nuff

Saturday, April 8, 2017

Buah durian Duri Hitam

Kata orang durian jenis Duri Hitam ini lebih enak dari Musang King. Warna buahnya kemerahan seperti durian tembaga. Mengikut cerita, ia berasal dari Pulau Pinang. Namun begitu pokok DH ini telah tersebar ke Raub dan Johor. Ada juga dari Thailand.

Melihat kepada gambarnya memang sedap, sungguh menarik minat untuk merasanya. Saya mula menanam minat untuk menanamnya. Saya beli tiga anak pokok bernilai rm290. Saya bercadang untuk menanam 10 pokok di kebun kg Lompat.

🌿 Tanam 6 bulan lalu, tinggi 4 kaki.

1 comment:

Warisan Petani said...

Di JDT orang panggil durian ochee. Kualitinya mengalahkan durian MK.
Pertumbuhan dan penjagaannya lebih mudah berbanding MK.

Post a Comment