nuff

Sunday, July 9, 2023

Hukum ABC

ABC
Air. Baja. Cahaya.
Pokok memerlukan air, baja dan cahaya.
Akar hingga ke pucuk ada kandungan air. Jika tiada air, akar akan kering dan putus. Sudah akar tentu akar tidak mampu berfungsi menyedut air. Batang dan dahan jadi kering dan mengelupas bila air hilang dari pokok dan dahan. daun menjadi layu, akhirnya jatuh ke tanah. Dahan sudah jadi ranting kering. Dahan menjadi rapuh dan sekah.Inilah kesan jika bekalan air tidak dapat naik secara osmosis ke dalam pokok. Betapa perlunya air untuk menghidupkan pokok.
Baja adalah nuterian untuk membesarkan pokok. Baja mengandungi unsur Nitrojan, Posforus dan Kalium, ringkasnya NPK mengikut kadar tertentu. N adalah untuk perkembangan batang dan dahan. P adalah untuk kesuburan akar dan K adalah untuk kesuburan daun. 
Cahaya diperlukan untuk membuat makanan bagi pokok yang ada klorofil iaitu pokok daun hijau. Jika terlindung dari cahaya pagi atau petang pasti terbantut pembesarannya. Cahaya membawa haba bersamanya. Ada ketikanya terjadi panas terek, suhu mencecah 40°Celsius. Ketika ini ada pokok yang tewas terutama pokok yang baru ditanam, seperti pokok pisang akan mati kering.

Dalam kontek Kebun Kazoku ini, Hukum ABC amat banyak kekurangannya. Bekalan air kepada pokok banyak bergantung kepada air hujan. Bekalan air bantuan dari saluran paip getah amat minima sekali. Bekalan dalam tong memang ada. Beberapa batang pokok berkongsi satu tong air. Kekerapan menyiram tidak konsisten kerana tidak ada jadual tetap melawat setiap pokok. Oleh itu banyak pokok mati terutama pada musim kemarau. Pertumbuhan tidak seragamm. Selepas lima tahun ada pokok yang melonjak lebih dari 15 kaki. Ada yang baru nak melonjak ketinggian lima kaki. Ada pokok yang tanam semula, tinggi baru dua kaki. Secara umum, bekalan air di kebun ini masih banyak kekurangan. Kaedah traditional ini perlu ditukar kepada pengurusan menyiram cara automatik.
Pembajaan di Kebun Kazoku ini boleh dikatakan pada tahap sederhana. Baja yang ditabur keliling pokok dionysius dengan rumput liar. Ada juga akar pokok liar yang besar menyedut baja untuk pokok durian, kelapa atau pisang. Semak samun mengancam pertumbuhan pokok yang ditanam. Mereka menyedut baja, melonjak lebih tinggi seperti pokok pisang kera, sehingga menghalang cahaya. Ada juga rumput degil  seperti lalang tumbuh dekat pangkal pokok durian. Amat sukar memusnahnya. Ada rumput ulan yang suka memanjat. Ancamannya amat ketara. Belitan rumput ulan ini boleh membantutkan pokok. Kawalan pertumbuhan pokok liar yang lemah boleh merencatkan pertumbuhan pokok.

Untuk mematuhi Prinsip ABC di dalam Kebun Kazoku ini, perkara berikut perlu dipatuhi.
1.. Mesti ada sistem bekalan air yang boleh membasahkan tanah keliling pokok semasa musim kering. Tong biru yang menyimpan air perlu disediakan untuk pokok di hujung kebun yang tidak ada kemudahan bekalan menggunakan polipaip. Pasang kepingan zink di atas muka tong untuk memungut air hujan masuk ke dalam tong. Jika berlaku kemarau, setiap pokok kecil perlu dapat air dua hari sekali. Pokok besar pula dapat siraman empat hari sekali. 
Sistem menyiram yang canggih perlu diadakan. Air dari kolam dihantar ke tong besar di atas bukit menggunakan pam air elektrik. Saluran polipaip 25mm atau 32mm dipasang hingga ke hujung kebun. 
Membina takungan menyimpain air hujan adalah satu kaedah lestari membekal air kepada pokok.  Penyediaan sistem menyiram yang lengkap ini memerlukan modal sekitar rm15,000. Oleh itu saya kena bersabar dahulu. Waktu ini margin bersih dari kebun amat kecil. Kena kumpul dahulu, bila cukup baru laksana. Pada usia emas ini tidak mahu buat hutang baru dengan bank. Berbelanjalah ikut kemampuan.
2.. Baja oh baja. Ada wang untuk beli baja? Baja yang diperlukan untuk menyuburkan pokok dan menghasilkan buah yang lebat, besar dan kualiti isi yang terbaik. Baja utama adalah NPK15.15.15 dan NPK12.12.17. Ditambah pula dengan baja organik. Pokok kelapa yang berbuah boleh dikatakan terurus baik. Di bawahnya boleh dikatakan tiada rumput. Jika tabur baja, tidak membazir. Baja dapat disedut oleh akar seluruhnya. Tetapi pokok kelapa yang belum berbuah penuh drngan rumput dan semak. Jika tabur baja pasti disambar sebahagiannya oleh akar rumput dan pokok liar itu. Begitu juga pokok durian. Di sekelilingnya dipenuhi rumput liar. Sebahagian baja disedut oleh akar rumput. Kesimpulannya kebun ini perlu dibebaskan dari rumput liar jika mahu meningkatkan keberkesanan pembajaan.
Pakar pertanian mengatakan keberkesanan baja terhadap pokok mengikut kadar 40:60. Ini adalah perbandingan baja terhadap amalan.
Baja : Amalan = 40 : 60.
Sediakan baja yang sesuai NPK nya. Ada kandungan Mg, Boron dan TE. Tidak berlengah. Boleh siap tabur dalam tempoh satu minggu selepas dibeli. Tabur berserak di bawah dan kiri kanan kanopi daun pokok. Seeloknya ada air hujan turun selepas membaja atau menyiram sehari dua selepas membaja. Jika ada air, baja akan dicairkan meresap ke dalam tanah. Keliling pokok tiada rumput. Rumput dipotong atau dicabut. Jangan sekali-kali guna racun di kawasan sekitar kanopi pokok. Ulangi pembajaan berkala agar proses membuat makanan secara fotosintisis berjalan lancar. Pematuhan Prinsip 40:60 adalah syarat penting untuk merealisasikan Hukum ABC.
Masih banyak kekangan di kebun ini untuk mencapai Prinsip 40:60. Pertamanya perlu sediakan peruntukan untuk beli baja. Perlu sediakan mesin pemotong rumput yang baru kerana yang ada sudah terlalu uzur. Rumput liar yang degil perlu dimusnahkan. Perlu beli racun rumput yang sesuai bila diperlukan.
14/7/23.. beli mesin rumput baru.

Mesin rumput adalah alat kerja yang penting untuk memotong rumput keliling dan di bawah pokok untuk menjamin baja tidak dibazirkan. Baja akan disedut sepenuhnya oleh akar pokok tanaman.

Jauh lagi saya perlu mendaki untuk memenuhi kehendak Hukum ABC dan Prinsip 40:60. Pendakian sudah melepasi garis pertengahan.Tidak boleh berhenti, mesti teruskan.



2023
Kelapa...400.    300.             3840
Durian.....00.    200
DB ... ........0...    20.  
Limau 1    20.                           100
Pisang.....5 x 10 x2.5                65.    4005

2024
Kelapa....500.     200.           5200
Durian...... 00.     200
DB............ 20.        0
Pisang ...500.                        3375
Tebu.......250.                          700.     
Limau 1....20.                          100.    9.275

2025
Kelapa... 600.     100.            6220
Durian....   15.                          150
DB..........  20.      0
Pisang.....600.                       4000
Tebu........350.                       1000.    
Limau .....20.                            100.    11,200

2026
Kelapa.....700.                   6720
Durian.       20.                   1500
Pisang.      200.                 1500
Tebu.........400.                  1500.        12,220
Limau......100.                    100

2027
Kelapa....700.   0.        6720
Durian.    100.  100      8000
DB.            20.                 500
Limau.     100.                100.              15,320

2028
Kelapa  .....700.  0.     8400
Durian.       150. 50   12000

Tanaman kontan
Pisang.                    600 pokok
Tebu.                       200 lubang

Kos membina kolam perangkap air hujan.
1. Batu bata ... 10000 x .3 = 3000
2.simen............. 250 x 2.   =   500
3. Pasir ............ 400.          = 400
4.  Besi ....20x40.. 800.      =  800

No comments:

Post a Comment