkobek, mungkin telah dikerjakan oleh burung atau tupai.

Saya nampak pokok db sudah mula tewas. Pucuknya dibelit rumput memanjat. Hingga pucuk tunduk. Saya cuba rentak tetapi liat. Saya cantas gunakan pisau, baru putus.

Hari ini saya masuk kebun mulai jam 8.30pagi. Saya mencuci pangkal pokok db dan kelapa yang telah dicuci oleh Amir. Selepas itu saya berjalan memeriksa satu demi satu anak pokok pisang yang baru cambah. Terkejut besar melihat anak pokok pisang yang baru cambah habis dipatah dan disiat oleh kera. Tiada belas kasihan. Apa tindakan yang paling berkesan untuk menghalang keganasan kera?

Didapati sebaris pokok db mati tenggelam banjir. Jumlah pokok db kecil yang mati sebanyak 27 pokok.


Sempat melawat pada waktu malam.
Lapan baris telah dibersihkan. Perlu beri baja dalam masa terdekat.


11/2/2017
Seronok dapat pergi kebun.
1. Tanam dua pokok pisang lemak manis ✔
2. Membaja kelapa & db yg telah diterangkan.✔
3. Membersihkan 20 pokok limau kasturi dari ulan dan beri baja.✔
4. Tabur pencegah musuh pada anak pisang yang baru tumbuh.✔
5. Periksa tempat kena banjir. Tentukan secara tepat bilangan pokok yang mati lemas.
6. Periksa pokok durian belanda.✔

Didapati banyak buah yang buruk.Dianggarkan lebih separuh kulitnya lebam dan buruk. Apakah langkah pencegahannya. 

Pokok limau kasturi ini diserang rumput memanjat. Tidak jelas pokok itu.
Lima minit kemudian baru kelihatan pokok limau kasturi tetapi tidak subur. Tanaman sampingan. 

Pokok betik yang ditanam enam bulan lalu sudah berputik. Tanaman kontan jangka sederhana... 3 tahun.

Tanda tidak subur... buah sedikit dan bergerutu. Perlu diterangkan dan baja.

Kelihatan beberapa batang pokok kekuningan. Apa sebab?


Dua plastik buah db yang berjaya dipetik petang ini 12/2/17.

Yang ini tidak boleh dibiarkan hingga masak dipokok sebab kulitnya lebam dab ada bertompok hitam. Yang lebam dan berbintik akan menyebabkab buah jadi buruk apabila sampai tempoh masak.


Saya ambil sebiji buah yang ada tompok hitam. Buah ini sudah berusia 10 minggu. Biasanya masak bila umurnya 13 minggu. Saya belah dan perhatikan kualiti isinya. Memang ada bahagian yang cedera. Terdapat tompok hitam yang bersambung dengan bahagian dalam kulit yang ada tompok hitam.Bila dihiris masih terdapat bahagian yang elok. Terdalat juga 6 ulas biji yang hitam( dalam bekas merah). Walaupun kelihatan tidak berguna, rupanya masih ada bahagian yang boleh digunakan.


Tindakan pantas jam 6ptg, gali dan hantar ke kebun sampai jam 8.10mlm. Berjaya gali 16 perdu.Telah siap tanam.✔


Jika kulitnya bertompok hitam maka isinya akan cedera juga. Oleh itu jika buah kelihatan bertompok jangan simpan. Petik dan buang sejak umur satu bulan lagi.Jangan biarkan dia membesar dalam keadaan cedera, merugikan baja, menyebabkan buah lain kekurangan baja serta merebaknya penyakit.

Cabaran terkini;
1. Buah durian belanda buruk
2. Anak pokok pisang dimusnahkan oleh kera.
3. Pagar kebun depan tidak kukuh, sering diceroboh musuh.
4. Baja asli di belakang masih banyak tidak dipindahkan kpd pokok.

Terdapat tujuh pokok durian belanda daunnya kuning, tidak subur. Perlu rawatan segera. Sembur racun kulat pada pangkal pokok.

Tugas pada 18/2/17
1. Tanam anak pisang lemak manis 20 pokok.✔
2. Bersihkan pokok limau kasturi 10 pokok. Siap 6. Sudah siap pada w5/2/17.✔
3. Rawat tujuh pokok db yg kuning.✔
4. Bubun db yg mati dan tanam yg baru anak db di kebun belakang. .... 40 pokok.Tunda esok.Siap pada 25/2/17.✔
5. Tanam pokok nenas MD2. ... 6 pokok.✔. Tambahan, akan pasang plastik hitam untuk tutup permukaan tanah. Sebelum itu letakkan baja di keliling pokok MD2 itu. Siap.✔
6. Bersihkan MD2 di kebun belakang.✔
7. Bersihkan pokok db kecil 20 pokok.✔

Dapatan hari ini untuk tindakan 25 & 26/2.
1. Banyak pokok kelapa & db berada dalam semak di kebun belakang hilir.
2. Masih ada beberapa batang kelapa yg mati.
3. Kebanyakan anak pisang dimusnahkan. Sebelum ini tabur furadan tetapi tidak berkesan. Kini saya cuba belacan pula. Belacan diketulkan baya ibu jari diletakkan celah pelepah. Tengok apa kesannya.✅ Nampak ada kesan positif. ✔
4. Nampak kesan penceroboh... tapak kaki. Perlu periksa pagar hadapan. 🎯🎯🎯🎯🎯
5. Sebahagian pagar belakang belum diracun. Telah beritahu pekerja. Mesti round pusing pagar minggu hadapan.🎯🎯🎯🎯 Pekerja sedang berusaha mencucinya tetapi belum siap.✅
6. Bunga AMP telah subur memanjat pokok db.✅ Telah alihkan ke tepi. Perlu diulangi lagi.
7. Masih banyak pokok limau kasturi dipanjat oleh rumput junjung terutama yang berada antara pondok dan kebun getah.  Sedang dipulihkan tetapi masih belum siap. ✅🎯🎯🎯
8. Banyak pokok db hadapan berada dalam semak.
9. Pokok AMP dalam semak. ✔ Telah bersihkan.
10. Banyak pokok liar spt pisang hutan, pokok getah dan pokok xxxx. Perlu dihapuskan segera. Target hapuskan 50 pokok pada 25&26/2.🎯🎯🎯🎯
11. Rumput liar sudah mula merebak. Perlu diracun tetapi biarkan rumput kacang penutup bumi.🎯🎯🎯
12. Banyak kebocoran paip air, banyak pembaziran air. Perlu ubah kedudukan tangki air supaya hampir dengan jalan. Perlu tangki yg lebih besar. Telah beli dua tangki 600 galen. Akan pasang mulai 26/2/17. ✅🎯🎯🎯🎯🎯
12.  Ada kelapa rosak pertumbuhannya terutama yg berada di lereng bukit hadapan.🎯🎯🎯🎯

Kelapa sebelah pokok db kelihatan tewas. Kena alih pokok kelapa.

Tugas pada 19/2/17
1. Beli belacan dan letak pada anak pisang lm.✔
2. Beli polybag sedang.... satu kg.✔
3. Semai 13 anak benih nenas MD2.✅✔
4. Buang rumput pada MD2 dan baja.✔
5. Tanam 40 pokok db di kebun belakang. Tangguh. Siap✔
6. Beri baja kepada pokok db kebun belakang puncak bukit. Ditangguhkan.
7. Bersihkan kelapa pandan dlm semak di kebun belakang. Suruh Amir teruskan.✅
8. Periksa kebun hadapan bhg dkt pokok getah.✔
9. Bersihkan EMPAT pokok limau kasturi.✔
10. Potong rumput keliling pondok.✔
11. Bersihkan perdu AMP daripada rumput liar.✔


Pangkal pokok kelihatan hitam. Amir sembur racun kulat di bahagian yang cedera itu. Perlu buat pemantauan yg kerap untuk lihat perkembangan.


Ada beberapa pokok db yang dipanjat oleh rumput penutup bumi hingga ke pucuk.Rumput ini tidak boleh dibiarkan memanjat. Ia akan memanjat hingga ke puncak menyebabkan dahan dan pucuk db terkulai dihempap oleh daun dan batangnya yang subur. Batang pokok db dibelit erat oleh akarnya. Jika dibiarkan pokok db akan lemas. Sempat bersihkan dua pokok. Ada lagi yang tidak sempat diselesaikan.

Teres bawah sekali yg tenggelam banjir ditanam semula dengan 9 pokok buluh lemang, jenis buluh telor. Perlu diberi baja dan siram agar ia cepat melonjak. Perlu melonjak hingga dua meter hingga hujung tahun untuk menjamin tidak lemas jika banjir melanda lagi. Namun begitu kejadian banjir tidak dapat dijangka. Yang penting jangan berhenti dari berusaha. Selepas itu baru serah kepada ketentuan Allah swt.

25/2/17 & 26/2/17

1. Berjaya melepaskan pokok kelapa ini dari semak samun.
2. Berjaya membersihkan enam pokok limau kasturi drp rumput yg memanjat.
3. Memeriksa pertumbuhan pisang. Terdapat 134 pertumbuhan.
4. Mengali lapan benih pisang lm dan siap tanam.
5. Siap tanam 60 pokok db.

Pemerhatian pada 25 & 26/2/17
1. Sudah boleh tinjau pokok di sebelah ulu rumah. Boleh cici rumput yang memanjat. Suruh pekerja tebas lagi.
2. Masih banyak pokok db yang dibelit akar.
3. Terdapat beberapa ekor kambing masuk kebun ikut pintu hadapan.
4. Ada bau busuk tepi pagar belah hilir, mungkin ada yang jadi mangsa.
5. Rumput liar cepat sangat biak, menyurung dan memanjat.

Buah ini dibuang dari pokok sebelum masak sebab kulitnya cedera teruk. Kalau biarkan masak pasti buruk. Kecederaan kulit merebak ke dalam.

Bila dibelah dua beginilah rupanya. Bahagian bawah sudah buruk.

Bila dihiris, masih ada bahagian yang elok. Serangan belum menyeluruh.

Dihiris, dibasuh dan digaul dengan tepung. Tambah sedikit garam.

Jadi hidangan minum petang bersama kopi. Enak sungguh rasanya. 

134 anak pisang lemak manis telah tumbuh. 

Arahan kepada pekerja.
1. Bersihkan pagar dari rumput tebal yg memanjat.
2. Potong rumput ikut lorong.
3. Gali tiga lubang utk pasang tiang.

Penutup bulan Februari;
Tujuh anak pokok pisang lemak manis telah digali bersedia untuk dipindahkan ke kebun.

Sunday, July 10, 2016

Buah Durian Belanda Masak Di pokok

Saya baru sedar bahawa dua biji buah db sudah terlalu masak, sudah lembek tetapi masih belum jatuh. Saya terus petik. Buah yang terlajak masak tidak boleh dimakan kerana isinya menyek dan berair. Saya belah dan periksa isinya. Didapati masih putih dan tiada buruk sedikit pun.
Saya periksa bininya, hitam dan gebu. Menandakan biji yang cukup matang. Biji beginilah yang elok disemai.

Isinya putih bersih tetapi sangat lekit menandakan sangat masak.




Thursday, July 7, 2016

Kebun Kg Lompat Julai 2016

Syukur alhamdulillah usaha dua tahun setengah sudah mula berhasil. Hari ini 2/7/16. Petik 32kg terus diborong pada hari yang sama.

Hasil kali pertama.

Mengapa buah menjadi ketot?
1. Kurang air
2. Kurang baja yang sesuai.

Mengapa buah menjadi tempat semut berhimpun?
Mengapa buah ada yang buruk?


Hari ini 9/7/16, saya berjaya memetik lagi.
Hasil kali kedua.

Buah yang ketot biasanya kurang mendapat sambutan pembeli. Saya ambil langkah memetiknya sewaktu berusia 10 minggu, tidak perlu tunggu masak. Saya kupas, wah isinya putih mengkal. Bijinya sudah hitam.


Saya hiris isi nipis 2cm. Lepas itu saya celup dalam tepung. Seterusnya goreng. Jadi seperti pisang goreng. Bila masuk dalam mulut terasa sangat enak. Manis ada, lemak ada. Semua ahli keluarga saya kata enak.

Ada potensi untuk memasarkan isi buah durian belanda yang dikupas. Namun begitu saya perlu banyakkan promosi.

Target bulan Julai 2016
1. Siap pasang pagar tanah 4.5 ekar
2. Pasang wayer ke kebun belakang
3. Gali perigi.
4. Pasang pam sedut air.
5. Pelau 4 ekar.
6. Tanam 100 pokok db di kebun depan. Telah tanam 20 pokok.
7. Semai 600 benih betik. Telah beri benih.
8. Beri benih db kira2 100 ulas untuk disemai. Telah semai.
9. Beri baja kepada pokok db yang berbuah. Siap tabur.

Banyak pokok yang begini, semak di pangkal pokok. Banyak memakan baja. Saya beritahu Bakti pada 13/7/16 melalui telefon agar menghapuskan semua semak di pangkal pokok. Kebanyakan semak pangkal pokok telah dibersihkan.

14/7/16, waktu senja sempat menanam 12 pokok Air Mata Pengantin. Kami siapkan dalam masa 10 minit sahaja. Pokok ini perlu disiram kerana masih kecil. Telah hubungi Bakti untuk tugas menyiram. Mahu tanam 20 pokok lagi sabtu ini di tiga kawasan lain.


Pokok IMP ini hidup subur. Satu pemandangan yang cantik di tepi jalan Lepar Utara. Menjadi kesukaan lebah dan kelulut hinggap menyedut madu. Saya mahu pemandangan begini di kebun saya.

16/7/16. Berjaya tanam 21 anak pokok AMP. Mahu tanam 40 pokok AMP di dua kawasan baru.

Buah yang baru dipetik hingga hari ini kira-kira 90kg. Pendapatan dari jualan bulan ini hingga kini rm1080. Syukur alhamdulilah. Pasaran sudah sampai ke Jerantut.
Kerja baru ialah mencari pasaran.

Didapati beberapa batang pokok condong. Telah suruh Bakti pasang penyokong untuk tegakkan semula.



Tengok gambar di bawah. 
Kelihatan tompok hitam dan debu putih.

Buah ini berusia 8 minggu. Lima minggu lagi untuk masak. Adakah dia boleh masak ? Jawabnya amat sukar. Ia diserang oleh serangga. Kini tompok hitam menyerang bahagian kulit. Bintik putih ialah sejenis kulat yg amat cepat membiak. Jika dibiarkan akan menyalut seluruh permukaan. Buah menjadi bantut dan kerang. Bila terjadi begini tiada guna satu senpun. Lebih baik petik awal-awal lagi.

Saya berus kulitnya. Kini tompok putih telah tanggal tetapi tompok hitam tetap ada. Tompok hitam telah sebati dengan kulit. Kalau mahu hapuskan juga kena hiris dengan pisau.

24/716. Berjaya petik 12kg menjadikan 102kg semuanya. Kali ini diborong seluruhnya oleh peminat buah durian belanda dari Pekan. 

27/7/16. 7 pagi. Berjaya semai 19 ulas biji durian belanda untuk tanam di kebun.
Hari tidak sangka dapat panggilan dari pegawai pejabat veterina Maran. Beliau melawat kebun, waktu itu pekerja saya Bakti ada di sana. Beliau tertarik dengan tanaman pokok napier. Beliau beri cadangan untuk pelihara lembu kerana beliau nampak ada pokok rumput napier hidup subur. Memang perancangan saya ke arah itu. 
Hari ini pegawai itu mahu membeli semua rumput itu dan berjanji mahu menguruskan tanam semula. Saya bersetuju dengan cadangan itu.



Friday, April 1, 2016

Kebun Kampung Lompat - April 2016

Bulan yang sungguh mencabar. Cuaca yang panas. Saya masuk kebun waktu senja. Sempat siram 70 pokok yang ditanam bulan Januari lalu. Saya ambil masa 40 minit. Kalau tidak disiram rasanya mati kering. Masa menyiram boleh dipendekkan dengan cara memasang paip getah secara kekal. 
Rumput Napier pula telah melempai mo. Boleh diiklankan untuk dijual.

3/4/2016
Hari minggu yang menyeronokkan. Dapat menyiram semua pokok yang baru tanam. Memasang paip untuk menyiram. Sebelum ini saya menyuruh pekerja atau mengupah orang yang mahir. Hari ini saya memberanikan diri lakukan sendiri. Baru tahu, bulan sukar sangat rupanya. 

Kerja menyiram sebenarnya amat senang. Boleh lakukan serentak dengan tugas lain. Saya letakkan hujung paip getah di pangkal pokok. Biarkan air menyiram permukaan keliling pokok sendiri. Saya ambil peluang ini membaca buku.

Musim kemarau menyebabkan ada pokok kelapa yang condong. Perlu siram agar akar cepat bercambah dan pokok perlu kayu penyokog tegak.


Mereka memerlukan air untuk terus hidup.

9/4/16
Kemarau bukan alasan untuk tewas. Air perlu dipunggah.

Kerja mesti disiapkan. Memunggah air untuk menyiram anak pokok kebun belakang.

Ribuan pokok nenas ini telah berjaya dibersihkan. Mereka perlu disembur baja urea.
Kalau dapat hujan rasanya ada peluang subur kembali.


Buah durian belanda yang baru petik dari kebun dari pokok yang berlainan. Yang sebelah kanan petik pada hari jumaat 8/4/16 dan yang sebelah kiri pada hari ahad 10/4/16.

11/4/16. Dapat berita gembira daripada Harun Basir. Dia kata petang ini hujan turun dua kali di Kampung Lompat. Seronoknya nenas, kelapa dan durian belanda bersorak disiram air hujan.
Memberi arahan kerja menanam biji benih rumput penutup bumi kepada Bakti di tempat yang telah diracun.


Buah ini saya petik hari Jumaat (7/4/16), saya biarkan ia berada dalam bakul beberapa hari. Saya mahu membuat pemerhatian berapa hari ia akan masak?
14/4/16
Sempat melawat kebun waktu senja. Nampak pokok kelapa condong.

Condong ditiup angin rupanya. Ada lagi beberapa batang yang condong seperti ini.

Tindakan hari sabtu & ahad 16&17 April.
1. Tegakkan pokok kelapa... suruh Bakti buat
2. Periksa pagar ... telah periksa
3. Pacak kayu utk tanam kelapa .... telah siap satu baris
4. Tanam kacang penutup bumi. Siap
5. Tanam 4 pokok db. Sempat tanam satu pokok sahaja. ... Siap
6. Pasang Pam sedut air. .... Buat separuh.
7. Beli atap zink utk dinding. Belum beli.
8. Beli baja. Siap


Tak perasan, pokok ini telah berbuah. Dah besarpun buahnya.
Sempat tanam sebatang pokok sahaja.

Buah ini mengecil ke hujung kerana pokok kekurangan air.


Permukaan yang tidak sekata seringnya. Ada tempat lekuk dan durinya lebih dekat. Ini tanda pokok kekurangan kalsium. Maksudnya kurang baja. Pokok yang rajin berbuah perlu beri baja lebih.

17/4/16
Arahan kerja utk Bakti.
1. Periksa pagar, Buang kayu yg hempap pagar.
2. Buat tanda utk gali 400 lubang pokok kelapa
3. Siapkan pasang Pam sedut air. Sudah siap.√
4. Pokok kelapa yg condong perlu ditegakkan. Siap.
5. Pokok db kecil perlu beri baja dua minggu sekali. Dua sudu sekali beri.Sial.
6. Pokok yg kurus dan banyak buah perlu baja tambahan. Caranya tebuk empat lubang dan isi baja.
7. Racun satu kawasan dan tanam benih rumput.
8. Bakti mesti pindah ke kebun hujung bulan ini. Dia telah pindah pada 17/4/16.√
9. Pacak kayu untuk tegakkan paip air.

18/4/2016
Renungan untuk diriku.
"Banyak pokok durian belanda telah berputik. Inilah ketika terbaik untuk memberi baja buah secara berjadual kepadanya agar buahnya besar dan elok bentuknya. Rawatan akar sangat perlu agar akar tidak reput. Cegah daripada serangan anai-anai. Semut yang suka bertengek pada buah perlu dihapuskan. Masih banyak ruangan kosong untuk disulam dengan pokok durian belanda. Saya mahu jalankan gerakan menanam 300 pokok lagi. Gerakan itu saya telah mulakan semalam. Saya berjaya tanam empat pokok. Bilangan yang belum tanam 296 pokok."

20/4/2016
Persediaan menternak lembu.
1. Pagar yang kukuh.
2. Rumah pekerja.
3. Bangsal.
4. Mesin pemotong batang Napier.
5. Tinjauan ke ladang menternak yg berjaya.
6. Buat persediaan tapak utk tanam rumput di kebun belakang.

24/4/16
Kaedah membaja yg salah

Pokok ini sudah mula belajar berbuah. Telah terangkan kepada pekerja.

Lebih 30 pokok telah berputik seperti ini. Jika proses pembesarannya tidak terganggu, hujung bulan Jun buah mulai masak. Untuk mempastikan buah yang dihasilkan elok perlu bekalan air dan baja yang berterusan. Perlu pasang paip air saiz 16mm kepada setiap pokok. Kaedah siraman titis.

26/4/16
Sempat jenguk kebun senja ini.

Pokok ini putiknya banyak. Tidak kurang sembilan.

Arahan kerja kepada Bakti.
1. Pasang tiang water elektrik yang menyambung kepada Pam. Masih belum siap satu tiang.
2. Pacak tanda tempat hendak tanam anak pokok durian belanda. Sudah mulai tanam.
3. Suruh gunakan baja yang bertutup dengan plastik.
4. Beri biji benih kacang penutup bumi. Sudah mulai tanam.
5. Sembur baja urea campuran kepada nenas. Sudah

30/4/2016
Telah berjaya tanam 23 pokok. Baki yang belum tanam 273 pokok.
Secara keseluruhannya kebun ini semakin terurus. Namun begitu perlu pantau dan beri arahan untuk diperbetulkan segera.