nuff

Sunday, April 2, 2017

Kebun Kampung Lompat 04 2017

Telah memulakan usaha kali kedua memulihkan tanah enam ekar. Telah gagal kali pertama dua tahun lepas. Tanaman kelapa enam ekar habis dilanyak musuh. Banyak kegagalan setakat ini. Tetapi aku tidak mahu berakhir dengan kegagalan. Perkukuhkan pertahanan.

Banyak cabaran.
1. Pokok kelapa kuning dan berbintik hitam. Telah beli racun ulat & hama. ✅
2. Pagar bhg hulu banyak rosak.Telah pasang jaring hitam. ✅
3. Rumput kebun belakang hilir tebal. Ada yg melenyapkan kelapa. Telah racun. ✔
4. Rumput kebun belakang atas bukit makin tebal. Telah racun. ✔


Banyak pokok yang seperti ini. Hujung daun macam terbakar dan banyak bintik-bintik pada daun.
Pokok pisang LM yang ditanam bulan Februari lalu kini berada dalam semak. Sedih melihatnya. Akan sembur racun ulat & kulat minggu hadapan.✅

Seorang pekerja tidak dapat melakukan kerja dengan sempurna bagi kawasan seluas 27 ekar. Perlu seorang pekerja lagi dan gunakan jentera seperti trektor mini.

Terpaksa buat pindahan pokok pisang dari lot tepi sempadan ke lot tengah untuk mengelakkan gangguan musuh.

Berjaya menyiapkan 14 lubang petang ini. Suruh Amir teruskan. Amir kata sudah siap satu baris 38 pokok. Dia siap gali satu baris lagi. Saya suruh dia siapkan tiga baris untuk tanam petang sabtu depan. Siap tanam semula satu baris lagi pada 15/4. Kami bertungkus lumus menggali pokok dalam semak dan berjaya menanam semula. Pokok pisang yang ditanam minggu lepas kelihatan subur.

Inilah keadaan buah db.


Perlu cari jalan untuk mengatasi masalah buah yang buruk ini.


Masih ada yang elok. Isinya putih bersih. Bijinya hitam menandakan cukup matang. Rasa isinya sungguh enak, bergas dan masam manis. Bermutu tinggi.

Janji dengan Zizol mahu tebuk lubang untuk tanam kelapa dan pisang pada hari ahad ini. Ya ... dia hadir.


Pokok pisang yang dipindahkan dua hari lepas kelihatan subur. Semua anak pisang di kebun hilir telah dipindah ke kawasan baru. Kini ada tiga baris semuanya. Pindahkan semua pokok pisang belakang rumah ke kebun. Tabur baja keliling pokok pisang dan tutup dgn plastik hitam.

Ada makhluk buat sarang dan bertelor dicelah dahan pokok db.

Lokman melaporkan buah di hujung tanah dekat paya ada yang telah larah.

Amir telah tanam 130 pokok kelapa. 
Suruh Amir tabur furadan celah pelepah pokok kelapa dan pasang jaring pagar. 
Kebimbanganku ialah pagar yang masih belum kukuh. Jaring hitam belum dipasang seluruh.

Buah db untuk Noraini, adik untuk ganti lapan biji buah yang buruk yang dijualnya kepada kawan2 dua bulan lepas.

Kebun 4.5 ekar suruh buruh kontrak ambil upah meracun rumput. Mereka memulakan kerja hingga siap pada 19/4/17. Sudah bayar kerja meracun rm490.

Hantar jaring hitam 70% dua gulung untuk lengkapkan pagar, pvc paip & pam air. Amir telah pasang pam tetapi kurang kemas. 

Suruh Amir cuci keliling pokok kebun belakang dan kebun hadapan bahagian belakang berikutnya suruh buruh meracun laksanakan tugas. 4.5 ekar telah siap disembur racun rumpair. Suruh buruh kontrak meracun 3.5 ekar kadar rm50 dan 1.5 ekar kadar rm70 seekar. Inilah langkah untuk meningkatkan prestasi kebun. Upah rm175+rm105 = rm280.00 Telah bayar rm250.00, baki rm30.00 akan bayar selepas puas hati mutu kerja. Jumlah upah meracun bulan ini ialah rm770.00

Saya dapati beberapa batang pokok kelapa berada dalam semak. Perlu dipulihkan esok. Begitu juga pokok db.

Hari ini siap menanam 200 pokok kelapa. Kena guna jentera untuk mencepatkan kerja. Mahu tanam 100 pokok lagi.

Banyak pokok db yang kerdil. Ambil langkah membersihkan pangkal dan beri baja. Dapat bereskan 20 pokok. Pokok kelapa pula banyak dipanjat ulan. Perlu hadapi cabaran ini. 
Bersihkan daripada rumput jalar dan memanjat, 
beri baja, ✅ belum siap.
sembur racun ulat, ✅ sudah beli.
tabur furadan, ✔
racun rumput, ✔
sulam pokok db dan kelapa, 
tungkat/sokong pokok yg condong dan
alih kelapa.

Pagar perlu dikukuhkan lagi. Tambah tiang tengah, guna pvc 2" atau 1" panjang 2.5 kaki. Ganti tali yang bawah dengan tali yg baru.


Alhamdullilah..... sudah mula keluar mayam. Pokok yang pertama. Pokok ini saya tanam bulan September 2014. Umurnya ketika itu satu tahun lebih. Ini bermakna dia mula mengeluarkan mayam bila melepasi 3 tahun setengah. Syukur alhamdullilah.

Keperluan untuk akhir bulan.
Urea .... 3 beg ✔
Furadan ...... 1 karung✔
Dawai pagar elektrik .... 1gulung.✔
Tali plastik penjerut ..... 1 bungkus.
Tebuk lubang untuk kelapa ..... 100 lubang.❌
Tebuk lubang untuk db .... 50 lubang.❌
Penyembur racun... 1 buah.✔
Bakar kayu yang berlonggok. ✅
Perlu beli lagi urea dua guni.
Pagar belakang perlu dikukuhkan lagi.

2 comments:

Warisan Petani said...

Mudah2an usaha pemulihan kali ini akan berjaya.

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih WP.... satu lagi cabaran saya ialah kekurangan tenaga pekerja. Kena fikir guna teknologi & jentera.

Post a Comment