nuff

Wednesday, April 1, 2015

Kebun Kampung Lompat - April 2015

Target bulan ini:
1...Tanam durian belanda 100 pokok.
2...Tanam rumput napier rm400. Sudah tanam rm200. Benih bernilai rm200 telah beli.
3...Tanam kelapa tnh belakang 300 pokok.
4...Racun anak pokok tnh belakang, tnh. depan dan tanah Tan.

Ulasan target:

1. Ditunda ke bulan Mei.

2. Berjaya tanam rumput napier bernilai rm400.

3. Berjaya melepasi target. Berjaya tanam 450pokok.

4. Kerja meracun tanah belakang dan tanah Tan ditunda ke bulan Mei.

Awal bulan ini bermula dengan cabaran besar. Awal bulan lepas Arifin cabut lari selepas dapat gaji kerja satu bulan. Arifin kata tewas dengan panas.  Ahmat setia bertugas seorang diri. Rupanya tanggal 1 April 15 Ahmat pula ikut langkah Arifin. Arifin beritahu mahu berhenti. Tetapi yang ini cabut dalam diam. Kasihan pokok2 ditinggal tanpa penyeliaan.
Saya menghubungi Harun Basir untuk memeriksa kebun. Harun berkata, "motosikal ada tetapi orang tak nampak."
Inilah laporan Harun. Syafik juga pergi memeriksa kebun. Syafik kata pokok elok segar tetapi Amat tiada. Motosikal ada ditinggalkan.
Macam-macam andaian kami mengapa Amat lari sebaik sahaja menerima gaji pada petang 31/3/2015.
Sebenarnya bukanlah sukar sangat untuk mendapatkan buruh dari negara luar.
Kali ini saya mahu cuba pekerja tempatan pula.

4 April 2015.
Saya masuk kebun.
Saya meneliti pertumbuhan rumput Napier. Seterusnya saya bersama Ami menanam benih rumput yang baru beli khamis lalu.


5 April 2015
Ada kalanya tugas di kebun ini terpaksa dilaksanakan sendiri. Membujur lalu melintang patah. Pagi ini saya meneruskan sendiri kerja menanam rumput nzpier.


Bunga roselle ini tidak diberi perhatian. Namun begiti ia tetap hidup subur. Air roselle banyak khasiat.


Pokok durian belanda yang berada dibawah kanopi ini kelihatan subur maklumlah minggu ini banyak dapat hujan.

Aduh... tidak berdisplin.

Sampah bertaburan di tepi pondok. Pekerja yang dua orang itu punya angkara. Tidak boleh dibiarkan. Merosakkan kecantikan kebun ini. Jika dibiarkan.... menyakitkan mata, mengundag datangnya binatang untuk memakan sisa ysng ada. Boleh merebaknya kuman/virus. 
Sampah yang bertaburan itu telah dikutip dan diasingkan mengikut jenis. Tin dikumpulkan berasingan. Begitu juga plastik.

Kelapa, durian belanda dan nenas berkongsi satu tapak untuk hidup bersama.


Membaja nenas kawasan ini. Habis satu kampit 25kg.

Sudah condong. Akar tidak dapat menahan pokok, dahan dan daun yang rendang. Tanda pokok ini subur. Pangkal pokok gembur dan tiada akar.


Berjaya menegakkan kembali dengan cara menegakkan dua batang besi dan guna sangga kayu. Kayu melalui
Pokok tebu yang telah berusia lima bulan. Perlu beri baja dan siat daun yang mati. Pembesarannya terbantut kerana pernah dilanyak oleh kerbau ketika usianya tiga bulan. 
Pemandangan kebun belakang. Pokok kelapa sudah berusia tiga bulan. Kelapa sudah ada 500 pokok di sini. Masih ada ruang untuk 500 pokok lagi. Nenas pula berusia empat bulan. Sedap mata memandang.

8 April 2015
Telah tanam rumput napier bernilai rm200.

12 April 2015
Memerhati pokok durian belanda secara dekat. Terkejut nampak putik durian belanda. Terdapat lima pokok yang mengeluarkan putik.

Ini ialah pokok kumpulan pertama yang saya beli pada bulan Mac tahun 2014. Ketika itu pokok db itu tingginya secara purata tiga kaki. Saya agak usianya sudah dua tahun lebih. Kini usianya sudah melepasi tiga tahun (walaupun baru sepuluh bulan ditanam di kebun ini. Kalau begini trendnya... saya menjangkakan enam bulan lagi sekurang-kurangnya 50 pokok akan berputik.



Ada satu batang lagi telah berputik.



17 April 2015
Kerja menanam pokok kelapa di kebun belakang disambung semula. Jama dan kawannya melaksanakan tugas ini.

18 April 2015

Macam nak lekat je. Baru dua batang.

Pokok yang ketiga. Ada gaya hendak lekat.

Keempat, juga ada potensi.

Petang ini tiga anak pokok durian belanda yang saya semai hujung tahun 2014 yang lalu. Benih dari Vietnam. Umurnya baru tiga bulan lebih.

No comments:

Post a Comment