nuff

Showing posts with label pokok durianh belanda. Show all posts
Showing posts with label pokok durianh belanda. Show all posts

Wednesday, April 1, 2015

Kebun Kampung Lompat - April 2015

Target bulan ini:
1...Tanam durian belanda 100 pokok.
2...Tanam rumput napier rm400. Sudah tanam rm200. Benih bernilai rm200 telah beli.
3...Tanam kelapa tnh belakang 300 pokok.
4...Racun anak pokok tnh belakang, tnh. depan dan tanah Tan.

Ulasan target:

1. Ditunda ke bulan Mei.

2. Berjaya tanam rumput napier bernilai rm400.

3. Berjaya melepasi target. Berjaya tanam 450pokok.

4. Kerja meracun tanah belakang dan tanah Tan ditunda ke bulan Mei.

Awal bulan ini bermula dengan cabaran besar. Awal bulan lepas Arifin cabut lari selepas dapat gaji kerja satu bulan. Arifin kata tewas dengan panas.  Ahmat setia bertugas seorang diri. Rupanya tanggal 1 April 15 Ahmat pula ikut langkah Arifin. Arifin beritahu mahu berhenti. Tetapi yang ini cabut dalam diam. Kasihan pokok2 ditinggal tanpa penyeliaan.
Saya menghubungi Harun Basir untuk memeriksa kebun. Harun berkata, "motosikal ada tetapi orang tak nampak."
Inilah laporan Harun. Syafik juga pergi memeriksa kebun. Syafik kata pokok elok segar tetapi Amat tiada. Motosikal ada ditinggalkan.
Macam-macam andaian kami mengapa Amat lari sebaik sahaja menerima gaji pada petang 31/3/2015.
Sebenarnya bukanlah sukar sangat untuk mendapatkan buruh dari negara luar.
Kali ini saya mahu cuba pekerja tempatan pula.

4 April 2015.
Saya masuk kebun.
Saya meneliti pertumbuhan rumput Napier. Seterusnya saya bersama Ami menanam benih rumput yang baru beli khamis lalu.


5 April 2015
Ada kalanya tugas di kebun ini terpaksa dilaksanakan sendiri. Membujur lalu melintang patah. Pagi ini saya meneruskan sendiri kerja menanam rumput nzpier.


Bunga roselle ini tidak diberi perhatian. Namun begiti ia tetap hidup subur. Air roselle banyak khasiat.


Pokok durian belanda yang berada dibawah kanopi ini kelihatan subur maklumlah minggu ini banyak dapat hujan.

Aduh... tidak berdisplin.

Sampah bertaburan di tepi pondok. Pekerja yang dua orang itu punya angkara. Tidak boleh dibiarkan. Merosakkan kecantikan kebun ini. Jika dibiarkan.... menyakitkan mata, mengundag datangnya binatang untuk memakan sisa ysng ada. Boleh merebaknya kuman/virus. 
Sampah yang bertaburan itu telah dikutip dan diasingkan mengikut jenis. Tin dikumpulkan berasingan. Begitu juga plastik.

Kelapa, durian belanda dan nenas berkongsi satu tapak untuk hidup bersama.


Membaja nenas kawasan ini. Habis satu kampit 25kg.

Sudah condong. Akar tidak dapat menahan pokok, dahan dan daun yang rendang. Tanda pokok ini subur. Pangkal pokok gembur dan tiada akar.


Berjaya menegakkan kembali dengan cara menegakkan dua batang besi dan guna sangga kayu. Kayu melalui
Pokok tebu yang telah berusia lima bulan. Perlu beri baja dan siat daun yang mati. Pembesarannya terbantut kerana pernah dilanyak oleh kerbau ketika usianya tiga bulan. 
Pemandangan kebun belakang. Pokok kelapa sudah berusia tiga bulan. Kelapa sudah ada 500 pokok di sini. Masih ada ruang untuk 500 pokok lagi. Nenas pula berusia empat bulan. Sedap mata memandang.

8 April 2015
Telah tanam rumput napier bernilai rm200.

12 April 2015
Memerhati pokok durian belanda secara dekat. Terkejut nampak putik durian belanda. Terdapat lima pokok yang mengeluarkan putik.

Ini ialah pokok kumpulan pertama yang saya beli pada bulan Mac tahun 2014. Ketika itu pokok db itu tingginya secara purata tiga kaki. Saya agak usianya sudah dua tahun lebih. Kini usianya sudah melepasi tiga tahun (walaupun baru sepuluh bulan ditanam di kebun ini. Kalau begini trendnya... saya menjangkakan enam bulan lagi sekurang-kurangnya 50 pokok akan berputik.



Ada satu batang lagi telah berputik.



17 April 2015
Kerja menanam pokok kelapa di kebun belakang disambung semula. Jama dan kawannya melaksanakan tugas ini.

18 April 2015

Macam nak lekat je. Baru dua batang.

Pokok yang ketiga. Ada gaya hendak lekat.

Keempat, juga ada potensi.

Petang ini tiga anak pokok durian belanda yang saya semai hujung tahun 2014 yang lalu. Benih dari Vietnam. Umurnya baru tiga bulan lebih.

Sunday, February 1, 2015

Kebun Kampung Lompat - Februari 2015

1 Februari 2015
Berjaya membawa  pulang papan besar ini yang hanyut sewaktu banjir besar awal bulan lepas. Kami lima orang mengusung ke dalam Hilux. Atan, Man, Arifin dan Amat membantu usaha ini. Telah tutup dengan atap.
Kes tiga batang pokok durian belanda yang layu daun dibawa ke perbincangan dengan Topek. Mungkin penyakit kulat atau serangan anai-anai pada akar. Topek berjanji mahu mengkajinya lebih lanjut. Apa tindakan aku?

3 Februari 2015
Datang malam buat spotcheck. Nampak pokok dalam polibag ini layu masih belum ditanam.

Kasihan.... layu tidak dapat air. Rasa sayang pekerja tidak sama dengan rasa sayang tuan punya. Saya dapati keliling pokok durian belanda dan pokok kelapa telah bersih. Terima kasih Amat dan Arifin.


95 pokok anak durian belanda telah ditukar polybag yang lebih besar. Masih ada 205 yang belum diusik. Nampak kurus sahaja, perlukan baja.

4 Februari 2015
Amat melaporkan bahawa telah siap membaja. Empat beg 50kg baja 15-15-15 telah ditabur ke pangkal pokok durian belanda dan kelapa. Beliau juga menanam pokok ubikayu.

6 Februari 2015
Hari ini saya cuti, bolehlah merayau ke kebun. Saya mencabut pokok durian belanda yang tenat ini.
 
 
Bila ditelitikan akarnya, terdapat bahagian yang telah hitam, mungkin diserang penyakit kulat. Kalau itu penyakitnya, saya ada ubatnya. Ada beberapa batang lagi yang kelihatan layu dan mati. Barangkali kena penyakit yang sama. Kalau itu masalahnya senanglah saya bertindak. Perlu bertindak segera.
 
Kelihatan 96 pokok kelapa Berjaya ditanam hari ini. Jumlah pokok yang telah ditanam di kebun belakang 194 batang. Masih ada ruang untuk 706. Kerja menanam akan diteruskan Jumaat hadapan.
  
  7 Februari 2015, 6ptg.
Sempat menanam satu pokok menggantikan pokok yang mati kerana kulat pada akar.




Kali ini saya bancuh racun kulat, jirus dahulu dalam lubang. Lepas itu tabur furadan untuk menghalang serangan anai-anai. Letakkan pokok durian belanda. Lepas itu tabur baja penggalak akar. Seterusnya timbus dengan tanah. Tabur baja penggalak akar dan akhir sekali siram dengan air yang dibancuh dengan racun kulat sekali lagi. "Harap kau akan hidup subur di sini. Aku telah beri dua jenis perlindungan dan dua jenis baja."

8 Februari 2015, 8.30pagi.
Topek mencabut satu pokok db yang mati. Kelihatan pangkal pokok hitam. Yang hitam itu adalah kulat. Pangkal pokok kering. Akar yang menyedut air dan zat tidak boleh menghantarnya ke dahan hingga ke daun. Itulah punca mengapa pokok menjadi kering dan layu.

Ada satu lagi. Kini saya pula yang mencabutnya. Sah penyakit yang sama. Dua pokok kumpulan pertama yang ditanam bulan Jun 2014 juga telah mati. Akarnya kering. Suruh Amat tanam semula.

Kebun aku diserang kulat akar. BAHAYA! Tidak boleh berlengah. Mesti benteras sekarang.

Masih ada hayatnya. Bulan lepas banyak pokok kelapa dalam polybag tenggelam dalam air banjir. Saya lihat semua layu dan kering. Kini nampak ada beberapa pokok mula muncul daun baru warna hijau. Masih ada rezeki saya agaknya.

Akar diserang kulat. Semua akar jalarnya telah putus. Perlu benteras penyakit kulat ini segera. Telah beri racun kulat kepada Amat untuk dibancuh kemudian curahkan ke pangkal pokok yang tidak subur itu.
Empat pokok telah dicabut tetapi hanya satu sahaja yang ditanam.

13 Januari 2015. Aku cuti hari ini, apa lagi? Jenguk kebunlah. Seronok tengok tebu telah dibersihkan.



Rupanya dalam ratus-ratus pokok kelapa yang kelihatan subur dalam polibag itu ada yang terbantut dan uzur. Dia terlindung dari cahaya. Dia tidak dapat air. 

Pokok kelapa itu perlukan baja dan air segera. Beri peluang kepada mereka untuk hidup subur.
20 Februari 2015. 
Sedikit penambahaikan iaitu menyambung para penampan panas. Di bawahnua boleh letak anak pokok kelapa dan anak pokok durian belanda. Gunakan jaring terpakai. Palangnya bar besi pagar yang sudah tidak digunakan. Tiangnya pula ialah turus konkrit bantuan dari Jabatan Pertanian. Masih belum siap.

Benih nenas telah terbiar hampir dua bulan kerana banjir hujung tahun lepas. Tapaknya tenggelam. Banyak juga benih yang hanyut. I Inilah bakunya. Ada diantaranya telah buruk dan kering. Saya cuba selamatkan yang tinggal nyawa ikan ini. Saya perhatikan dua orang pekerja sedang tekun menanam anak benih nenas ini. 

Petang ini saya berjaya memulihkan pagar elektrik yang rosak banjir. Selama ini saya meminta orang yang pakar dalam bidang pagar elektrik memasang dan membaikinya. Rupanya bukanlah rumit sangat. Saya berjaya menyelamatkan wang rm200.

21 Februari 2015. Aku ada tugas berat hari ini dan esok. Mahu memasang frame tingkap dan pintu. Kerja ini bermula dengan mengetam kayu. Setelah beberapa hari teruja-uja maka hari ini saya berjaya memulakannya.


Pemandangan di tanah Paya Limau Manis.

Tengah sibuk menanam pokok kelapa. Baru berjaya tanam 400 pokok, baru siap 40%.
Hantar 65 pokok anak pokok kelapa pandan dari rumah Inderapura Kuantan. Nampak Arifin sedang meracun rumput celah nenas. Ahmat pula menyiram pokok kelapa.
Musim kemarau dan panas melampau. Kena buat persediaan simpan air untuk siram dan tangguhkan menanam pokok kelapa dan durian belanda. Tapak semaian perlu dibesarkan. Kena beli lagi empat tong air. 

28/2/2015
Kesan panas melampau. Anai-anai menyerang pangkal pokok kelapa. Di situ ada mrnyimpan air dalam sabutnya. Anai2 juga perlukan air. Perlu benteras.

Musim panas ini menyebabkan pokok yang sakit segera layu dan mati. Ada dua kejadian pokok menjadi kering. Mula2 uzur diserang kulat pangkal akar menyebabkan pangkal akar jadi kering. Bila tiba musim panas pokok segera layu kerana tiada bekalan air dan kepanasan.


Tidak boleh diselamatkan lagi. Melainkan cabut. Lepas itu jirus racun kulat dan racun anai2. Tinggu habis musim kemarau baru tanam semula.