nuff

Sunday, July 23, 2023

HILUX yang sentiasa berbakti

CDD8072
Ini kereta yang saya lenjan tiap tiap hari berulang alik dari rumah ke kebun. Sudah lebih 10 tahun saya lanyak tanpa henti. Hingga hari ini jarak perjalanan keseluruhan 555,xxx kilometer.  Sungguh besar jasanya. Bila keluar dari kebun adalah hasil yang diangkutnya. Kelapa muda yang paling kerap dan banyak. Ada kala penuh sarat ruang belakang dengan kelapa muda, beratnya lebih dari 500 kilogram. Kelapa tua, pisang, nanas dan sulor nanas hapir tiap2 hari menjadi penumpangnya. Pendek kata hilux CDD8072 ini adalah nadi kepada aktiviti perkebunan saya. Perjalanan ke kebun pula yang kerapnya bawa baja. Sekali sekala bawa racun rumput. Ada kalanya bawa bahan binaan pondok. Pergi dan balik dia setia berkhidmat kepada saya. 
Dalam kebun pula dia bergerak lasak. Mendaki bukit dan meredah lecah jadi kebiasaan dia. Banyak memudahkan kerja saya. 
Hilux 3000cc ini memang handal. Hingga kini tidak ada sakit teruk. Hanya sekali caplin yang menghubungkan gandar tayar belakang dengan tayar belakang haus. Bila memulakan pergerakan ada bunyi " kelekuk". Caplin itu berjaya diganti sebelum ia putus.

Satu hari muncul cahaya kuning bentuk rnjin di bawah meter RPM.

No comments:

Post a Comment