nuff

Monday, March 29, 2021

POKOK DURIAN YANG KERDIL

MESTI ADA SEBAB MENGAPA MEREKA KERDIL DAN DAHAN TIDAK BERKEMBANG. MUNGKINKAH BERPUNCA DARI DALAM TANAH? DISEBABKAN OLEH AKAR?
Pokok 1
Kurus, tiada dahan dan pucuk selalu mati. 

Pokok 2
Kurus, kurang dahan, kurang daun

Pokok 3
kurus lonjong, dahan pendek tetapi daun hijau.

Pokok 4
02/4/21... gali pangkal pokok
Pokok 5
Pokok 6
Pokok 7... hadiah daripada staff KUIPSAS. Duri Hitam.
1/4/21.... mengali di tepi satu kaki dari pangkal pokok. Gali separuh bulat hingga satu kaki dalam. Hingga jumpa tanah asal dalam polibag. Didapati tiada akar keluar dari tanah asal polibag. Akar seolah-olah tersekat. Tabur baja penggalak akar dan gaulkan tanah dengan CRIP seterusnya tambun semula. Kemudian siram. Esok gali separuh lagi dan beri baja penggalak akar. Perlu siasat pokok yang lain pula. Mahu siasat pokok nombor 4 pada hari esok.
2/4/21.
Setelah digali separuh sedalam satu kaki didapati tiada kesan akar melintas yang putus. Ini menunjukkan tiada akar yang menjalar keluar.
4/4/21....Telah gali dekat enam pangkal pokok. Didapati amat sedikit akar yang putus ini menandakan tidak ada akar merebak keluar dari akar tumpang. Tutup semula lubang dengan tanah yang digaul dengan baja akar.
Melalui siasatan hari ini didapati akar masih berputar dalam tanah polibag yang asal. 

Thursday, March 25, 2021

DURIAN DURI HITAM

D200 inilah kod khas untuk produk durian Duri Hitam. Buah gred super. 
Sudah banyak pokok D200 saya tanam di kawasan atas bukit tetapi kurang berjaya. Ada yang mati, ada yang kurus dan kurang bercabang. Ada yang ketot. Belum nampak kejayaan.

Pokok DH ini saya tanam hujung tahun 2019 yang lalu. Akhirnya mati kering. Ada lagi beberapa batang menerima nasib yang sama. Tetapi ada yang dalam keadaan nyawa ikan. Ada beberapa batang yang masih segar tetapi lambat membesar.
Yang ini sedah mati. Mahu ganti dengan anak pokok  DH yang baru beli dari Lan
 Nursery, rm50 sepokok pada 11/4/21.
Pokok yang mati diganti dengan pokok baru nombor 6. Buat busut kecil tinggi satu kaki. Pokok beli dari Nursery Lan di p
Yang ini mati bahagian hujung. Perlu siasat keadaan pertumbuhan akar.Gali keliling pangkal pokok.❌


Yang ini boleh tahan. Masih menyurung pucuk baru tetapi daunnya pendek Dan daunnya tidak lebat. Perlu gemburkan tanah keliling dan tabur baja akar, baja 15x3 dan siram.❌

Ada juga yang membesar tetapi daunnya tidak lebat.
Ada juga yang membesar tetapi daunnya kurang menyerlah kehijauannya. Perlu gembur keliling, beri baja akar, baha 15x3 Dan siram.❌

Saya tidak putus asa. Kali ini saya menanam pokok D200 yang baru. Perlu tindakan segera untuk menggemburkan keliling pangkal pokok dan tabur serbuk CRP untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Perlu labelkan pokok ini dengan kpd D200.

Bubun pokok yang mati. Tanam pada tarikh 19/3/21. Beli di Kedai Ubat & Baja dekat KUIPSAS..rm43.
Bubun pokok yang mati. Tanam paxa 25/3/21. Beli di Kedai Ubat & Baja dekat KUIPSAS..rm43. Tiada busut.
 saya menanam dua pokok itu untuk menyulam pokok yang mati ketika musim panas yang panjang dua bulan. Kedua-dua pokok itu adalah cantuman tunas, tingginya satu kaki setengah. Tidak nampak akar terkeluar dari lubang polibag. Tanah dalam polibag masih lembut.

Bubun tempat pokok ysng Mari. Tanam pada 8/4/21..beli dari nursery Lan di pekan sehari Cenor...rm50.

Mahu tanam tiga pokok lagi ganti pokok yang mati.
🌿tingkat paling atas.✔ 9/4/21
🌿baris kelapa sawit.✔ 11/4/21
🌿teres bawah jalan tengah..✔11/4/21

9/4/21...tanam tempat pokok yang mati kerana panas kemarau. Beli di nursery Low kg Awah, rm45. Kali ini tanam guna konsep busut tetapi tingginya dari paras tanah hanya satu kaki. Tanah digaul dengan baja akar CRIP.
11/4/21

14/4.... buat tinjauan. Semua dapat air.

Mahu tanam tiga pokok lagi.


Friday, March 12, 2021

POKOK DURIAN MK BELAKANG RUMAH

12/3/21
Tiga tahun lepas tanam 10 pokok durian MK. Selepas itu biar tidak perduli. Tidak pernah jenguk. 
Minggu lepas melawat ke belakang, terkejut lihat empat pokok masih hidup. Ada yang enam kaki tinggi tetapi kursus. Ada yang empat kaki dan kurus juga. Ada yang dua kaki dan yang satu lagi terbantut terus. 
Aku mula rasa kasihan... beri air siraman dan baja. Sejak minggu lepas telah tiga kali beri air siraman.
Hari ini aku mahu tabur baja penggalak akar di sekeliling pangkal pokok.✔
Pada 12/3/21 tinggi enam kaki.


Perlu bersihkan keliling pokok MK daripada pokok lain dalam jarak 10 kaki.
13/3/21... mahu tebang lima pokok yang berdekatan dengan pokok MK. Pokok dekat MK perlu dihapuskan untuk mengelakkan baja direbut oleh akar pokok lain itu.✔siap
19/3/21...tebang lagi tiga  pokok yang mengganggu kesuburan. Siram dan tabur segenggam baja keliling pokok.✔ Perlu siram lat hari musim panas ni. Perlu buang dahan pokok lemon yang menghalang laluan.
21/3..... siram.
23/3..... alhamdulillah hujan tolong siram.
Perlu tebang lagi pokok di sekitar yang menghalang cahaya dan  juga akhirnya menjalar ke kawasan akar durian.
4/4....tebang satu pokok lemon yang berdekatan.✔
8/4... tebang satu batang pokok lemon.


Sunday, March 7, 2021

PENGHASILAN BENIH KELAPA HIBRID

Penyelidikan untuk menghasilkan kelapa hibrid tidaklah terlalu sukar. Saya telah membuat tindakan di Stesen Pertanian Pagoh dan MARDI Bagan Datoh. Saya juga mendapat penerangan dari pakar MARDI tentang kacukan benih kelapa di MARDI Sungai Ular Kuantan. 
Tidak berhenti di situ, saya terus memulakan kajian. Waktu itu saya bertugas sebagai Rektor KUIPSAS. Berbetulan dalam kampus KUIPSAS terdapat beberapa batang pokok kelapa. Satu pokok dekat pondok pengawal buahnya warna kuning, lebat dan kecil. Besar kemungkinan ini dari jenis Malayan Yellow Dwaft ( MYD ). Pokok MYD ini bertindak sebagai sumber benih bertiga. Sebatang pokok lagi dekat bangunan Mawardah, tinggi dan buahnya besar bewarna hijau. Kami tidak pasti apa jenisnya pokok ini. Besar kemungkinan dari jenis Malayan Tall. Pokok tinggi ini bertindak sebagai sumber benih jantan. Pasukan kami mengambil satu pelepah mayam kelapa MT yang telah matang. Ambil biji kecil yang melekat pada sehari mayam itu dan jemu. Biji itu padah dsn kelihatan debu kuning. Debu itu adalah benih jantan dipanggil debunga atau pollan. Mayam pokok MYD yang telah matang ditoreh. Keluarlah jari-jari yang melekat biji besar ibu Jari pada bahagian pangkal. Bahagian tengah hingga hujung sehari melekat biji kecil yang mrngandungi debunga. Sehari dipotong supaya debunganya dibuang jauh. Biji besar ibu Jari ada berbeza biji. Ini adalah putik betina. Benih ini perlu disenyawakan dengan debunga jantan agar jadi buah.
Debunga dari pokok MT tadi dilomurkan ke bahagian hujung putik betina. Sapu menggunakan berus lukisan. Laku tiga Hari berturutan. Selepas dua minggu lebih separuh putik itu gugur. Hanya tinggal beberapa ulas sahaja yang kekal. Ia member menjadi buah. Tujuh bulan kemudian buah itu tua Dan gugur. Buah yang gugur itu diletskkan ditempat teduh. Dua bulan kemudian kelihatan tunas muncul dari bahagian kepala buah. Tiga bulan kemudian kelihatan daun sudah melonjak dua kaki. 
Kami lakukan proses saringan. Kami bawa lima anak pokok ke Stesen Pertanian Pagoh untuk tujuan pakar. Pakar mengesahkan Lima anak pokok itu adalah kelapa hibrid. Pokok ini diberi nama MAMA iaitu sambungan nama Maldyan Tall dan Malayan Yellow Duaft. Cubaan pertama menghasilkan Kenya  awal.

Kini says mahu melakukan kacukan benih yang seterusnya. Benih jantan diambil dari pokok dekat rumah di Taman Indrapura Kuantan.
Debunga dari pokok ini akan ditemukan dengan benih betina pokok MYD dalam kebun di kampung Lompat. 

Tindakan
Tarikh mula.... lepas raya.    
Sediakan staging satu tingkat lagi.
Kenal pasti pokok MYD yang hendak dilalukan kawin bunga.
Persediaan mengambil debunga 10 jejari.
Pilih Lima pokok MYD.  



Saturday, February 13, 2021

POKOK YANG DIANYANYA


14/2/2021.
Saya melihat pokok durian yang satu ini bantut dan pucat. Hampir dua tahun tiada kemajuan. Awal tahun 2019 saya suruh Amir dan Samsul melaksanakan kerja menanam anak . Saya hantar pokok ke kebun dan beritahu kawasan yang hendak ditanam. Saya pada waktu itu masih bertugas di KUIPSAS Kuantan. Kebun hanya jenguk dari jalan dan datang sekejap hujung minggu. Saya serahkan kejujuran pekerja 100% menjalankan tugas masing-masing.
Pokok ini berada di teres ketiga dari bawah. Saya jenguk rasanya dua bulan sekali. Ada paip air yang menyiram tetapi pokok masih ketot. Kalau tidak ada bekalan air, agaknya sudah lama dah mati.
Didapati polibag masih kukuh. Apabila dikeluarkan didapati hanya satu urat akar yang berjaya menembusi bahagian bawah polibag. 
Telah buang polibag, tanah digembur semula serta digaul dengan baja organik dan tanam semula.

Pokok pertama
Perlu tabur baja penggalak akar dan siram. 

Mengapa terjadi begini?
Saya tidak salahkan pekerja. Boleh jadi terlepas pandang atau mutu kerja yang rendah, asal kerja siap.
Saya salahkan diri saya sendiri. Tidak membuat penerangan sebelum pekerja melakukan tugas. Tidak membuat pemantauan sewaktu kerja sedang dilalukan. 
Saya juga lambat membuat pemerhatian terhadap pokok yang kecil.

15/2/2021
Saya membuat penelitian terhadap sebatang pokok disebelahnya yang kecil juga tetapi lebih sihat dan tinggi sedikit Kkra-kira empat inchi. Alangkah terkejut... yang ini juga tidak ditanggalkan polibagnya. Saya pemeriksa yang ketiga... juga begitu. 
Ini kes tipu.

Segera saya mahu betulkan serta merta. Suruh Amir betulkan, saya ada membuat penyeliaan. Pengawasan kali ini begitu tegas sekali. Saya rasa Amir tahu saya berasa kecewa tetapi saya tidak membuat sebarang komen menyalahkan sesiapa.  Amir gali semula, gemburkan tapak. Gaulkan tanah dengan baja serta baja akar. Buangkan polibag dan tanam semula.
Bila kurang pemantauan beginilah jadinya. Nasib baik pokok ini masih ada nyawa.

Pokok kedua
Pokok ketiga
Tindakan
1. Perlu pantau dua hari sekali.
2. Siram setiap kali buat pemantauan.
3. Sembur baja cecair seminggu sekali.
4. Pasang tiang tegak yang ada skala.
5. Gemburkan tanah sekeliling.
6. Perlu letak satu tong air dekat pokok.

Lawatan pada 20/2/21
Air siraman ada. Pucuk baru sudah mula muncul bagi pokok pertama. Pokok kedua Dan ketiga masih belum nampak perubahan.

Lawatan pada 24/2/21
Pokok pertama dapat air polipype tetapi dua lagi tidak dapat kerana ada kebocoran dan tekanan air tak kuat. Pokok pertama masih tiada perubahan tetapi pokok kedua dan ketiga kelihatan lebih sihat.
Lawatan pada 25/2/21.
Ketiga-tiga pokok dapat air dari polipype. Pokok pertama masih tiada kemajuan. Pokok kedua dan ketiga nampak segar.
Lawatan pada 1/3/21.
Polipype 16mm yang membekal air siraman masih ada kebocoran. Perlu baiki segera. Pokok pertama masih tiada kemajuan. Beri peluang dua minggu lagi. Jika tiada perubahan akan ganti dengan pokok durian lain.
3/3/21.... ambil tindakan tukar pokok pertama dengan pokok yang dibeli di Budu. Pokok pertama isi dlm polibag dan letak di bawah pokok durian IOI.

Kesimpulannya.... perlu pantau apa yang pekerja buat. Kalau tanah dalam polibag sudah keras , jangan beli.

Monday, February 8, 2021

POKOK KELAPA MALAYAN YELLOW DWAFT dan MALAYAN RED DWAFT... siri 1

MASIH BANYAK YANG TERHIMPIT HAMPIR LEMAS OLEH SEMAK. SILA SELAMATKAN SEGERA DAN BERI BAJA.

Pokok MYD dan MRD adalah pokok yang rendah. Buahnya lebat biasanya hingga 15 biji satu tandan. Boleh keluar buah 15 kali setahun, tetapi buahnya kecil. Pokok MYD cepat berbuah. Kalau cukup baja dan air, umur dua tahun setengah dah boleh belajar berbuah. 
PqTarget hujung tahun 2022 sejumlah pokok iaitu 40 pokok mula belajar berbuah. Yang ⁰00baki pula pertengahan tahun 2023 hingga awal tahun 2023.....(mataq kpd.192261).
Penyelidik seperti MARDI dan 
Jabatan Pertanian menggunakan MYD dikacukkan dengan benih yang menghasilkan buah yang besar untuk mendapatkan benih hybrid seperti MATAQ.
Kebun Kazoku ini ada menanam 100 pokok MYD pada awal tahun 2019 yang lalu. Selama dua tahun dibiarkan tidak diberi baja dan tidak diselenggara. Nasib baik kebanyakannya masih hidup. Baru sekarang awal tahun 2021 ia dipulihkan. Masih ada 52 pokok tetapi terbantut. Kini telah mula bersihkan keliling, beri baja dan siram. 


Sudah nampak segar semula setelah dibersihkan, beri baja dan siram. Gambar pada 8/2/2021.

🌿 Mahu tanam 35 pokok lagi.✔
       - sebelah jalan naik dan
       - tepi paya. Telah siap tanam pada 14/2/21. Selepas enam bulan, banyak juga yang uzur.

Strategi mahu cepat besar..
1. Beri baja dua minggu sekali.✔
2. Enam bulan sekali beri garam.✔
3. Siram seminggu sekali jika tiada hujan.✔
4. Rumput di bawah pokok sentiasa pendek potong guna mesin rumput.✔
5. Letak tong air satu tong berkongsi tiga pokok bagi pokok yang susah dapat bekalan air siraman.
6. Tabur baja penggalak akar Mach, Mei, Ogos, Nov.✔
7. Buat bulatan drp polipype mengelilingi pokok untuk siraman yang intensif. Pasang kepada kelapa 30 pokok sebagai percubaan... bulan February dan Mach....pilih pokok yang besar.

25/2 hingga 26/2 tabur baja NPK 15x3.
03/3 hingga 04/3 tabur baja penggalak akar.
10/3 hingga 11/3 tabur baja NPK 15x3.

Bilangan pokok MYD ikut teres;

3. Jalan Lama.... 12/12
4. Tepi jalan sempadan sawit.... 08/08
5. Lembah tepi paya.... 04/20.mati
6. Teres pertama....
7. Teres kedua....
8. Teres ketiga....04
9. Teres keempat....06
10. Teres kelima...09
11. Teres keenam...10
12. Teres ketujuh....09

Kawasan keliling kolam masih ada ruang untuk menanam dan membubun kelapa. Terdapat 10 tempat untuk tanaman kelapa. Di tepi paya juga terdapat 10 tempat untuk menanam kelapa MYD. 
Kesemua pokok kelapa MYD nanti ialah 120 pokok.

Pokok kelapa MYD di tepi kolam dan sekitarnya perlu dilonjakkan pertumbuhannya dengan pantas. Perlu bekalkan banyak air dan baja. Lonjakan yang pantas amat perlu agar ketinggiannya dapat melepasi paras banjir yang kecil. Target ialah lonjakan empat kaki pada hujung tahun 2021 ini. Semua pokok te

Pokok MYD yang telah ditanam pada tahun 2018 dirangsang pembesarannya agar dapat mula berbuah pada akhir tahun 2022. ...(986)
📌Targetnya 40 pokok akan berbuah hujung tahun 2022. 
16/2/22... 9 pokok telah mula keluar mayam.
15/4/22.. 12 pokok telah keluar mayam.

📌Hujung tahun 2023 mula buat polination.... atau tengah tahun 2023 mula buat polination.
40x15 = 600 biji
Menjadi.... 40%...600×.4 = 240
Jual....240x20 = 4800
📌Awal tahun 2024 mula cambah.
📌Tengah tahun 2024 mula jual anak pokok kelapa Mataq.
Diikuti 40 pokok akan berbuah pertengahan tahun 2023 
Dan 40 pokok lagi akan berbuah pada awal tahun 2024. 

12/4/21... Telah beri baja kepada 80 pokok. Mahu teruskan lagi kpd pokok di keliling kolam.

15/4/21.... beri baja YARATERA 18X3 untuk pertumbuhan akar kepada semua MYD. Telah siap 60 pokok. Mahu teruskan.

52
35
20
20
127+20
147+20
167
Target 200 pokok MYD & MRD hidup subur di kebun hadapan.

25/9/21... berjaya tanam 32 pokok MYD. Menjadikan jumlahnya 196 pokok. Perlu kira semula kerana ada yang mati/uzur.
29/9....mahu tanam 8 pokok lagi. Sudah beritahu Nawar tempat mahu tanam.

🌿... tabur baja 16x3 dua minggu sekali.
🌿... sembur racun ulat+baha folia sebulan sekali.
🌿.... siram jika dua minggu tak hujan.

5/10/21
Tanam 10 pokok pada 8/10/21. Menjadikan jumlah pokok yg ditanam bulan Sept21 hingga kini 50 pokok.
1. Bubun pokok yg mati line jalan Lama hadapan.
2. Ganti pokok yg uzur teres atas pondok baru. Pokok yg uzur pindah ke dalam polibag.
3 hingga 7. Tepi pagar kelapa sawit atas.
8 hingga 9. Atas bukit.
10. Celah pokok nanas dekat kebun getah.
Telah beri taklimat kpd Nawar.✅

8/10/21... tanam 10 pokok MYD.
Telah tanam 50 pokok MYD dlm bulan September n Oktober 2021.

15/10/21... bawa 10 pokok MYD utk tanam. Telah siap tanam menjadikan 60 pokok MYD ditanam dalam bulan September dan Oktober ini. ✔
16/10/21... siram semua pokok MYD yg baru tanam dan yg kecil.

🌿mahu beli 40 pokok lagi, isi dlm polibag besar utk tanam tahun depan di sepanjang tepi paya. Siap sebelum 15/11/21. .✔Sudan beli 14 pokok dan perlu beli 26 pokok lagi.

🌿mahu pasang paip penyiram keliling pokok kelapa 60 pokok yang pertama. Siap pada 23/10/21..✔siap.

🌿beri baja+booster yg dibancuh kpd 60 pokok yg pertama. Siap sebelum 30/10/21.

18/11/21

Tambah 8 pokok lagi di belakang pondok atas bukit..✔

17/1/22
Jumpa 7 pokok telah belajar berbuah.
Beri baja 12.12.17 kpd 50 pokok MYD Dan 15 pokok MBD.

29/1/22
Siap satu sistem menyiram keliling pokok.
Mahu buat 10 unit esok.
🌿. 5 pokok teres pertama atas jalan.
🌿. 5 pokok teres ke 2 atas jalan.
🌿. Beri baja kpd pokok MYD yg telah berbuah dan yg besar.

Bulan Mac 2022..
 Sstiap Hari tanam satu pokok MRD atau MYD.
6/3/22... berjaya tanam 2 pokok MYD.
17/3/22...tanam 2 pokok MYD.

POKOK KECIL PERLU DIBEBASKAN DARI SERANGAN RUMPUT DEGIL. TUTUP DENGSN ZINK UNTUK HALANG RUMPUT TUMBUH.

Semua pokok perlu beri baja. Pokok besar NPK12.12.17 dan yg kecil NPK 15x3 siapkan dlm bulan Ogos ini.

15/4/22 .... 12 pokok telah belajar berbuah.
17/4/22..... 13 pokok telah belajar berbuah.
19/4/22..... jumpa satu pokok lagi menjadikan 14 pokok semuanya.
20/4/22.... 17 pokok telah belajar berbuah.
10/5/22.... 18 pokok telah belajar berbuah.
21/5/22.... 19 pokok telah belajar berbuah
20/7/22.... 23 pokok telah belajar berbuah
06/8/22.....26 pokok telah belajar berbuah
08/8/22.....27 pokok telah belajar berbuah.
28/8/22.....28 pokok telah belajar berbuah.
08/10/22...30 pokok telah belajar berbuah
12/2/23.....42 pokok telah belajar berbuah. 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
belajar berbuah .... 1.12.22
Muncul tandan ke 20..+ 15 bulan = 1. 2.24
Mula buat polination = 1.2.2024
Buah kelapa matang = + 12 bulan = 1.2.25
Benih cambah = + 5 bulan = 1.7.25
Anak pokok boleh jual + 3 bulan = 1.10.25
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

ADA BEBERAPA POKOK MYD SEDANG LEMAS DIPUSONG RUMPUT ULAN DAN LALANG YANG DEGIL. PERLU DIBEBASKAN SEGERA.

Jangkaan hasil MYD n MRD
Jan 23 10 7 0.00 00
Jul 23 0 8 1.00 240
Jan 24 50 10 1.20 750   
Jul 24 75 10 1.50 1125 10 300
Jan 25 100 12 2.00 2400 100 2000
Jul 25 150 12 2.0   

Jangkaan penghasilan benih kelapa Hibrid
Jun 23 
Jan 23    
Jul 23 5 5 30 750
Jan 24 10 5 30 1500
Jul 24 20 5 30 3000
Jan 25 30 5 30 4500
Jan 26 50 5 30 7500

Januari 2023
Depan 1 100 7 2 1400
Belakang 1 200 7 2 2800
Depan 2 10 7 1.5 157
Belakang 2 20 7 2 280

Total .... 4537

Julai 2023
Depan 1 100 7 2 1400
Belakang 1 300 7 2 4200
Depan 2 10 7 1.5 157
Belakang 2 20 7 2 280

Total..... 5927

30.9.22... telah beri baja npk15x3 kpd 11 pokok MYD yang berumur 3tahun lebih tetapi bantut..✔ teruskan.

1.10.22...telah potong rumput keliling pokok teres pondok. Akan teruskan. Ada beberapa batang telah diserang rumput degil.perdunya tidak mampu dipotong oleh tali mesin. Mesti potong gunakan sabit.












Sunday, February 7, 2021

POKOK KELAPA TAGNANAN

Telah tanam enam pokok pada awal tahun 2019. Selama  dua tahun terbiar. Ada yang dikerumun ulan. Ada yang naung kerana pokok liar seperti mengkubung tumbuh sangat pantas. Mulai February 2021 bari diberi nafas. Terangkan kelilingnya, beri baja Dan siram. Pokok ini perlu dijenguk seminggu sekali. Setiap kali jenguk mesti cuci keliling, beri baja dan siram. 
Satu pokok telah dipindahkan ke hadapan tepi kolam. Baru-baru ini tenggelam banjir.
Tinggal nyawa kian, masih ada pelepah yang warna hijau hidup. Masih ada hadapan untuk terus hidup.

Pokok ini akan membekal debunga kepada projek polination kepada bunga begins MYD untuk menghasilkan benih MATAQ yang tulen F1.

8/2/21... telah siram 5 pokok. Perlu bersihkan bawah pokok dan keliling dengan segera. Letakkan tong biru di tepi setiap pokok. Isikan air. Ambil tong air dari teres pertama dan kedua.✔

10/2/21.... sembur daun pokok tepi kolam dan beri baja.✔
14/2/21....siram 5 pokok Tagnanan.✔
19/2/21... baja dan siram kpd semua.✔
24/2/21... baja penggalak akar & siram.✔
02/3/21... baja dan siram kpd semua..✔
09/3/21... siram dan baja kpd semua. ✔
31/3/21... baja kpd semua.✔