nuff

Saturday, February 13, 2021

POKOK YANG DIANYANYA


14/2/2021.
Saya melihat pokok durian yang satu ini bantut dan pucat. Hampir dua tahun tiada kemajuan. Awal tahun 2019 saya suruh Amir dan Samsul melaksanakan kerja menanam anak . Saya hantar pokok ke kebun dan beritahu kawasan yang hendak ditanam. Saya pada waktu itu masih bertugas di KUIPSAS Kuantan. Kebun hanya jenguk dari jalan dan datang sekejap hujung minggu. Saya serahkan kejujuran pekerja 100% menjalankan tugas masing-masing.
Pokok ini berada di teres ketiga dari bawah. Saya jenguk rasanya dua bulan sekali. Ada paip air yang menyiram tetapi pokok masih ketot. Kalau tidak ada bekalan air, agaknya sudah lama dah mati.
Didapati polibag masih kukuh. Apabila dikeluarkan didapati hanya satu urat akar yang berjaya menembusi bahagian bawah polibag. 
Telah buang polibag, tanah digembur semula serta digaul dengan baja organik dan tanam semula.

Pokok pertama
Perlu tabur baja penggalak akar dan siram. 

Mengapa terjadi begini?
Saya tidak salahkan pekerja. Boleh jadi terlepas pandang atau mutu kerja yang rendah, asal kerja siap.
Saya salahkan diri saya sendiri. Tidak membuat penerangan sebelum pekerja melakukan tugas. Tidak membuat pemantauan sewaktu kerja sedang dilalukan. 
Saya juga lambat membuat pemerhatian terhadap pokok yang kecil.

15/2/2021
Saya membuat penelitian terhadap sebatang pokok disebelahnya yang kecil juga tetapi lebih sihat dan tinggi sedikit Kkra-kira empat inchi. Alangkah terkejut... yang ini juga tidak ditanggalkan polibagnya. Saya pemeriksa yang ketiga... juga begitu. 
Ini kes tipu.

Segera saya mahu betulkan serta merta. Suruh Amir betulkan, saya ada membuat penyeliaan. Pengawasan kali ini begitu tegas sekali. Saya rasa Amir tahu saya berasa kecewa tetapi saya tidak membuat sebarang komen menyalahkan sesiapa.  Amir gali semula, gemburkan tapak. Gaulkan tanah dengan baja serta baja akar. Buangkan polibag dan tanam semula.
Bila kurang pemantauan beginilah jadinya. Nasib baik pokok ini masih ada nyawa.

Pokok kedua
Pokok ketiga
Tindakan
1. Perlu pantau dua hari sekali.
2. Siram setiap kali buat pemantauan.
3. Sembur baja cecair seminggu sekali.
4. Pasang tiang tegak yang ada skala.
5. Gemburkan tanah sekeliling.
6. Perlu letak satu tong air dekat pokok.

Lawatan pada 20/2/21
Air siraman ada. Pucuk baru sudah mula muncul bagi pokok pertama. Pokok kedua Dan ketiga masih belum nampak perubahan.

Lawatan pada 24/2/21
Pokok pertama dapat air polipype tetapi dua lagi tidak dapat kerana ada kebocoran dan tekanan air tak kuat. Pokok pertama masih tiada perubahan tetapi pokok kedua dan ketiga kelihatan lebih sihat.
Lawatan pada 25/2/21.
Ketiga-tiga pokok dapat air dari polipype. Pokok pertama masih tiada kemajuan. Pokok kedua dan ketiga nampak segar.
Lawatan pada 1/3/21.
Polipype 16mm yang membekal air siraman masih ada kebocoran. Perlu baiki segera. Pokok pertama masih tiada kemajuan. Beri peluang dua minggu lagi. Jika tiada perubahan akan ganti dengan pokok durian lain.
3/3/21.... ambil tindakan tukar pokok pertama dengan pokok yang dibeli di Budu. Pokok pertama isi dlm polibag dan letak di bawah pokok durian IOI.

Kesimpulannya.... perlu pantau apa yang pekerja buat. Kalau tanah dalam polibag sudah keras , jangan beli.

2 comments:

Anonymous said...

Tuan perlu memecat pekerja tersebut. Gunakan pekerja tempatan, terutamaya orang muda kg pesagi. Kerana tuan menanam tanaman yang rumit/susah Dan memerlukan pekerja yang berinovasi tinggi dan faham APA yang perlu dilakukan. Supaya penghasilan kebun tuan dapat menyamai mutu sebenar penghasilan tanaman yang ditanam.

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih atas pandangan yang bernas.

Post a Comment